27/06/2023
26| Jun 2023
Melawat kawasan Bencana Ribut di Palong 11
Ketua UMNO Bahagian melawat beberapa tempat yang dilanda ribut semalam bersama Pegawai Pejabat Daerah dan Agensi berkaitan, antaranya bangunan2 yang terlibat ialah, Majid Palong 9,10,11, SMK Alam Beraja, Pusat Internet Palong 11 , Pondok Rela , Literasi Palong 11, dan 17 rumah-rumah peneroka yang lain.
Bukan itu sahaja , Ketua UMNO Bahagian mesyuarat juga bersama-sama Pejabat Daerah,Pegawai MCMC, Pegawai TM, Felda dan agensi2 yang terlibat bagi menyelaraskan tindakan yang akan diambil bagi mempercepatkan proses baikpulih fasiliti dan rumah yang terlibat dengan bencana.
Akhir sekali , Ketua UMNO Bahagian juga berkesempatan menziarahi sebuah keluarga yang mengalami kecederaan ketika ribut berlaku. Sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang telah disampaikan. Semoga dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah
Salam Perjuangan