12/07/2026
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT atas segala ketentuan-Nya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera yang menjadi tulang belakang perjuangan ini. Pengorbanan masa, tenaga, keringat dan kesabaran kalian sepanjang perjalanan ini tidak ternilai harganya. Ada yang meninggalkan keluarga, berjaga hingga lewat malam dan bekerja tanpa mengenal penat demi memastikan amanah ini dapat disampaikan kepada rakyat.
Terima kasih kepada petugas dari Ledang & Melaka yang turut sama menyokong segala gerak kerja sepanjang tempoh kempen saya.
Tidak lupa juga buat para petugas dari negeri Perak, khususnya dari Bagan Serai, Gerik, Ipoh Timur, Tapah, Taiping, Lenggong. Turut dibantu sama oleh para petugas dari Pahang iaitu Cameron Highlands, Pekan dan Kuala Krau.
Kehadiran dan pengorbanan kalian menjadi kekuatan besar sepanjang perjuangan ini.
Setiap doa, setiap langkah dan setiap pengorbanan akan sentiasa kami kenang. Semoga segala usaha ini diterima sebagai amal soleh dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.
Insya-Allah, ukhuwah yang terjalin akan terus dipelihara dan semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat akan sentiasa diteruskan.
Terima kasih, Jementah. Semoga Allah SWT memberkati seluruh warga Jementah.