PAS KAWASAN SIK

PAS KAWASAN SIK Akaun Rasmi PAS Kawasan S*k PAS Kawasan S*k

Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Uca...
03/09/2026

Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ucap utama oleh YB. Ketua Pemuda PAS Malaysia bertemakan “Memimpin Penyatuan”. Insya-Allah, anak muda adalah generasi yang akan terus menjadi pelopor kepada penyatuan ummah.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi Pemuda UMNO Malaysia, Pejuang Muda, Pemuda Wawasan, Pemuda Gerakan dan semua yang turut hadir dalam majlis pada hari ini.

- Ku Abd Muhyi

DUA LRA BAHARU TINGKATKAN BEKALAN AIR KAWASAN INDUSTRI UTAMA - SANUSIOleh: Roslinda Hashim KUALA KETIL - Dua Loji Rawata...
02/09/2026

DUA LRA BAHARU TINGKATKAN BEKALAN AIR KAWASAN INDUSTRI UTAMA - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

KUALA KETIL - Dua Loji Rawatan Air (LRA) baharu berkapasiti keseluruhan 350 juta liter sehari (MLD) akan dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan bekalan air, khususnya untuk menyokong pertumbuhan kawasan industri dan pembangunan baharu di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kedua-dua projek berkenaan membabitkan LRA Sidam Kiri Fasa 1 berkapasiti 200 MLD dan LRA Sungai Karangan Fasa 1 berkapasiti 150 MLD.

Katanya, apabila siap kelak, kedua-dua LRA tersebut dijangka memberi manfaat kepada kawasan pertumbuhan utama termasuk Kulim Industrial Corridor (KIC), Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Padang Serai, Padang Meha, kawasan pembangunan Kulim International Airport (KXP) serta Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing (SLAM).

“Air adalah satu keperluan asas. Dalam konteks pembangunan sesebuah negeri, air merupakan sebahagian daripada infrastruktur yang menentukan sejauh mana sesebuah kawasan mampu berkembang.

“Kita boleh membawa masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit, membina kawasan industri, perumahan, pusat komersial dan pelbagai projek pembangunan, tetapi kesemuanya memerlukan utiliti asas yang mencukupi dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembangunan Solar Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) di LRA Kuala Ketil, di sini, hari ini.

Menurut Sanusi yang juga Pengerusi SADA, beberapa projek utama sedang dalam proses pembinaan, manakala sebahagian lagi telah siap, antaranya Projek Naik Taraf LRA Pelubang, LRA Jenun Baru, LRA Lubuk Buntar Lama, LRA Jeniang Baru serta LRA Kompak Kulim Hi-Tech.

Katanya, projek-projek berkenaan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan sistem bekalan air untuk memenuhi keperluan penduduk selain menyokong pertumbuhan pembangunan negeri.

Tambah beliau, peningkatan kapasiti rawatan air perlu disusuli usaha meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga bagi memastikan kos operasi dapat dikawal.

“Apabila kita menambah kapasiti rawatan air, kita juga perlu memahami bahawa penggunaan tenaga akan turut meningkat.

“Jadi kita bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana hendak menghasilkan lebih banyak air, tetapi bagaimana hendak mengoperasikan sistem dengan lebih cekap,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, SADA mengambil inisiatif memperkenalkan penggunaan tenaga solar di tiga LRA menerusi projek pembangunan solar Fasa Satu melibatkan LRA Kuala Ketil Baru, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Sungai Ular, yang dijangka menjimatkan kira-kira RM555,000 kos operasi SADA setahun.

Sanusi turut menegaskan keperluan supaya pembangunan infrastruktur bekalan air dirancang seiring dengan pembangunan sesuatu kawasan dan tidak hanya dibina selepas penduduk atau industri mula beroperasi.

Katanya, isu kecukupan bekalan air juga sering dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat Persekutuan ketika pelan pembangunan negeri dibincangkan.

“Apabila membincangkan pelan pembangunan negeri yang dicadangkan untuk diluluskan, nombor satu ialah bekalan air. Semua negeri sebut perkara yang sama.

“Saya jawab, bagi dulu, selepas itu kita akan buat. Air mentah kita ada. Dulu LRA tak ada. Bila ada orang duduk, ada industri, kawasan berkembang, kita bina LRA. Sepatutnya buat serentak, bukan buat LRA dulu, tunggu ada penduduk.

“Bila ada penduduk, ada pembangunan, LRA akan dibina,” katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/09/dua-lra-baharu-tingkatkan-bekalan-air.html

GENERASI MUDA PERLU MILIKI PEMIKIRAN KRITIS BERDEPAN CABARAN MASA DEPAN -SANUSIOleh: Roslinda Hashim ALOR SETAR - Genera...
01/09/2026

GENERASI MUDA PERLU MILIKI PEMIKIRAN KRITIS BERDEPAN CABARAN MASA DEPAN -SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Generasi muda perlu mempunyai pemikiran kritis dan tidak menerima bulat-bulat setiap perkara yang disampaikan kepada mereka, sebaliknya sentiasa mempersoalkan sama ada sesuatu perkara itu benar, wajar dan relevan.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, apa yang dilihat, didengar dan berlaku di sekeliling termasuk di sekolah, rumah, masjid, pasar raya serta media sosial akan membentuk budaya dan pemikiran generasi muda.

Menurut beliau, pengaruh pergaulan harian dan kandungan di platform media sosial seperti TikTok serta Facebook turut memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran anak-anak muda.

“Kita lah yang kena sedar. Jangan tanpa pemikiran yang kritis, telan bulat-bulat apa orang beri. Kritis dalam berfikir, banyak bertanya, betul ke, perlukah buat ini, patutkah buat begini.

“Itu dipanggil pemikiran kritis, pemikiran berasaskan persoalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Generasi Pewaris Sejahtera Negeri Kedah 2026 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Sanusi berkata, pembangunan manusia tidak boleh dilakukan sekali sahaja sebelum anak muda dibiarkan menentukan hala tuju sendiri tanpa bimbingan berterusan.

Sebaliknya, katanya, generasi muda perlu terus dibimbing, selain diberikan ruang dan peluang untuk membina kehidupan serta masa depan mereka.

“Generasi muda ini akan hidup lama lagi, jadi berilah mereka peluang. Jangan bunuh kredibiliti mereka. Kita latih mereka, beri nasihat dan pandangan yang betul, bukan atas kepentingan diri kita.

“Dalam berbudaya mengasaskan sebuah akal fikiran, pastikan persekitaran kita bersih dan tapislah maklumat serta pertahankan apa yang ada,” katanya.

Menurut beliau, ibu bapa boleh berkorban, guru boleh mengajar dan masyarakat boleh membantu, namun perubahan sebenar akhirnya perlu datang daripada diri setiap individu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya sebarang hujah yang dikemukakan berasaskan realiti dan bukan persepsi semata-mata atau sekadar melihat kepada ‘optik’ sesuatu isu.

“Kalau kita betul, pergilah. Tak ada masalah. Masalah orang ini ialah dia tidak betul tetapi dia nak pergi juga, jadi bertembung dan akhirnya menjadi polemik dalam masyarakat,” katanya.

Sanusi berkata, Kedah turut mengambil peranan dalam membangunkan generasi pewaris menerusi Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah di bawah portfolio Exco Pembangunan Insan.

Katanya, usaha membina generasi pewaris perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana anak muda yang dibentuk dalam acuan berbeza pada masa ini akhirnya akan berhadapan dan bersaing antara satu sama lain pada masa depan.

“Pertembungan ini akan berlaku. Sebab itu saya kata, kita duduk dalam acuan ini pun tidak boleh terlalu keras, tetapi mesti benar dan naratif kita betul,” katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya tidak meninggalkan generasi muda dalam keadaan lemah dari segi ilmu, akhlak, jati diri, ekonomi dan kemampuan menghadapi kehidupan.

“Amanah kita adalah memastikan anak-anak ini mendapat ilmu, bimbingan, peluang dan keyakinan yang mencukupi supaya suatu hari nanti mereka mampu berdiri dengan kekuatan mereka sendiri,” katanya.

Sanusi turut menyeru ibu bapa, pendidik, pemimpin dan seluruh masyarakat supaya melihat generasi pewaris dengan penuh amanah dan hikmah kerana tanggungjawab membina generasi bukan terletak pada satu pihak sahaja, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama.

“Kepada anak-anak Generasi Pewaris Sejahtera, saya doakan kalian terus melangkah maju. Binalah cita-cita, keyakinan, ilmu, akhlak dan paling penting, binalah diri.

“Binalah diri menjadi manusia yang bersedia memikul amanah apabila tiba waktunya nanti,” katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/08/generasi-muda-perlu-miliki-pemikiran.html

‘PENGKHIANATAN ADALAH MUSUH SEBENAR, BERPOTENSI HANCURKAN BANGSA’ - SANUSIOleh: Roslinda Hashim ALOR SETAR - Sifat tamak...
01/09/2026

‘PENGKHIANATAN ADALAH MUSUH SEBENAR, BERPOTENSI HANCURKAN BANGSA’ - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Sifat tamak, mementingkan diri, hasad dengki dan pengkhianatan dalam kalangan masyarakat boleh menjadi ‘musuh’ yang lebih berbahaya kerana mampu membawa kehancuran kepada bangsa, agama dan negara tanpa disedari.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ancaman terhadap sesebuah negara tidak semestinya hadir dalam bentuk peperangan, sebaliknya boleh berlaku ketika masyarakat hidup aman damai dan berpunca daripada pengkhianatan.

“Hari ini, ancaman yang kita hadapi mungkin berbeza. Ini lebih membahayakan kerana ia mungkin berlaku dalam keadaan kita tidak sedar. Ancaman boleh berlaku melalui pembabitan orang yang hidup bersama-sama dengan kita.

“Ingatlah, musuh sebenar yang boleh membawa kemusnahan kepada diri kita, keluarga, bangsa, agama dan negara serta seluruh umat, adalah diri kita sendiri.

“Jika ada sifat tamak, pentingkan diri dan hasad dengki, tunggulah saat kehancuran bangsa kita untuk selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ambang Merdeka bertemakan ‘Perang Musuh Bisik’ sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-69 di Dataran Star Walk, yang dihadiri 40,000 rakyat Kedah.

Menurut Sanusi, generasi hari ini tidak seharusnya menganggap kemerdekaan yang dinikmati sebagai sesuatu yang biasa.

Sebaliknya, katanya, kemerdekaan perlu disyukuri, dihayati dan dipertahankan supaya generasi akan datang tidak menerima sebuah negara yang kehilangan jiwa, maruah serta kedaulatannya.

“Jangan sampai kita menerima sebuah negara yang merdeka daripada tangan orang terdahulu, tetapi setelah ia berada di tangan kita dan kita serahkan p**a kepada generasi akan datang, ia adalah sebuah negara yang sudah kehilangan jiwa, maruah dan hilang kedaulatannya.

“Tidak ada maknanya kemerdekaan tanpa kedaulatan. Merdekakan jiwa untuk menghayati kemerdekaan sebenar. Pengisian negara yang merdeka perlu ditentukan dan dikawal supaya kekal selamanya,” katanya.

Beliau tegaskan, usaha mempertahankan kemerdekaan tanah air merupakan tanggungjawab semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Katanya, anak-anak Kedah perlu mempunyai kesedaran tinggi serta berbangga dengan perjuangan nenek moyang dalam menentang penjajahan dan kezaliman.

“Zalim tidak ada tempat dalam mana-mana kaum dan agama. Kita harus melawan apa jua bentuk kezaliman dan pengkhianatan yang masih ada hingga ke hari ini. Dengan semangat mempertahankan hak dan keadilan, hayati sepenuhnya erti kemerdekaan dengan pendekatan sesuai,” katanya.

Sanusi berkata, usaha memperkukuhkan kedudukan orang Melayu juga perlu dimulakan dengan pengukuhan pegangan Islam dalam diri setiap individu.

“Tanpa Islam, bangsa Melayu akan runtuh sama ada cepat atau lambat. Perjuangan mendaulatkan bangsa dan tanah air bukan semata-mata atas semangat bangsa tetapi juga kerana Islam. Kuatnya bangsa Melayu adalah kerana Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi menyifatkan sejarah ‘Perang Musuh Bisik’ membuktikan keberanian luar biasa orang Kedah berdepan dua kuasa besar pada ketika itu, iaitu Siam dan British.

“Pada zaman ini seluruh dunia kagum dengan Iran yang hebat berlawan dengan Amerika Syarikat dan Israel serentak, datuk nenek kita orang Kedah lebih awal berperang dengan dua kuasa kuat.

“Anak-anak Kedah seharusnya sedar perjuangan datuk nenek kita jauh lebih hebat dan berani melawan penjajah berbanding mana-mana catatan sejarah negara.

“Saya bukan memperkecilkan tokoh pejuang negeri-negeri lain, cuma sejarah perjuangan orang Kedah tidak diangkat dalam silibus mata pelajaran Sejarah di sekolah,” katanya.

Beliau berkata, sejarah perjuangan tokoh-tokoh Kedah perlu lebih diketengahkan, supaya generasi muda memahami pengorbanan serta keberanian pejuang terdahulu.

“Yang diangkat ialah sejarah yang ditulis semula oleh orientalis Barat yang memanip**asi cerita ketaatan orang Melayu kepada raja-raja. Malangnya, teks Sejarah yang dimanip**asi ini terus diguna pakai dalam silibus pendidikan selepas merdeka,” katanya.

Menurutnya, tokoh pejuang Kedah termasuk Sultan Ahmad Tajuddin, Tunku Kudin, Tunku Muhammad Saad, Tunku Mohamad Akib, Tunku Mohamad Taib, Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani, Dato’ Wan Muhammad Ali, Dato’ Syahbandar Wan Daud, Dato’ Madi, Tok Moh Ris dan Khatib Salam dari Rembau.

“Semangat perjuangan mereka sewajarnya jadi pembakar semangat untuk kita cintakan tanah air. Kita adalah bangsa yang berani melawan kezaliman, tidak gentar menuntut hak, pertahankan maruah dan kedaulatan,” katanya.

Sehubungan itu, Sanusi menyeru seluruh rakyat Kedah mengetepikan perbezaan politik, bangsa, agama dan latar belakang bagi bersama-sama membangunkan negeri ini.

“Marilah kita berganding bahu, hidup aman damai, harmoni, tidak iri hati, tidak tikam belakang, tidak dengki atau khianat.

“Hiduplah bersatu padu, bantu-membantu mengangkat semula negeri kita, membebaskannya daripada cengkaman kuasa luar untuk kita sendiri tentukan hala tuju yang kita nak bawa,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah berganding bahu bersama Kerajaan Negeri mendaulatkan semula Kedah di persada Nusantara, selain bekerja keras merealisasikan gagasan The Greater Kedah.

“Tanah ini milik kita selamanya. Inilah masa untuk kita menentukan sendiri nasib dan masa depan kita.

“Jalan yang kita pilih berpandukan kepada ulama dan sejarah untuk mara ke depan, menghadapi cabaran dan ancaman dalam bentuk lain p**a,” katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/08/pengkhianatan-adalah-musuh-sebenar.html

31/08/2026

Isu judi: “Last-last macam kita tinggal sorang”

ISU JUDI: SANUSI TEGASKAN HANYA BERCAKAP PERKARA BENAR“SAYA MAKI TAUKE JUDI, BUKAN PERDANA MENTERI”Oleh: Roslinda Hashim...
31/08/2026

ISU JUDI: SANUSI TEGASKAN HANYA BERCAKAP PERKARA BENAR

“SAYA MAKI TAUKE JUDI, BUKAN PERDANA MENTERI”

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan beliau hanya menyatakan perkara yang benar dalam isu perjudian, termasuk mengkritik golongan yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Menurutnya, kenyataan keras yang dibuat sebelum ini bukan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya kepada ‘tauke judi’ yang mempertahankan kepentingan perjudian.

“Saya bukan maki sembarangan. Saya maki tauke judi. Saya bukan maki ustaz, tok guru atau Perdana Menteri (pun tak). Saya maki tauke judi. Kata sikit-sikit macam itu pun berdarah, koyak… Jangan koyak.

“Berani berkata benar, kata-kata yang keras tetapi benar. Isu ini (judi) menjentik hati semua orang, pakat ulas siang malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Generasi Pewaris Sejahtera Negeri Kedah 2026 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Sanusi berkata, masyarakat perlu melihat sesuatu isu berdasarkan realiti dan sumber asal, bukannya terpengaruh dengan persepsi atau naratif yang dibentuk pihak tertentu.

“Kena letak sesuatu di tempat yang betul. Jangan terpesong kerana ada orang ‘spin’. Cari sumber asal. Cari naratif yang sebenar, bukan naratif yang dibina.

“Naratif yang dibina itu dipanggil persepsi. Dibina persepsi supaya orang semua tengok macam mereka nak. Itu dipanggil optik,” katanya.

Menurutnya, perubahan naratif dan persepsi boleh menyebabkan sesuatu yang benar dianggap salah, manakala perkara yang salah p**a dinormalisasikan.

“Tauke judi orang tak marah, yang perjuangkan judi orang tak marah. Orang yang marah tauke judi p**a orang marah. Orang yang lulus judi orang tak marah.

“Ini kerana proses ini telah melalui persepsi, naratif dan optik. Maka orang letak kebenaran menjadi satu kesalahan, dan kesalahan jadi normalisasi. Kita hanya boleh pegang pada realiti, bukan optik, naratif atau persepsi.

“Sekarang orang ubah jalan cerita supaya naratif berubah dan optik juga berubah. Benar atas prinsip yang benar, jangan letak benda yang salah di tempat yang betul, benda yang betul dijadikan satu kesalahan atas kepentingan tertentu,” katanya.

Menurut Sanusi, dalam berdepan kemungkaran, masyarakat perlu berpegang kepada prinsip sebenar dan melaksanakan tanggungjawab mengikut kemampuan masing-masing.

“Realitinya, bila kita tengok kemungkaran. Pertama, cegah dengan kuasa. Kedua, cegah dengan ucapan. Akhir sekali, cegah dengan hati, rasa benci. Sekarang ini ada kuasa, ada suara, ada hati benci. Tiga-tiga sekali kena jalan serentak,” katanya.

Sebagai Menteri Besar, beliau akan menggunakan ruang dan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan di peringkat negeri, selain bersuara mengenai perkara yang diyakininya benar.

“Saya ada kuasa untuk buat, saya buatlah di peringkat saya. Saya ada ruang untuk bercakap, saya cakap.

“Bila kita bercakap kita nampak siapa yang kita sedang hadapi. Akhirnya kita yang usaha untuk halang perjudian seolah tinggal seorang. Yang lain baik Melayu, Islam, India, semua berkongsi satu pandangan, bersatu hati, dahsyat dunia sekarang,” katanya.

Sanusi berkata, cabaran mempertahankan pendirian mengenai isu perjudian dijangka lebih hebat pada masa akan datang, termasuk berdepan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Di depan akan lebih hebat lagi cabaran. Siapa berkata benar dikatakan salah, salah dikata benar. Banyak fitnah berleluasa. Orang yang baik dikata jahat, orang jahat dikata baik. Macam-mcam fitnah datang, yang direka-reka, yang di setting dari jauh,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi menjadi perhatian apabila segelintir pihak memutar belit ucapan asal beliau kononnya mendoakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘pecah perut’ berikutan isu lesen perjudian.

Beliau turut dipetik memberi amaran bahawa Perdana Menteri akan dimaki rakyat Kedah sekiranya membenarkan aktiviti perjudian disambung semula di negeri itu.

Bagaimanapun, dalam taklimat khas ‘Halangan Pengharaman Judi di Kedah’ di Dewan Seri Mentaloon Selasa lalu, Sanusi merujuk kepada individu yang menaja kes mahkamah berkaitan operator perjudian.

“Saya tahu tauke mana yang sponsor kes mahkamah ini kepada operator-operator. Saya tahu. Dan saya akan sebut nama dia satu hari nanti. Tuan-tuan doalah bagi dia pecah perut. La (sekarang) ni tak boleh sebut. Kes mahkamah tak selesai lagi.

“Kita akan berdoa tiap-tiap hari sebut nama dia, bagi Tuhan bagi dia mampoih pecah perut. Boleh kah buat begitu… boleh pasal hang jahat. Kami tak terdaya dah. Oleh kerana hang kaya. Dunia ni sapa kaya dia ada kuasa. Dan orang yang ada kuasa bergantung di kaki-kaki orang kaya. Lesen judi diberi…,” katanya dalam taklimat tersebut.

https://www.kedahonline.com/2026/08/saya-maki-tauke-judi-bukan-perdana.html

PAS Kawasan S*k merakamkan takziah kepada keluarga Cikgu Isaham Nik yang telah kembali kerahmatullah.Beliau lama berada ...
30/08/2026

PAS Kawasan S*k merakamkan takziah kepada keluarga Cikgu Isaham Nik yang telah kembali kerahmatullah.

Beliau lama berada di dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan S*k sebagai ahli jawatankuasa kerja.

Semoga segala kerja buat dan tenaga yang dicurahkan kepada jemaah, membahagiakan cikgu ‘di sana’.

Al-fatihah.

JANGAN KHIANATI AGAMA, BANGSA SENDIRI“SEJARAH TIDAK HARUS DILUPAKAN”Roslinda Hashim ANAK BUKIT - Orang Melayu yang mengk...
28/08/2026

JANGAN KHIANATI AGAMA, BANGSA SENDIRI

“SEJARAH TIDAK HARUS DILUPAKAN”

Roslinda Hashim

ANAK BUKIT - Orang Melayu yang mengkhianati agama dan bangsa sendiri merupakan golongan paling hina dalam sejarah serta tidak seharusnya dilupakan.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, biarpun khianat atau belot terhadap agama dan bangsa mungkin boleh ditutupi dengan retorik atau alasan yang seakan munasabah, namun pengkhianatan tetap merupakan perbuatan yang tidak bermaruah.

Menurut beliau, sejarah juga membuktikan perjuangan menentang penjajah turut menyaksikan berlakunya pengkhianatan dalam kalangan orang Melayu sendiri, dan ia perlu dijadikan iktibar.

“Zaman dahulu pun sudah ada orang Melayu yang belot, zaman ini lebih ramai lagi. Mereka adalah golongan pengecut, tamak dan mementingkan diri.

“Orang yang khianat terhadap agama dan bangsa adalah golongan yang paling terkutuk dalam sejarah, tidak kira agama atau bangsa apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Perarakan Bot Merdeka Kibar Jalur Gemilang sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-69 di Kampung Alor Madi, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Anak Bukit dan DUN S**a Menanti itu menyaksikan hampir 100 bot menyertai konvoi dari Kampung Alor Madi hingga ke Muzium Negeri sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurut Sanusi, pengkhianatan terbesar yang boleh meruntuhkan bangsa sendiri hendaklah dielakkan pada masa kini.

“Dalam hidup ini, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tidak kira apa bentuk kesilapan atau kejahatan yang mungkin kita pernah lakukan, kita tidak akan dipandang lebih hina berbanding khianat terhadap agama dan bangsa sendiri,” katanya.

Sanusi turut berkongsi kisah sejarah Sungai Anak Bukit atau Sungai Kedah yang menjadi laluan perarakan bot merdeka yang menyimpan pelbagai kisah perjuangan rakyat Kedah menentang penjajahan sejak ratusan tahun lalu.

Katanya, sungai berkenaan bukan sekadar laluan air, malah menjadi lokasi berlakunya pelbagai pertempuran, khususnya ketika Perang Kedah-Siam antara 1821 hingga 1842.

“Ketika Tunku Kudin menyerang tentera Siam yang sudah menguasai Kota Kuala Kedah pada 1831, daripada kira-kira 300 orang yang mengawal Kota Kuala Kedah, hanya sekitar 70 orang sahaja tentera Siam, selebihnya adalah orang Melayu sendiri yang belot,” katanya.

Tambah beliau, kawasan Anak Bukit, Alor Madi, Alor Ganu dan S**a Menanti antara lokasi signifikan dalam sejarah Perang Kedah-Siam kerana menjadi medan pertempuran sengit dan antara kawasan paling teruk diserang tentera Siam selepas Kota Kuala Kedah.

Menurutnya, Alor Ganu ketika itu turut menjadi markas tentera Siam, selain menjadi lokasi bilik gerakan bagi mengatur serangan.

“Kalau hari ini kita berarak untuk meraikan kemerdekaan tanah air, datuk nenek kita dahulu berarak dengan perahu untuk pergi berperang.

“Jadi, saya ingin menyeru kepada semua masyarakat, khususnya anak muda, jangan kita sekadar berseronok dan meraikan pesta sungai ini. Kita kena ambil tahu apa yang ada di sebalik perarakan Bot Merdeka,” katanya.

Beliau berkata, program seperti ini penting bagi memberi peluang kepada generasi muda menghayati perjuangan dan pengorbanan nenek moyang dalam mempertahankan tanah air daripada penjajahan.

Katanya, usaha berkenaan perlu diteruskan sebagai acara tahunan bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan anak bangsa.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, kemerdekaan negara yang memasuki tahun ke-69 tidak bermakna semua perkara sudah dicapai sepenuhnya.

“Banyak lagi aspek perlu ditambah baik. Banyak lagi benda-benda yang kita belum merdeka sepenuhnya.

“Kita belum dapat tentukan sendiri apa yang kita kehendaki. Semuanya telah ditentukan sebelum merdeka lagi dan kita warisi sampailah sekarang,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu merupakan antara perjuangan yang perlu diteruskan generasi hari ini sehingga generasi akan datang.

“Hal-hal inilah yang telah, sedang dan akan terus diperjuangkan oleh generasi sekarang sampai ke hari kebangsaan yang ke-100 mungkin.

“Barulah kita boleh bercakap daripada hati kita sendiri dalam meraikan Hari Kebangsaan ini,” katanya.

PKR YANG BINGUNG1. Sanusi kata Kedah sudah cuba sedaya upaya. Membuat polisi Kerajaan Negeri (yang dikuatkuasakan oleh P...
28/08/2026

PKR YANG BINGUNG

1. Sanusi kata Kedah sudah cuba sedaya upaya. Membuat polisi Kerajaan Negeri (yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan) untuk tidak benarkan lesen premis judi. Pendirian Kedah, itu kuasa negeri.

2. Taukeh judi cabar di Mahkamah. Mahkamah Tinggi isytihar Negeri Kedah tiada kuasa, kerana kuasa itu adalah kuasa Persekutuan.

3. Mahkamah Rayuan setuju dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan kata:-

1️⃣ “In substance and effect, it (keputusan Kedah) prevented the respondents (tauke judi) from carrying on pool betting activities LICENSED BY THE MINISTER OF FINANCE under the PBA 1967”

2️⃣ “It (Kedah) may not, however, use that power to nullify, impede or defeat the FEDERAL LICENSING FRAMEWORK governing betting and lotteries”.

3️⃣ “Whatever it may not do is adopt a blanket policy whose object and effect are to prohibit throughout the State the operation of an activity UNDER A FEDERAL STATUTE IN A FEDERAL FIELD”.

Penekanan ditambah.

3A. Rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak melepasi ambang kebenaran. Itu teknikal undang-undang.

4. Natijahnya, perjuangan Negeri Kedah melalui salur undang-undang tamat di situ.

5. Terlalu jelas, kuasa mengeluarkan lesen judi ialah kuasa Menteri Kewangan dibawah Seksyen 5 Akta Pertaruhan 1967. Sekarang orang yang sama dengan PMX.

6. Sebelum ini, Menteri Kewangan keluarkan lesen judi. Kedah batalkan LESEN PREMIS JUDI. Natijahnya, kedai judi tidak boleh dibuka.

7. Tindakan Kedah batalkan LESEN PREMIS JUDI telah diisytihar tanpa kuasa yang sah oleh Mahkamah.

8. Maknanya, tinggallah LESEN JUDI yang berada di bawah kuasa Menteri Kewangan.

9. Maka ia tertakluk kini kepada pendirian Menteri Kewangan. Mahu terus luluskan LESEN JUDI di Kedah atau tidak?

10. Sebab itu, Sanusi p**angkan bola itu kepada PMX.

11. Apa yang susah sangat nak faham?

12. Bab menaikkan cabutan kepada 22 cabutan semasa PAS dalam Kerajaan sudah dijawab oleh PMX sendiri dalam Parlimen. Kata beliau, PAS dikecualikan kerana tidak tahu, dan kalau dibawa dalam kabinet, tentu PAS akan bantah.

13. Apapun, PAS telah suarakan bantahan sedari awal di dalam Parlimen melalui YB Fadhli Shaari.

14. Jadi yang PKR bingung sangat ini kenapa ya?

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

KEMENTERIAN KEWANGAN DIMINTA TIDAK LAGI LULUSKAN LESEN JUDI DI KEDAH - SANUSIOleh: Roslinda Hashim ALOR SETAR - Keputusa...
26/08/2026

KEMENTERIAN KEWANGAN DIMINTA TIDAK LAGI LULUSKAN LESEN JUDI DI KEDAH - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Keputusan untuk tidak meluluskan lesen perjudian baharu di Kedah kini terletak di bawah tanggung jawab Kementerian Kewangan (M*F).

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Kerajaan Negeri sudah mengambil langkah sewajarnya dengan tidak lagi mengeluarkan lesen premis perjudian melalui pihak berkuasa tempatan (PBT), selepas keputusan itu dibuat pada 2021 dan mula dikuatkuasakan pada 2023.

“Lesen judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. PBT mengeluarkan lesen premis. Selepas dapat lesen daripada Kementerian Kewangan, operator judi datang ke PBT untuk mohon lesen premis.

“Kalau kita tidak beri, dia terawang-awanglah, tidak ada lesen. Kementerian Kewangan bagi, kenapa PBT tidak bagi? Ini antara punca yang membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada taklimat khas penjelasan isu ‘Halangan Pengharaman Judi di Kedah’ di Seri Mentaloon, di sini.

Program anjuran Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) itu turut menampilkan peguam yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud sebagai ahli panel.

Sanusi berharap Menteri Kewangan mempunyai keberanian untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian di Kedah.

“Saya harap Menteri Kewangan (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) ada keberanian. Jangan bagi lesen judi di Kedah lagi, mulai hari ini sampai kiamat. Saya harap mereka ada keberanian itu.

“Bola berada di tangan Menteri Kewangan, kalau kamu tidak luluskan, kamu tolong kami dalam membendung dosa besar ini,” katanya.

Menurut beliau, antara faktor lesen perjudian diluluskan adalah kerana kerajaan memperoleh hasil daripada aktiviti berkenaan.

“Lesen judi diberi sebab apa? Sebab kerajaan dapat hasil. Kerajaan dapat pendapatan daripada aktiviti perjudian, maka Kementerian Kewangan bagi. Pasal operator judi bayar. Rosak atau tidak rosak orang ramai, kerajaan tidak kira. Janji dapat duit,” katanya.

Sanusi mendedahkan, Kerajaan Negeri sudah berulang kali berunding dengan Kementerian Kewangan supaya tidak lagi mengeluarkan lesen perjudian di Kedah, selepas pihaknya membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen premis perjudian.

“Saya buat langkah paling cermat. Selepas kita buat pengumuman pada 2021, saya minta bahagian kerajaan tempatan pergi ke M*F untuk berunding, bukan bulldoze.

“Kita maklum kepada M*F, kami sudah buat keputusan. Selepas ini, kami tidak keluarkan lagi lesen premis judi. Jadi Kerajaan Negeri mohon M*F tidak lagi mengeluarkan lesen judi,” katanya.

Sanusi berkata, pendekatan itu dilakukan selama setahun bagi memastikan proses pentadbiran berjalan mengikut prosedur dan tidak menimbulkan isu perundangan.

Katanya, Kerajaan Negeri turut memberi peluang kepada premis perjudian sedia ada untuk terus beroperasi sehingga tempoh lesen mereka tamat sebelum langkah berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2023.

“Setahun kita beri peluang. Yang ada beroperasi sampai lesen mati. Lesen ini biasa diperbaharui awal tahun. Jadi yang mati Oktober 2022, tidak diperbaharui lagi. Sampailah 2023, berjalanlah langkah itu. Semua PBT tidak beri lesen premis,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Kerajaan Negeri itu dibuat secara teratur selepas rundingan dan makluman berulang kali kepada Kementerian Kewangan, namun isu berkenaan akhirnya dibawa ke mahkamah pada 2024.

“Jangan kata kita tidak cermat. Kita sudah perhalusi dengan teratur,” katanya.

Sanusi turut menegaskan Kerajaan Negeri akan terus melihat ruang yang masih ada di bawah bidang kuasa PBT, termasuk aspek perancangan, zon dan perkara berkaitan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Kita tengoklah ruang yang masih ada bawah kuasa PBT, dan hal-hal bersabit dengan kuasa PBT yang dibenarkan di bawah Akta 171,” katanya.

Beliau turut tegaskan, isu perjudian dalam talian juga bukan berada di bawah bidang kuasa negeri, sebaliknya tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa Persekutuan.

“Judi online pun bukan bawah bidang kuasa saya. Itu bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Katanya, isu perjudian tidak boleh dilihat hanya dari sudut golongan bukan Islam kerana kewujudan premis perjudian turut berpotensi menarik masyarakat Islam untuk terlibat.

“Mereka kata judi untuk bukan Islam. Masalahnya, tarikan kepada tempat itu, magnetnya sedut semua orang termasuk Islam.

“Perjudian ini sudah lama. Saya tidak nafikan hak bukan Islam untuk berjudi, tetapi oleh kerana kamu ada di sini, ia menyeret orang Islam turut serta,” katanya.

Sanusi berharap Kerajaan Persekutuan mempunyai keberanian mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian meskipun berdepan kepentingan serta pengaruh kartel yang sudah lama menguasai industri berkenaan.

https://www.kedahonline.com/2026/08/kementerian-kewangan-diminta-tidak-lagi.html

Address

Kompleks PAS Kawasan S*k, Lot 3706, Kampung Sungai Pau, S*k
Jeniang
08700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share