MUIP Cawangan Jerantut

MUIP Cawangan Jerantut Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jerantut

29/04/2022

[ SALAM AIDILFITRI 1443H ]

مِنَ العَائدِيْنَ والفَائِزِينَ
"Moga kamu termasuk dalam kalangan orang yang akan kembali semula ke hari lebaran ini pada tahun-tahun akan datang dan berjaya di dunia dan akhirat"

Kami dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jerantut ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat seluruh umat islam, khususnya di Jerantut, Pahang.

Saksikan video ucapan hari raya oleh Pengurus Cawangan MUIP Daerah Jerantut, Ustaz Mohamad Razef Bin Hussain.

Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat kita semua.



"TINJAUN PERMOHONAN BAIKPULIH DAN BINA BARU RUMAH"JERANTUT, 16 April 2022 l Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pah...
18/04/2022

"TINJAUN PERMOHONAN BAIKPULIH DAN BINA BARU RUMAH"

JERANTUT, 16 April 2022 l Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Jerantut hari ini menjalankan tinjauan bagi permohonan baikpulih dan bina baru rumah. Turut bersama dalam tinjauan ini ialah Pengurus MUIP Cawangan dan juga Encik Muhammad Fakruddin Bin Hamedas, Penolong Jurutera MUIP.

Sebanyak sembilan permohonan telah pun dibuat tinjauan yang mana lima daripadanya merupakan permohonan bina baru rumah asnaf di sekitar Kampung Kuala Sat dan juga Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling.

Semoga dengan tinjauan ini akan memberikan sedikit sinar kepada asnaf-asnaf meneruskan kehidupan dengan lebih baik.




"KEMBARA MASJID, BERSAMA KOMUNITI MUIP DEKATI"JERANTUT, 16 April 2022 l Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ...
18/04/2022

"KEMBARA MASJID, BERSAMA KOMUNITI MUIP DEKATI"

JERANTUT, 16 April 2022 l Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Jerantut hari ini buat pertama kalinya mengadakan Program Kembara Masjid Kariah Daerah Jerantut.

Masjid Mat Daling, Ulu Tembeling menjadi destinasi pertama bagi MUIP Jerantut dengan kerjasama yang cukup baik daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ), Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah dan juga penduduk Kampung.

Diantara pengisian yang dijalankan ialah Ramadhan Talk, berbuka puasa bersama asnaf penerima bantuan bulanan MUIP yang tinggal di kawasan kariah masjid selain bersama juga dengan penduduk setempat. Disamping sempat bersama-sama menunaikan solat terawikh bersama dengan pendudukan kampung.

Semoga program yang dirancang ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat khususnya penerima bantuan bulanan MUIP dengan pentadbiran MUIP Daerah Jerantut




"PENYERAHAN KUNCI RUMAH ASNAF YANG TELAH DIBAIK PULIH"JERANTUT, 07 April 2022 -  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melay...
07/04/2022

"PENYERAHAN KUNCI RUMAH ASNAF YANG TELAH DIBAIK PULIH"

JERANTUT, 07 April 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jerantut (MUIP) telah membuat serahan kunci rumah asnaf yang telah disiap baik pulih di Kg.Besul, Jerantut.

Kelulusan yang telah diberikan oleh MUIP bagi kerja baik pulih rumahnya adalah berjumlah lebih kurang RM 31,000.00 yang telah dilaksanakan oleh kontraktor undian MUIP.

Tuan Rumah, Puan Mazura Binti Zaharuddin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak MUIP kerana telah membaik pulih rumah beliau.

Semoga bantuan baik pulih rumah yang diberikan oleh pihak MUIP dari peruntukan zakat ini memberi keselesaan kepada keluarga tersebut.




"PASANGAN SUAMI ISTERI KURANG UPAYA TABAH HADAPI UJIAN ILAHI" JERANTUT, 06 April 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resa...
06/04/2022

"PASANGAN SUAMI ISTERI KURANG UPAYA TABAH HADAPI UJIAN ILAHI"

JERANTUT, 06 April 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jerantut telah pergi menziarahi pasangan suami isteri yang peka dan bisu iaitu Encik Laili Murad Bin Che Wa dan Puan Eda Sharlina Binti Adnan.

Encik Laili sekarang sedang terlantar kerana menghidapi penyakit strok seluruh badan. Sebelum ini beliau bekerja sebagai tukang kebun. Pasangan ini sekarang tinggal bersama dengan abang kepada Puan Eda.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MUIP Cawangan Jerantut berupa barangan asas makanan dan bantuan segera akan dipertimbangkan.

Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban yang mereka sekeluarga tanggung.




"LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SURAU KOA SG RETANG" JERANTUT, 05 APRIL 2022 - Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat ...
05/04/2022

"LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SURAU KOA SG RETANG"

JERANTUT, 05 APRIL 2022 - Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Cawangan Jerantut telah melawat ke tapak cadangan pembinaan surau KOA Sg Retang bersama dengan penggerak JAKIM, Ustaz Yusoff Bin A.Rahim.

Semoga dengan usaha pembinaan surau ini dapat memudahkan masyarakat orang asli islam di Sg Retang untuk menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti agama di surau tersebut.



"TERBUKA HATI MENERIMA CAHAYA ILLAHI DIBULAN REJAB"JERANTUT, 15 FEBRUARI 2022 - Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resa...
15/02/2022

"TERBUKA HATI MENERIMA CAHAYA ILLAHI DIBULAN REJAB"

JERANTUT, 15 FEBRUARI 2022 - Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jerantut telah menyaksikan lafaz shahadah daripada seorang perempuan berbangsa India yang telah mengakui Islam sebagai Ugama pilihan hati.
Lafaz shahadah telah diajarkan oleh Pengurus Cawangan Daerah Jerantut dan disaksikan oleh Alfadhil Timbalan Qadhi Daerah Jerantut serta Pengerak Masyarakat Orang Asli Jakim. Pengurus Cawangan MUIP Jerantut telah memberikan kata-kata nasihat yang berguna dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang Muslimah.
Disamping itu beliau juga telah menyerahkan kit kelengkapan ibadah dan saguhati memeluk Islam.
Marilah kita bersama-sama mendoakan saudara baharu kita terus istiqomah dalam menganut Ugama fitrah dan menjadi hamba Allah SWT yang berjaya di dunia dan juga akhirat.



"MUIP Jerantut bantu bina baru rumah Warga Emas" JERANTUT, 11 FEBRUARI 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu P...
12/02/2022

"MUIP Jerantut bantu bina baru rumah Warga Emas"

JERANTUT, 11 FEBRUARI 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jerantut hari ini telah mengadakan lawatan tapak bersama dengan Penolong Jurutera MUIP dan kontraktor terpilih bagi membina sebuah rumah untuk Warga Emas.
Bantuan bina baru rumah ini bagi memastikan keselamatan penerima Encik Yasail bin kanapee, 85 tahun lebih terjamin. Ini kerana beliau tinggal berseorangan setelah kematian isterinya beberapa tahun yang lalu dan rumah yang didiaminya kini terlalu hampir dengan jalan utama Jerantut - Lipis, selain itu sering kali terlibat dengan banjir
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan keselesaan kepada beliau.


Prihatin

"TABAH MENEMPUH UJIAN ILAHI" JERANTUT, 08 JANUARI 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jerant...
08/02/2022

"TABAH MENEMPUH UJIAN ILAHI"

JERANTUT, 08 JANUARI 2022 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jerantut(MUIP) telah pergi menziarah pemuda yang menghadapi penyakit kulit disebabkan jangkitan kuman pada anggota dalaman tubuh badannya. Ayahnya telah berkata yang anaknya telah dibawa pulang setelah mendapat kebenaran daripada pihak hospital.Sekarang masih lagi mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MUIP Cawangan Jerantut berupa barangan asas makanan dan bantuan segera akan dipertimbangkan. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit.




Address

Jalan Besar
Jerantut
27000JERANTUT

Telephone

+601124630339

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUIP Cawangan Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share