TBK KEMAS KG Parit Gong

TBK KEMAS KG Parit Gong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TBK KEMAS KG Parit Gong, Public School, Tbk KEMAS kg Parit Gong, Jelebu.

Aktiviti kreativiti " Membuat cekodok pisang"Macamยฒ gelagat anak2 kecil ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜
26/04/2025

Aktiviti kreativiti
" Membuat cekodok pisang"
Macamยฒ gelagat anak2 kecil ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Minggu pertama persekolahan sesi 2025Macamยฒ gelagat anakยฒ nie Terutama anak2 yang baru bersekolah
26/04/2025

Minggu pertama persekolahan sesi 2025
Macamยฒ gelagat anakยฒ nie
Terutama anak2 yang baru bersekolah

16/02/2025

๐‘ช๐‘ถ๐‘น๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ

๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€โ€ฆ itulah tagline kami di KEMAS untuk menyambut anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan di TABIKA KEMAS bagi tahun 2025. DI SINI BERMULA membawa erti yang besar buat anak-anak dan ibu bapa.

In Sha Allah di bawah beberapa transformasi program TABIKA KEMASโ€ฆDI SINI BERMULA anak-anak mengenal alam persekolahan. DI SINI BERMULA mereka mengenal huruf dan angkaโ€ฆDI SINI BERMULA mereka diasuh dengan Alif Ba Taโ€ฆ.DI SINI BERMULA potensi dan bakat mereka akan dikembangkan.

Esok, dengan izin-Nya, saya akan melakukan kunjungan mesra ke TABIKA BERKEMBAR KEMAS TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON untuk menyantuni ibu bapa dan meninjau keletah anak-anak yang akan memasuki TABIKA masing-masing.

Bagi tahun ini seramai ๐Ÿ‘๐Ÿ–,๐Ÿ–๐Ÿ—๐Ÿ• ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  telah mendaftar di TABIKA KEMAS bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini ini.

๐Œ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ฅ๐š ๐ž๐ฌ๐จ๐ค, ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’,๐ŸŽ๐Ÿ•๐Ÿ• ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ข๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐›๐š๐ ๐ข ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“. Ini menjadikan jumlah keseluruhan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun mengikuti persekolahan di TABIKA KEMAS berjumlah ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ,๐Ÿ—๐Ÿ•๐Ÿ’ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐ .

Bagi TASKA KEMAS p**a anak-anak yang berumur 2 hingga 4 tahun, seramai ๐Ÿ๐ŸŽ,๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ— ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค akan mula mengikuti asuhan mereka di bawah program TASKA KEMAS.

Kepada Allah dipohonkan agar urusan Cikgu-Cikgu KEMAS bagi sesi persekolahan tahun ini dipermudahkan dan anak-anak kami di TABIKA KEMAS seluruh negara dapat mengikuti sesi persekolahan dalam suasana yang menyeronokkan.

Datuk Mohd Hanafiah Man
Ketua Pengarah

15/02/2025

๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐๐ซ๐š ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐’๐ข๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat telah menjadi tonggak utama dalam pembangunan masyarakat desa sejak lebih enam dekad yang lalu. Bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEMAS bukan sekadar penyuluh pendidikan awal kanak-kanak, malah menjadi pemangkin perubahan dalam landskap sosioekonomi desa. Bermula dengan memerangi buta huruf, KEMAS kini berperanan lebih luas โ€“ membentuk modal insan berkualiti, memperkukuh kesejahteraan sosial, dan menjadi enjin pemerkasaan ekonomi desa.

Pada tahun 2023, KEMAS telah melakukan satu langkah proaktif dengan menjadikan pendidikan al-Quran sebagai teras utama dalam pembentukan kanak-kanak Islam di TABIKA KEMAS. Matlamatnya jelas โ€“ melahirkan generasi huffaz cilik yang bukan sahaja menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam Juzuk Amma, tetapi juga memahami adab dan tadabbur dalam kehidupan mereka.

Usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 TABIKA KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak. Alhamdulilah sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga pada tahun 2024, penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak. Saya percaya ini membuktikan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara.

Insya-Allah melihat kepada kejayaan ini, pada tahun 2025, kita akan melaksanakan perluasan besar-besaran dengan menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz, melibatkan seramai 60,000 kanak-kanak di seluruh negara. Ini adalah komitmen kita dalam memastikan pendidikan al-Quran terus menjadi tunjang dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu, dan berdaya saing.

Namun, kejayaan pendidikan semata-mata tidak mencukupi. Kita perlu berani melangkah lebih jauh dengan memastikan setiap program pembangunan komuniti berjalan secara lebih strategik, lebih tersusun, dan lebih berimpak tinggi. Tahun ini, setelah KKDW merangka satu hala tuju baharu โ€“ KEMAS akan turut mengukuhkan pendekatan ๐ถ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘ -๐น๐‘ข๐‘›๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘™ yang bukan sahaja merentas semua bahagian dalaman KEMAS tetapi juga menggabungkan kepakaran pelbagai Agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta.

Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, KEMAS juga akan merombak struktur program-program utama seperti Hari POTENSI TABIKA KEMAS, Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS), Festival Kesenian Islam (iFest) dan program lain - akan disatukan di bawah satu program utama yang dikenali sebagai Festival KEMAS (FESMA).

Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi seperti logistik, penyewaan dan tenaga kerja, malah meningkatkan keberkesanan dan kesepaduan program yang dilaksanakan. Anjakan ini adalah strategi konkrit untuk memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan memberdayakan masyarakat desa.

Saya yakin dengan langkah-langkah strategik ini, KEMAS akan terus menjadi pemacu perubahan dalam membina sebuah negara yang maju dan masyarakat desa yang lebih dinamik. Insya-Allah.




15/02/2025

๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐š๐ฒ๐š ๐’๐š๐ข๐ง๐  ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐Œ๐จ๐๐ž๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebagai Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), terus memperkukuh usaha untuk memastikan masyarakat Orang Asli bukan sekadar menerima bantuan tetapi juga diberdayakan untuk berdikari dan maju seiring dengan arus pembangunan negara.

Bagi mencapai matlamat ini, Program Modenisasi Pertanian Orang Asli diperkenalkan sebagai salah satu strategi utama dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing lebih 8,000 Orang Asli yang bergantung kepada sektor pertanian dan penternakan sebagai sumber pendapatan utama.

Program ini menyasarkan untuk memberi manfaat kepada 5,000 penerima dalam tempoh lima tahun dengan menyediakan bantuan kelengkapan pertanian sehingga RM5,000, selain peruntukan RM50,000 bagi membina baharu serta menaik taraf infrastruktur pertanian di kawasan penempatan Orang Asli termasuk sistem pengairan, stor penyimpanan hasil dan rumah hijau.

Bagi memastikan komuniti ini dapat menerapkan teknologi moden dalam sektor pertanian, Kerajaan juga menyediakan bantuan mekanisasi pertanian sehingga RM15,000 yang merangkumi sokongan untuk jentera kecil dan sistem pengairan automatik, serta bantuan integrasi pertanian sehingga RM10,000 bagi pembangunan sistem pertanian bersepadu dan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM170 sebulan kepada lebih 2,000 penerima setiap tahun sehingga tanaman sawit berhasil di bawah Program Tanam Semula Ladang Orang Asli.

Untuk terus memperkasa masyarakat Orang Asli, JAKOA turut melaksanakan Program Pembangunan Usahawan dan Koperasi Orang Asli bagi meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti dengan menyediakan Geran Bantuan Bimbingan Usahawan untuk membina premis perniagaan termasuk bengkel dengan kadar tidak melebihi RM50,000, pemberian bantuan Peralatan dan Mesin Ringan sehingga RM30,000, bantuan Geran Koperasi sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan dan bantuan Program Skim Insentif Sokongan Koperasi (SISKOP) yang tidak melebihi RM25,000.

Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan menyasarkan peningkatan 40 peratus dalam kadar pendapatan isi rumah Orang Asli menjelang 2030 sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam komuniti ini secara berkesan.

Saya percaya bahawa kemajuan masyarakat Orang Asli menjadi tanggungjawab JAKOA yang perlu digerakkan secara bersama sebagai agenda nasional dengan penglibatan sektor swasta, badan bukan Kerajaan dan komuniti setempat.

Menerusi pendekatan strategik dan bersepadu ini, saya yakin bahawa masyarakat Orang Asli akan terus maju, berdaya saing dan mampu berdikari dalam arus pembangunan negara.



MAJLIS AKHIR TAHUN kanak-kanak TABIKAsemoga maju jaya
02/02/2025

MAJLIS AKHIR TAHUN kanak-kanak TABIKA
semoga maju jaya

Majlis Hari Apresiasi Parlimen Jelebu 2024Tahniah anak2 6tahun
02/02/2025

Majlis Hari Apresiasi Parlimen Jelebu 2024
Tahniah anak2 6tahun

Lawatan Dari klinik pergigian jelebu
02/02/2025

Lawatan Dari klinik pergigian jelebu

15/10/2023
15/10/2023

Address

Tbk KEMAS Kg Parit Gong
Jelebu
72200

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 14:00

Telephone

+601126636948

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TBK KEMAS KG Parit Gong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TBK KEMAS KG Parit Gong:

Share

Category