Balai Polis Ladang Geddes

Balai Polis Ladang Geddes Page ini diwujudkan supaya lebih ramai masyarakat mendapat maklumat terus dari Balai Polis Ladang Geddes

23/02/2024

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PTKPN A117 IPD JEMPOL DI BALAI POLIS LADANG GEDDES.

Bertarikh pada 22.02 2024 (Khamis), masa 9. 00 pagi hingga 1.00 petang. Bertempat di Balai Polis Ladang Geddes satu Lawatan dan Pemeriksaan PTKPN A117 IPD Jempol telah di adakan.

Pasukan Pemeriksa terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari pelbagai Bahagian dan Cawangan yang diketuai oleh ASP Jamatulakmar binti Ahmad Saidi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Jempol Negeri Sembilan.

Ketibaan kumpulan pemeriksa telah disambut oleh Ketua Polis Balai Ladang Geddes SM Norhayati binti Ghazali.

Terdapat 4 sessi pemeriksaan iaitu, Pemeriksaan Kawad, Taklimat KPB Balai Ladang Geddes Pemeriksaan Kumpulan Pemeriksa dan Taklimat Balas Kumpulan Pemeriksa.

Tujuan dan Objektif Pemeriksaan Balai mengikut PTKPN Bahagian A117 telah dijalankan mengikut ketetapan piawaian PDRM bagi memastikan pentadbiran Balai Polis Ladang Geddes menepati kehendak arahan pasukan.

Pemeriksaan dimulakan dengan pemeriksaan kawad yang melibatkan kehadiran anggota Balai Polis Ladang Geddes yang diketuai oleh SM Norhayati binti Ghazali. Ketua Polis Balai Ladang Geddes

Menyemak kekurangan yang ada untuk dikenalpasti sebagai permasalahan untuk diatasi. Persiapan sempena lawatan Pemeriksaan A117 oleh pihak JIPS IPK Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 15 hb Mei 2024. Ketua pemeriksa turut menyampaikan arahan terkini berkaitan tatacara pengurusan A 117.

Hasil dari pemeriksaan ini beberapa teguran telah diberi berkaitan keterampilan dan pemakaian semasa kawad yang perlu diperkemaskan, kekemasan keseragaman dokumen yang perlu diperbaiki dan sebarang catitan dalam buku-buku polis hendaklah sentiasa dikemaskini untuk memastikan arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan pasukan sentiasa dipatuhi sepenuhnya.

Pentadbiran Balai Polis Balai Ladang Geddes berterima kasih kepada kepimpinan pengurusan tertinggi IPD Jempol dan kepada semua Ketua Bahagian yang memberi kerjasama dan suntikan semangat kearah persiapan yang lebih baik bagi menghadapi pemeriksaan A117 dari JIPS IPK Negeri Sembilan..

Address

Jempol
72120

Telephone

+6064611222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Ladang Geddes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Ladang Geddes:

Share