Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol LAMAN RASMI FACEBOOK IPD JEMPOL
( Dicipta Tahun 2024 )

TAKLIMAT KETUA POLIS DAERAH JEMPOL KEPADA PETUGAS PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) KE-16 DUN JEMPOLJempol, 31 Julai 2026 (Jumaa...
31/07/2026

TAKLIMAT KETUA POLIS DAERAH JEMPOL KEPADA PETUGAS PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) KE-16 DUN JEMPOL

Jempol, 31 Julai 2026 (Jumaat) - YDH Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Norhisham bin Mustapar telah menyampaikan taklimat penugasan kepada petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 DUN Jempol di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol sebagai persediaan menghadapi Hari Mengundi.

Taklimat bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar, selamat dan terkawal.

Dalam amanatnya, Ketua Polis Daerah Jempol menegaskan agar setiap petugas memahami peranan dan bidang tugas masing-masing serta mematuhi segala arahan, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang berkuat kuasa. Beliau turut mengingatkan supaya aspek keselamatan, disiplin, integriti dan profesionalisme sentiasa menjadi keutamaan sepanjang penugasan.

Selain itu, semua petugas diingatkan agar bertindak secara berkecuali, berhemah dan berlandaskan undang-undang dalam mengendalikan setiap situasi. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan kerjasama, komunikasi yang berkesan dan tindakan pantas bagi memastikan ketenteraman awam, keselamatan pengundi serta kelancaran proses pengundian sentiasa terpelihara.

Secara keseluruhannya, taklimat berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Semua petugas menunjukkan komitmen serta tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, sekali gus memastikan PRN Ke-16 DUN Jempol berlangsung dalam suasana yang aman, teratur dan kondusif.

TAKLIMAT PENYELARASAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) NEGERI SEMBILAN KE-16 PERINGKAT DAERAHJempol, ...
23/07/2026

TAKLIMAT PENYELARASAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) NEGERI SEMBILAN KE-16 PERINGKAT DAERAH

Jempol, 23 Julai 2026 (Khamis) - Taklimat Penyelarasan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 Peringkat Daerah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Taklimat telah dipengerusikan oleh YDH SAC Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, dan dihadiri oleh YDH Supt Zulkarnain bin Awang, Timbalan KCK Negeri Sembilan, YDH Supt Norhisham bin Mustapar, Ketua Polis Daerah Jempol, YDH DSP Premkumar a/l Ramadas, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, bersama Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai serta pegawai-pegawai kanan IPD Jempol.

Taklimat memberi penekanan kepada penyelarasan operasi dan kesiapsiagaan penugasan sepanjang PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembahagian tanggungjawab petugas, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), pengurusan keselamatan di pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi, kawalan lalu lintas, kesiapsiagaan logistik, sistem komunikasi serta tindakan menghadapi sebarang insiden yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Turut ditekankan ialah kepentingan integriti, profesionalisme, disiplin dan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas, di samping memperkukuh koordinasi antara semua elemen PDRM dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap fasa pilihan raya berjalan dengan lancar, selamat dan terkawal.

Kesimpulannya, taklimat ini telah berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga IPD Jempol, memperkemaskan penyelarasan penugasan dan memperkukuh komitmen PDRM dalam memastikan proses Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 berlangsung dalam suasana yang aman, teratur dan mematuhi undang-undang.

TAKLIMAT PENGGUNAAN APLIKASI BLACKBERRY ATHOC DAN BLACKBERRY SECUSUITE SEMPENA PRN KE-16 NEGERI SEMBILANJempol, 20 Julai...
20/07/2026

TAKLIMAT PENGGUNAAN APLIKASI BLACKBERRY ATHOC DAN BLACKBERRY SECUSUITE SEMPENA PRN KE-16 NEGERI SEMBILAN

Jempol, 20 Julai 2026 (Isnin) - Taklimat Penggunaan Aplikasi BlackBerry AtHoc dan BlackBerry SecuSUITE Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YDH DSP Premkumar a/l Ramadas, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol yang bertempat di Distress Room, IPD Jempol.

Taklimat dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai serta Pegawai Rendah Polis. Sesi taklimat dikendalikan oleh Encik Hasnul Hadi, Senior Sales Engineer BlackBerry Malaysia bersama pasukan BlackBerry Malaysia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta kata-kata aluan sebelum diteruskan dengan sesi taklimat. Penceramah memberi penerangan menyeluruh berkaitan fungsi, kaedah penggunaan serta kepentingan aplikasi BlackBerry AtHoc dan BlackBerry SecuSUITE sebagai platform komunikasi rasmi PDRM yang selamat, pantas dan disulitkan (encrypted) bagi menyokong penyampaian arahan operasi, amaran keselamatan dan perkongsian maklumat sepanjang penugasan PRN Ke-16 Negeri Sembilan.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran warga PDRM dalam mengendalikan kedua-dua aplikasi, memperkukuh keselamatan komunikasi operasi, mengurangkan risiko kebocoran maklumat serta menyeragamkan kaedah penyampaian arahan bagi memastikan penyelarasan operasi yang lebih cekap, tepat dan berkesan.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan. Taklimat ini berjaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga IPD Jempol dalam mengadaptasi teknologi komunikasi selamat, sekali gus memperkukuhkan kecekapan penyampaian maklumat dan koordinasi operasi bagi memastikan kelancaran penugasan sepanjang PRN Ke-16 Negeri Sembilan.

18/07/2026

HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-16, NEGERI SEMBILAN BAGI PARLIMEN P.127 JEMPOL

HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-16, NEGERI SEMBILAN BAGI PARLIMEN P.127 JEMPOLJempol, 18 Julai...
18/07/2026

HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-16, NEGERI SEMBILAN BAGI PARLIMEN P.127 JEMPOL

Jempol, 18 Julai 2026 (Sabtu) - Taklimat Penugasan sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Ke-16 bagi Parlimen P.127 Jempol telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah, YDH Supt. Norhisham bin Mustapar dengan dibantu oleh Pegawai Medan, YDH DSP Premkumar a/l Ramadas. Taklimat ini diadakan sebagai persediaan awal bagi memastikan semua petugas berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing, dan melaksanakan penugasan secara terancang serta berkesan.

Sepanjang taklimat, semua petugas telah diberikan penerangan terperinci mengenai pembahagian sektor, skop penugasan, saluran komunikasi operasi serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Penekanan turut diberikan terhadap aspek disiplin, integriti, profesionalisme, berkecuali dan keselamatan anggota bagi memastikan setiap tindakan yang diambil adalah selaras dengan undang-undang serta arahan operasi yang telah ditetapkan. Penyelarasan yang rapi ini bertujuan menjamin kelancaran proses Hari Penamaan Calon, di samping memastikan keselamatan calon, penyokong, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam sentiasa terpelihara.

Secara keseluruhannya, Taklimat Penugasan telah berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan. Semua petugas telah menerima arahan operasi dengan jelas serta bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut sektor masing-masing. Melalui komitmen, disiplin dan kerjasama seluruh warga PDRM mampu memastikan Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Ke-16 bagi Parlimen P.127 Jempol berlangsung dalam suasana yang aman, selamat, terkawal dan kondusif, sekali gus memelihara ketenteraman awam serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap keupayaan Polis Diraja Malaysia dalam menjamin keselamatan sepanjang proses demokrasi negara.

Address

Jempol
Jempol

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share