11/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN SURAT KELULUSAN / HAKMILIK SEMENTARA BAGI PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PAJAKAN DI PERKAMPUNGAN VALDOR
Majlis Penyerahan Surat Kelulusan / Hakmilik Sementara Bagi Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Di Perkampungan Valdor telah diadakan pada 2 Ogos 2026 bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Valdor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri
Pulau Pinang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Goh Choon Aik, EXCO Perdagangan Dan Perpaduan Masyarakat yang juga ADUN Bukit Tambun, Tuan Mohd Farulizam Bin Che Meh, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan TanahSeberang Perai Selatan dan Tuan Haji Mohd Sabli Bin Bakri, Timbalan Pengarah
Perancangan Dan Pembangunan, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. Penyerahan surat kelulusan / hakmilik sementara ini adalah melibatkan sebanyak
217 lot.