06/03/2026
🌟 RAHSIA SOLEKAN CANTIK DI AIDILFITRI🌟
TARIKH : 6 Mac 2026
TEMPAT : Rumah Kelab IPD Jelebu
ANJURAN : Biro Kesenian Rumahtangga
Program "Rahsia Solekan Cantik Di Aidilfitri anjuran Biro Kesenian Rumahtangga Perkep IPD Jelebu telah diadakan di Rumah Kelab IPD Jelebu bagi memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu kepada ahli PERKEP mengenai teknik solekan yang sesuai dan kemas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan ahli PERKEP tentangkaedah solekan yang betul, pemilihan warna yang sesuai serta penjagaan asas wajah bagi menyerlahkan penampilan yang lebih kemas dan berseri.
Sepanjang program berlangsung, ahli PERKEP turut didedahkan dengan demontrasi tekbik solekan yang ringkas namun elegen sesuai digayakan pada pagi Aidilfitri. Program ini juga memberi peluang kepada ahli PERKEP untuk bertanya dan mendapatkan tip-tip berguna berkaitan penjagaan wajah serta teknik solekan yang praktikal
Diharapkan melalui program sebegini, ahli PERKEP dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh serta meningkatkan keyakinan diri untul tampil lebih kemas, berseri dan berkeyakinan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.