PemudaUmno JementahEmpat

PemudaUmno JementahEmpat BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

Kematian itu adalah rahsia Allah SWT. Apabila tiba masa yang ditetapkan, ia tidak akan dilewat atau dicepatkan walau ses...
03/08/2026

Kematian itu adalah rahsia Allah SWT. Apabila tiba masa yang ditetapkan, ia tidak akan dilewat atau dicepatkan walau sesaat pun.

Salam takziah buat keluarga kp eddie, Takziah juga kepada Pemuda UMNO Bahagian Maran.

‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ۞

Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ۞
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ الَّذِينَ
أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Amin🤲🏻


Assalamualaikum,Alhamdulilah, amanah dari YB Jementah 徐安岄 See Ann Giap - Ah Ye dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat Sa...
31/07/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, amanah dari YB Jementah 徐安岄 See Ann Giap - Ah Ye dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat Saudara Ferhad azuar untuk memberi sumbangan dan merasmikan event Jementah Boys Ke RXZ Member 8.0 berjalan dengan baik.

Maka,

bermulalah perjalanan korang ke RXZ Member 8.0.

nak pesan kepada semua rider, lagi2 sahabat2 kampung saya yang tadi saya jumpa, tegur sapa, dan makan sama2 …

Tolong jaga diri sepanjang perjalanan.
Ride dengan tenang, jangan terburu-buru, jangan berlumba.
Ingat, ada insan yang sedang menunggu kita pulang dengan selamat.

Kita pergi bukan nak tunjuk siapa paling laju,
tapi nak berkumpul, mengeratkan silaturahim dan menikmati perjalanan bersama sahabat2 yang berkongsi minat yang sama.

Kalau penat, berhenti rehat.
Kalau hujan, perlahankan kelajuan.
Sentiasa jaga jarak dan saling menjaga antara satu sama lain.

Insya-Allah, tahun ini sama2 usaha jadikan RXZ Member 8.0 sebagai ride yang penuh kenangan indah.

Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan korang, melindungi setiap rider pergi dan balik dengan selamat.

Jumpa Isnin nanti… YB Jementah nak belanja makan😜
Kawan cuba tahun depan join sekali… tahun nie lesen x lulus🤣😁🤪

RXZ Member 8.0.
Ride smart, ride safe.
Jementah Boys Ke RXZ Members 8.0 🌕❤️‍🔥

Saifuddin Jalil
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jementah IV
AJK Pemuda UMNO Bahagian Segamat




29/07/2026
29/07/2026
"agak-agaknya ... Bila permohonan baru buka yaaa??"DAH BUKA SEMULAAAAA mulai 3 Ogos ❗❗❗❗❗✅ BANTUAN MASUK RUMAH PERTAMA (...
21/07/2026

"agak-agaknya ... Bila permohonan baru buka yaaa??"

DAH BUKA SEMULAAAAA mulai 3 Ogos ❗❗❗❗❗

✅ BANTUAN MASUK RUMAH PERTAMA (RM2000)

✅ BANTUAN BELI RUMAH PERTAMA (RM5000)

✅ BANTUAN SEWA RUMAH (RM2500)

Pastikan borang lengkap diisi dan segala dokumen dilampirkan.

Borang yang lengkap hantar mana❓

Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor pada waktu pejabat.

Apply terus‼️

Alhamdulilah,Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jementah IV bersama para perwakilan dari cawangan hadir ke Mesyuarat Pemuda UMNO...
18/07/2026

Alhamdulilah,

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jementah IV bersama para perwakilan dari cawangan hadir ke Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Segamat.

Perjuangan ini tidak akan terhenti di dalam dewan mesyuarat.
Tanggungjawab kita adalah turun ke akar umbi, mendekati anak-anak muda, mendengar denyut nadi rakyat serta mengajak lebih ramai generasi muda bersama-sama menjadi pewaris perjuangan UMNO.

Insya-Allah, dengan kesatuan, keikhlasan dan semangat yang tinggi, kita akan terus mengukuhkan parti serta memastikan UMNO kembali diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Bersatu kita teguh, bergerak kita menang❗️

Hidup Melayu❗️Hidup UMNO❗️
Maju JOHOR❗️TEGUHbersama❗️❤️











•15 Tahun Penantian, Akhirnya JEMENTAH N02 Kembali Milik Barisan Nasional•————————————————————-Segalanya bermula apabila...
12/07/2026

•15 Tahun Penantian, Akhirnya JEMENTAH N02 Kembali Milik Barisan Nasional•
————————————————————-

Segalanya bermula apabila Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan.
Saat itu, tiada siapa mengetahui bagaimana pengakhiran perjuangan ini.
Yang pasti, kami memilih untuk turun ke padang, mendengar denyut nadi rakyat dan bekerja tanpa mengenal penat.

Hari demi hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Dari rumah ke rumah, bertemu penduduk di kampung, pekan dan taman perumahan. Bersalaman, mendengar keluhan, menerima teguran dan menyampaikan harapan bahawa masa depan Jementah mampu berubah.

Setiap pagi bermula dengan mesyuarat dan perancangan.
Setiap petang diisi dengan ziarah serta program kemasyarakatan.
Setiap malam diteruskan dengan ceramah, perjumpaan dan menyusun strategi.
Walaupun berdepan keletihan, semangat pasukan tidak pernah luntur kerana kami percaya setiap langkah kecil membawa kami semakin hampir kepada matlamat.

Perjalanan ini bukan mudah.
Ada saat diuji dengan cuaca, kekangan masa dan pelbagai cabaran sepanjang kempen.
Namun setiap cabaran hanya menguatkan tekad seluruh jentera untuk terus berjuang sehingga hari pengundian.

Tibalah hari yang dinantikan.
Rakyat keluar menunaikan tanggungjawab memilih masa depan.
Saat keputusan diumumkan, segala penat lelah selama berhari-hari akhirnya terbayar.

Selepas 15 tahun menunggu, Barisan Nasional berjaya kembali memenangi kerusi N02 Jementah.

Kemenangan ini bukan milik seorang individu.
Ia adalah hasil pengorbanan seluruh jentera, sukarelawan, penyokong dan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada perjuangan ini.

Terima kasih kepada setiap insan yang pernah mengetuk pintu rumah bersama kami, memasang bendera, mengedarkan risalah, menyediakan makanan, menjadi petugas pusat daerah mengundi, menjaga saluran dan tidak pernah berhenti berdoa.

Perjalanan ini mungkin telah sampai ke garisan penamat, tetapi tanggungjawab baru sahaja bermula.

Kerana kemenangan sebenar bukan sekadar memenangi pilihan raya, tetapi menunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

YB, laksanakan tanggungjawap anda, buat yang terbaik tanpa memilih bangsa dan agama, Terima dan accept teguran dari rakyat di bawah, dan jangan lupa… sentiasa jaga kami di bawah tak kira tua atau pun muda.

15 tahun menunggu.
Hari ini, Jementah kembali bersama Barisan Nasional.

Alhamdulilah 🙏🏻💙

徐安岄 See Ann Giap - Ah Ye
Onn Hafiz Ghazi

Saifuddin Jalil
Ketua Pemuda PDM Jementah Barat
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jementah IV
AJK Pemuda UMNO Bahagian Segamat






Alhamdulilah,Tiada yang lebih bermakna daripada melihat senyuman mereka. 😊Hari ini berkesempatan menyantuni seorang warg...
10/07/2026

Alhamdulilah,

Tiada yang lebih bermakna daripada melihat senyuman mereka. 😊

Hari ini berkesempatan menyantuni seorang warga emas di Kg Permatang Panjang ,
Seorang warga emas yang dikenali nek jempot yang sangat baik kepada Ketua Pemuda Jementah IV ketika kecil,
Rumah beliau adalah tempat bermain KPC dan rakan2 nya semasa beliau kecil,

Apabila Dikhabarkan Nek Jempot susah nak berjalan,
KPC Jementah IV dengan inisiatif sendiri, menyampaikan sebuah alat bantuan berjalan (walker) bagi memudahkan pergerakan beliau.

Semoga sedikit bantuan ini dapat memberi manfaat dan meringankan urusan seharian.

Kebetulan musim pilihanraya, dapat la membantu mempromosikan Barisan Nasional , moga Jementah kembali diperintah oleh Barisan Nasional💙👍

Terima kasih Juga kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kebajikan demi masyarakat.

💙Prihatin • Mendengar • Membantu💙





Alhamdulilah, Selesai Sudah tugas KPC kami lead Program Sembang Santai Bersama Orang Muda 2.0 Anjuran Pemuda BN Jementah...
09/07/2026

Alhamdulilah,

Selesai Sudah tugas KPC kami lead Program Sembang Santai Bersama Orang Muda 2.0 Anjuran Pemuda BN Jementah , 😁👍

5 KPC bergabung … 3++ orang turun, 🔥

betul kata orang tua, “bersatu kita TEGUH, Bercerai kita ROBOH”… ❤️‍🔥

Tq kepada YB Datuk Mohd Noor Helmy , Adun Duyong sudi menerima jemputan kami😋

Tahniah kepada pemenang hadiah😍

Tq orang jementah, u all steady‼️




Address

Kg Permatang Panjang
Jementah
85200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PemudaUmno JementahEmpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PemudaUmno JementahEmpat:

Shortcuts

Share