Pas Cwgn Sg Duri & Pasti Ibnu Sina.

Pas Cwgn Sg Duri & Pasti Ibnu Sina. Menyampaikan maklumat terkini perihal Pas serta aktiviti Cawangan. Juga menyampaikan mesej Dakwah (Tazkirah / Tadabbur Kalamullah / Hadis / Kalam Ulama').

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSaya menziarahi jenazah Almarhum Jeffri bin Yusoff di Dewan Siti Khadijah, Ma...
02/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saya menziarahi jenazah Almarhum Jeffri bin Yusoff di Dewan Siti Khadijah, Masjid Jamek Sungai Duri. Solat jenazah akan diadakan selepas solat isyak dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Lama Sungai Duri. Almarhum meninggalkan seorang anak lelaki yang berusia 15 tahun, dan isteri almarhum telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga almarhum.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

Meriah & Ukhuwah Terjalin Indah! 🏍️🚗✨​Debaran enjin dan gelak tawa mewarnai Program Konvoi Erat Silaturrahim ke Lata Sed...
02/08/2026

Meriah & Ukhuwah Terjalin Indah! 🏍️🚗✨

​Debaran enjin dan gelak tawa mewarnai Program Konvoi Erat Silaturrahim ke Lata Sedim! Lebih 50 buah motosikal dan kereta telah berhimpun dan bertolak dengan rasminya dari Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah, yang dilepaskan oleh YB Abidin.

​Perjalanan ini bukan sekadar konvoi biasa, malah diserikan lagi dengan sesi sembang santai yang penuh pengisian bersama YB Ustaz Shahril Long, ADUN Pantai Merdeka.​Dan semestinya, konvoi tak lengkap tanpa hidangan mantap! Semua peserta dijamu dengan keenakan nasi gulai rias pisang untuk makan tengah hari dan disulami p**a dengan jamuan pulut durian yang padu! Terima kasih buat semua yang menjayakan! 🙌🔥

Alhamdulillah, keputusan rasmi menyaksikan PAS yang bertanding di atas tiket Perikatan Nasional berjaya memenangi 4 dari...
02/08/2026

Alhamdulillah, keputusan rasmi menyaksikan PAS yang bertanding di atas tiket Perikatan Nasional berjaya memenangi 4 daripada 5 kerusi di hati rakyat.​Bagi 1 kerusi lagi di N.11 DUN Lobak yang diwakili oleh Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), terdapat peningkatan jumlah undi yang sangat memberangsangkan.

​Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh jentera Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di semua peringkat. Bergeraklah ke gerbang jasa, kalah menang bukan alasannya!

Turun padang memantau perkembangan Projek Pembinaan Longkang Konkrit di Kampung Baru Sungai Buaya.​Hari ini, saya bersam...
02/08/2026

Turun padang memantau perkembangan Projek Pembinaan Longkang Konkrit di Kampung Baru Sungai Buaya.

​Hari ini, saya bersama pegawai dari Pusat Khidmat telah turun melawat lokasi bagi meninjau sendiri kemajuan Projek Pembinaan Longkang Konkrit di Kampung Baru Sungai Buaya.Turut serta dalam tinjauan ini ialah Encik Fauzi, Ketua PAS Cawangan Kampung Besar, serta wakil penduduk setempat.Moga projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan demi kesejahteraan penduduk kampung ini, insya-Allah.

Encik Rahman selaku pegawai Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap menyempurnakan penyerahan sumbangan Kanopi Niaga mewakili AD...
02/08/2026

Encik Rahman selaku pegawai Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap menyempurnakan penyerahan sumbangan Kanopi Niaga mewakili ADUN Sungai Bakap kepada dua orang peniaga tempatan, iaitu Encik Mohamad Sayuti Bin Othman (peniaga ayam) dan Puan Siti Nur Kamariah Binti Ismail (peniaga nasi lemak), bagi menyokong serta melancarkan urusan perniagaan harian mereka.

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Besar. Usai ibadah, ruang ...
02/08/2026

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Besar. Usai ibadah, ruang dan waktu diperuntukkan untuk beramah mesra serta bertukar khabar bersama para jemaah dan anak qaryah.

Lawatan Tapak Naik Taraf Longkang di Kampung Tasek ChempedakHari ini saya berkesempatan meninjau tapak naik taraf longka...
02/08/2026

Lawatan Tapak Naik Taraf Longkang di Kampung Tasek Chempedak

Hari ini saya berkesempatan meninjau tapak naik taraf longkang di Kampung Tasek Chempedak bersama pihak kontraktor bagi melihat sendiri perkembangan projek yang akan dilaksanakan.

Ketika berada di lokasi, saya dimaklumkan mengenai keadaan seorang penduduk, Encik Anas Bin Mohamad, 46 tahun, yang kini berdepan ujian kesihatan akibat komplikasi penyakit kencing manis. Beliau telah menjalani pembedahan membuang sebahagian tulang pada bahagian kaki kira-kira enam bulan yang lalu.

Selain itu, beliau turut mengalami masalah penglihatan akibat komplikasi penyakit tersebut. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja sejak hampir enam bulan lalu dan kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

Sehubungan itu, saya melalui Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap mohon beliau memanjangkan permohonan kepada pihak Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PERKESO agar beliau dapat menerima bantuan serta sokongan yang sewajarnya.

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Encik Anas diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala usaha yang dilakukan dapat membantu meringankan beban beliau dan keluarga.

Menziarahi Encik Mohd Zaki bin Yahya (Penolong Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan) yang sedang dirawat di Wad Hospit...
02/08/2026

Menziarahi Encik Mohd Zaki bin Yahya (Penolong Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan) yang sedang dirawat di Wad Hospital Bukit Mertajam akibat diuji dengan masalah Minor Stroke.
​Sama-sama kita mendoakan agar En. Mohd Zaki diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan beliau. 🤲

𝗔𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗶𝗿 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗽​Sebaik sahaja menerima aduan daripada para peniaga mengenai isu teka...
02/08/2026

𝗔𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗶𝗿 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗽

​Sebaik sahaja menerima aduan daripada para peniaga mengenai isu tekanan air rendah, saya terus bergegas ke Pasar Awam Sungai Bakap bagi melihat sendiri keadaan di sana.

​Masalah ini rupanya telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Walaupun laporan telah dikemukakan sebelum ini, jalan penyelesaian masih belum ditemui. Saya faham betul kesukaran yang dihadapi oleh peniaga apabila sumber asas seperti air terjejas.

​Untuk makluman, Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap telah pun memajukan perkara ini kepada pihak MBSP. Insya-Allah, kami bersama pihak-pihak berkaitan akan turun ke lokasi dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar serta mencari penyelesaian tuntas secepat mungkin.

​Semoga usaha ini membolehkan urusan harian para peniaga kembali lancar. Terima kasih atas kesabaran anda semua!

🌅 Sedekah JumaatAssalamualaikum w.b.t.Mulakan pagi Jumaat dengan amalan yang dicintai Allah SWT. Walau hanya RM1, jika i...
30/07/2026

🌅 Sedekah Jumaat

Assalamualaikum w.b.t.

Mulakan pagi Jumaat dengan amalan yang dicintai Allah SWT. Walau hanya RM1, jika ikhlas, besar nilainya di sisi Allah.

💚 Kempen Infaq 1 Keluarga, 1 Ringgit
📲 Imbas QR pada poster untuk berinfaq.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan membawa keberkatan rezeki buat kita semua.

Jazakumullahu khairan. 🤲🌹

Address

SG. DURI
Jawi
14200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cwgn Sg Duri & Pasti Ibnu Sina. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share