Angkatan Muda Keadilan Jelutong - Rasmi

Angkatan Muda Keadilan Jelutong - Rasmi Demi Rakyat

JELUTONG GRANDMASTER CHESS TOURNAMENTAssalamualaikum dan salam sejahtera,Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, Ang...
22/08/2022

JELUTONG GRANDMASTER CHESS TOURNAMENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, Angkatan Muda Keadilan Jelutong (AMK JELUTONG) bersama Penang Chess Association (PCA) akan menganjurkan pertandingan catur peringkat negeri Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat anak muda dalam bidang kesukanan.

Oleh itu, daftar segera melalui link pendaftaran penyertaan di bawah
👇👇👇👇👇👇

https://rb.gy/sholus
https://rb.gy/sholus
https://rb.gy/sholus

Untuk info lanjut, sila hubungi

En. Fayiz
016 5666 472




Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Lahir Datuk Seri  Ibrahim !
10/08/2022

Selamat Hari Lahir Datuk Seri Ibrahim !



Salam Ma'al HijrahAwal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai ...
29/07/2022

Salam Ma'al Hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam Islam.

Selain mengambil iktibar disebalik peristiwa Hijrah, marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru Hijrah ini, maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan itu mampu dizahirkan dengan sempurna

Ikhlas Daripada,

Said Mubarak
Ketua AMK Jelutong
Pengerusi Persatuan Kebajikan Bahtera Sejagat Pulau Pinang

PEMILIHAN KEADILAN 2022Terima kasih kepada Anggota Keadilan Jelutong khususnya AMK kerana memberi kepercayaan kepada say...
31/05/2022

PEMILIHAN KEADILAN 2022

Terima kasih kepada Anggota Keadilan Jelutong khususnya AMK kerana memberi kepercayaan kepada saya dan rakan pasukan untuk memimpin AMK Cabang Jelutong. Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan dan keluarga yang komited membantu ketika pemilihan berlangsung.

Diharap selepas pemilihan ini,kita semua dapat bersama-sama memperkukuhkan jentera bagi menghadapi PRU15.

Mempertahankan Kemenangan,Meneruskan Kecemerlangan.

Said Mubarak
Ketua AMK Jelutong


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Bak kata pepatah melayu“Direndam tak basah, dibakar tak hangus”.  Sokongan dan d...
10/05/2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bak kata pepatah melayu
“Direndam tak basah, dibakar tak hangus”. Sokongan dan dokongan kalian amat dihargai . Dengan lafaz bismillah izinkan saya mencalonkan diri untuk bertanding bagi jawatan KETUA AMK JELUTONG (Ketua Angkatan Muda Keadilan Jelutong).

Saya memohon Doa kepada Allah SWT, restu keluarga, sahabat-sahabat dan para pejuang KEADILAN JELUTONG agar memilih saya sebagai Ketua AMK Cabang Jelutong serta memberi amanat kepada saya untuk menyumbang kepada parti dan masyarakat khusunya di kawasan Jelutong.

Sekiranya saya terpilih dan digalaskan dengan kepercayaan besar dalam PEMILIHAN Keadilan 2022 ini , saya berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen berbakti kepada masyarakat bagi memastikan CABANG Jelutong bergiat lebih aktif dalam bentuk kebajikan , kesukanan serta kepentingan anggota parti dan perjuangan yang akan tetap diteruskan DEMI MASA DEPAN Parti dan anak bangsa yang tercinta..

Salam REFORMASI !!!

MUHAMMAD SAID MUBARAK BIN NAGOR MEERA
CALON KETUA AMK JELUTONG - 01
CABANG JELUTONG

17/04/2022
02/04/2022 Sabtu Telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Liga Jelutong Tahun 2022 bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola ...
02/04/2022

02/04/2022 Sabtu

Telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Liga Jelutong Tahun 2022 bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola Keranjang, Persiaran Karpal Singh.

Turut bersama bagi merasmikan majlis ialah Yang Berhormat TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI (Ahli Parlimen Jelutong) Dan dimeriahkan oleh YB Lim Siew Khim (Adun Sungai Pinang), Saudara Fahmi Zainol (Ketua AMK Pulau Pinang) serta Saudara Muhammad Said Mubarak Bin Nagor Meera (Ketua AMK Jelutong).

Seramai 112 peserta telah berjaya menamatkan Kejohanan ini dengan semangat kesukan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini baik secara langsung ataupun tidak langsung... Diharap Kejohanan ini dapat dijadikan Kejohanan tahunan di Jelutong.




PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-FALLAH DAN AMK JELUTONG BAGI TAHUN 2022SEBARANG PERTANYAAN B...
27/03/2022

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-FALLAH DAN AMK JELUTONG BAGI TAHUN 2022

SEBARANG PERTANYAAN BOLE HUBUNGI :-
SALEHAN @ 018-527 4206

21/03/2022

Semoga Cepat Sembuh Dato Seri Anwar Ibrahim .

TERUS TERANG EDISI "TERPALING"Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah AnwarSabtu, 19 Mac 2022 | 9 malamKali terakhir saya m...
18/03/2022

TERUS TERANG EDISI "TERPALING"
Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar
Sabtu, 19 Mac 2022 | 9 malam

Kali terakhir saya meluahkan pendapat dalam program terbuka adalah empat tahun lepas (lebih kurang). Antara tahun 2015 hingga 2018, saya menghasilkan beribu kandungan untuk menyampaikan maklumat kepada sahabat-sahabat.

Saya juga pernah menjadi pembaca berita (mencuba nasib) untuk menarik minat rakyat supaya menonton kandungan berita dari sosial media (bukannya dari saluran TV yang dimonopoli UMNO ketika itu).

Dalam PRN Johor, 66% pengundi menyatakan mereka mendapat berita politik dari media sosial. Sedekad yang lalu, penyokong pembangkang sering mengeluh mereka tidak dapat menyampaikan maklumat kerana TV3 milik UMNO ketika itu.

Malangnya, setelah kita berusaha meyakinkan rakyat untuk mencari maklumat yang pelbagai dari sosial media supaya tidak dimonopoli parti pemerintah, kita p**a yang tempang dalam bab menghasilkan kandungan dan memberi penerangan. Akhirnya, kita tewas teruk dalam beberapa siri pilihanraya terkini.

Itulah maksud saya kita kena kembali kepada landasan perjuangan dan gerak kerja kita. Kita sampai ke Putrajaya dalam tahun 2018 kerana kita tidak pernah penat berusaha meyakinkan rakyat untuk berubah, termasuklah berubah ke arah kandungan media yang lebih adil.

Berbekalkan semangat , In Sha Allah saya akan mula ke udara (errrr ke internet) semula seperti sebelum PRU14.

Saya beruntung kerana usaha ini turut didukung oleh Sdri Nurul Izzah Anwar. In Sha Allah beliau akan membakar semangat sahabat-sahabat yang mula patah semangat sebab rekod perjalanannya lebih kental dari kita semua.

Sesi "Terus Terang" (yang terpaling) ini akan dimudahcara oleh pengendali asal siri semasa kempen PRU14 dahulu, Sdr Syed Ibrahim Syed Noh yang kini adalah Ahli Parlimen Ledang.

Sesi ini akan disiarkan serentak secara live di Facebook saya dan Izzah, di YouTube dan di Twitter Spaces.

In Sha Allah saya jawab secara terpaling terus terang soalan-soalan yang sering berlegar, contohnya saya merajuk (ha3) dan bagaimana kita boleh bangkit kembali menghadapi PRU15.

Jumpa hari Sabtu ini (19 Mac 2022) 9 malam.

Mohon sebarkan!

Selamat Kembali Saudara Rafizi Ramli....
15/03/2022

Selamat Kembali Saudara Rafizi Ramli....



Address

Markaz Keadilan , Jalan Kota Giam
Jelutong
11600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Jelutong - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share