Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut
YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam
Ahli Parlimen Jerantut

TEKANAN KOS PEMBINAAN SEMAKIN MEMBEBANKAN INDUSTRI: KERAJAAN PERLU BERTINDAK LEBIH PROAKTIF DAN REALISTIKPAS mengambil s...
03/06/2026

TEKANAN KOS PEMBINAAN SEMAKIN MEMBEBANKAN INDUSTRI: KERAJAAN PERLU BERTINDAK LEBIH PROAKTIF DAN REALISTIK

PAS mengambil serius laporan bahawa industri pembinaan negara kini mula menerima tempias ketara daripada peningkatan kos bahan binaan, logistik dan pengangkutan akibat ketidaktentuan rantaian bekalan global serta konflik geopolitik semasa.

Laporan media terkini menunjukkan kos pembinaan telah meningkat sehingga 15%, sekali gus memberi tekanan besar kepada kontraktor, pemaju perumahan dan keseluruhan rantaian industri pembinaan negara.

Dalam masa sama, terdapat juga unjuran bahawa harga bahan binaan tertentu boleh meningkat sehingga 40% sekiranya ketidaktentuan global terus berpanjangan.

PAS berpandangan bahawa isu ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai cabaran sementara industri, sebaliknya berpotensi memberi kesan langsung kepada:
• kos projek kerajaan,
• harga rumah rakyat,
• kelangsungan kontraktor tempatan,
• serta momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun kerajaan menyatakan bahawa keadaan masih “terkawal” dan belum memerlukan intervensi drastik, realiti di lapangan menunjukkan ramai pemain industri terutama kontraktor kecil dan sederhana sedang berdepan tekanan aliran tunai yang semakin serius.

PAS menghargai komitmen kerajaan untuk meneruskan projek pembangunan strategik. Namun demikian, pendekatan semasa dilihat masih terlalu berhati-hati sedangkan tekanan kos telah mula dirasai secara nyata oleh industri.

Sehubungan itu, PAS mencadangkan beberapa langkah dasar segera:

1. Pengaktifan mekanisme Variation of Price (VOP) secara bersasar

Kerajaan perlu mempertimbangkan pelaksanaan VOP secara lebih fleksibel bagi projek yang terbukti terjejas oleh kenaikan luar biasa kos bahan binaan dan logistik.

Pendekatan bersasar lebih praktikal berbanding menolak pelaksanaan VOP secara menyeluruh atas alasan implikasi fiskal semata-mata.

2. Perkongsian kos yang telus dan berstruktur

Sekiranya kerajaan ingin melaksanakan pendekatan cost-sharing dengan kontraktor, mekanisme tersebut perlu:
• mempunyai formula yang jelas,
• menggunakan indeks kos rasmi,
• dan dilaksanakan secara telus agar tidak menimbulkan pertikaian kontrak pada masa depan.

3. Perlindungan kepada kontraktor tempatan dan PKS

Kontraktor kecil dan sederhana paling terkesan kerana margin keuntungan mereka lebih kecil serta bergantung kepada aliran tunai projek semasa.

Kerajaan perlu:
• mempercepat pembayaran tuntutan kerja,
• memperluas skim pembiayaan mudah,
• dan mengurangkan birokrasi pembayaran interim.

4. Menangani impak kepada harga rumah rakyat

Kenaikan kos pembinaan akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga rumah.

Cadangan industri supaya kerajaan memberi insentif tertentu bagi pembinaan rumah wajar dipertimbangkan secara serius bagi mengelakkan tekanan kos terus dipindahkan kepada rakyat.

5. Penubuhan mekanisme pemantauan kos pembinaan nasional

Kerajaan perlu mewujudkan sistem pemantauan kos bahan binaan secara masa nyata melibatkan:

• CIDB Malaysia,
• Jabatan Perangkaan Malaysia,
• pihak industri,
• dan kementerian berkaitan,

supaya intervensi dapat dibuat lebih awal sebelum projek menjadi “projek sakit”.

PAS percaya sektor pembinaan merupakan salah satu pemacu utama ekonomi negara dan penyedia pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan tidak boleh sekadar menunggu keadaan global kembali stabil tanpa menyediakan mekanisme mitigasi yang mencukupi.

Tindakan awal dan dasar yang realistik amat penting bagi memastikan:
• projek pembangunan tidak tergendala,
• kos fiskal kerajaan tidak melonjak lebih tinggi pada masa depan,
• dan rakyat tidak terus menanggung kenaikan harga hartanah serta kos sara hidup.

YB Ir Ts Haji Khairil Nizam Khirudin
Pengerusi Lajnah Pembangunan Modal Insan & Tenaga Profesional
Ahli Parlimen Jerantut

Berkesempatan juga menghadiri jemputan sahabat saya, Abg Deris di Kg Paya Teh yang mengadakan majlis tahlil dan aqiqah.K...
02/06/2026

Berkesempatan juga menghadiri jemputan sahabat saya, Abg Deris di Kg Paya Teh yang mengadakan majlis tahlil dan aqiqah.

Kalau kenduri dibuat secara gotong-royong macam ni memang terasa meriah suasananya. Orang kampung pakat membantu dari awal sampai selesai ,ada yang urus memasak, susun hidangan dan macam-macam lagi. Inilah suasana kampung yang kita rindu, penuh semangat kebersamaan dan ukhwah.

Terima kasih kepada Abg Deris serta seluruh warga kampung yang sudi menjemput dan melayan kami dengan cukup baik.

Saya singgah ke Felda Sungai Retang untuk menziarahi makcik m Chempawan binti Megat Teh, berusia 73 tahun, yang sedang d...
02/06/2026

Saya singgah ke Felda Sungai Retang untuk menziarahi makcik m Chempawan binti Megat Teh, berusia 73 tahun, yang sedang diuji dengan kecederaan patah kaki akibat kemalangan selepas dilanggar sebuah kereta semasa menunggang motosikal.

Alhamdulillah sempat bertanya khabar dan melihat keadaan beliau. Walaupun diuji dengan kesakitan, tetap kuat dan tabah menghadapi ujian.

Semoga diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

Menziarahi dan meninjau keadaan rumah Pokde Kasim serta Ngah Yahya di Kampung Pasir Durian yang terjejas akibat kejadian...
02/06/2026

Menziarahi dan meninjau keadaan rumah Pokde Kasim serta Ngah Yahya di Kampung Pasir Durian yang terjejas akibat kejadian ribut sekitar jam 9.30 malam Ahad lalu.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku, namun beberapa bahagian rumah mengalami kerosakan akibat ribut tersebut.

Dalam ziarah ini, saya turut sampaikan sedikit sumbangan awal sebagai tanda simpati dan sokongan atas musibah yang menimpa mereka.

Semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk membaiki kembali kerosakan yang berlaku. Mudah-mudahan ada bantuan lanjut yang dapat disalurkan bagi meringankan beban mereka.

Bila cuti pelepasan am sekali dengan cuti hujung minggu, memang penuh jemputan kenduri 😄Alhamdulillah, saya sempat memen...
01/06/2026

Bila cuti pelepasan am sekali dengan cuti hujung minggu, memang penuh jemputan kenduri 😄

Alhamdulillah, saya sempat memenuhi jemputan di Kg Tepam Ulu Cheka, Jengka 12, Taman Ria dan Taman Pine.

Seronok bila dapat hadir majlis-majlis macam ni. Bukan sekadar datang makan, tapi dapat juga bertanya khabar, berjumpa sahabat lama dan berkongsi kegembiraan bersama tuan rumah serta masyarakat setempat.

Kadang-kadang waktu beginilah juga orang kampung mengambil peluang untuk menyampaikan pelbagai aduan dan masalah setempat kepada saya. InsyaAllah, mana yang termampu kita cuba bantu dan panjangkan kepada pihak berkaitan.

Semoga segala majlis yang diadakan sentiasa diberkati dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Saya juga turut memenuhi jemputan YB Ustaz Zuridan, ADUN Damak sempena majlis walimah menyambut menantu di Kampung Temin...
30/05/2026

Saya juga turut memenuhi jemputan YB Ustaz Zuridan, ADUN Damak sempena majlis walimah menyambut menantu di Kampung Temin.

Turut hadir sama ialah YB Dato’ Seri Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian / ADUN Cheka serta YB Ustaz Haji Kamal bin Ashaari, Ahli Parlimen Kuala Krau.

Alhamdulillah, majlis berlangsung meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat dan masyarakat setempat.

Tahniah buat Mohamad Ukashah dan pasangan. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

30/05/2026
Hari ini memang ramai orang buat kenduri, cuti Raya Korban sekali dengan cuti sekolah kan, memang penuh jemputan 😄Ada ke...
30/05/2026

Hari ini memang ramai orang buat kenduri, cuti Raya Korban sekali dengan cuti sekolah kan, memang penuh jemputan 😄

Ada kenduri walimah, aqiqah, doa selamat dan tahlil, ada belaka.Meriah sungguh hari ini.

Alhamdulillah, sempat memenuhi beberapa jemputan di Sungai Retang, Kampung Chebong, Felda Padang Piol, Kg Melayu dan beberapa tempat lain lagi.

Seronok dapat bertemu orang kampung, sahabat-sahabat lama dan merapatkan silaturahim dalam suasana Aidiladha sambil bertanya khabar.

Dalam ibadah korban, daging korban hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian,untuk yang berkorban, untuk disedekahkan dan ...
29/05/2026

Dalam ibadah korban, daging korban hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian,untuk yang berkorban, untuk disedekahkan dan untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Selepas selesai proses melapah dan pembungkusan daging bagi Ibadah Korban PKMPJ 4.0, saya bersama-sama dengan anak muda PAS Cawangan Kampung Pulau Tawar turun mengagihkan daging korban kepada warga kampung di PPMS, Bukit Rang.

Sambil-sambil buat agihan tu, sempat juga bertanya khabar dan berborak dengan orang kampung. Ada tuan rumah yang jamu air dan minuman, dapatlah hilangkan dahaga tekak ineh sekejap 😄

Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak muda turut sama membantu dari awal pagi sampai selesai agihan. Semoga semangat gotong-royong dan kebersamaan seperti ini terus subur dalam masyarakat kita.

Hari Tasyrik masih berbaki lagi 2 hari. Sama-sama kita perbanyakkan takbir, tahmid dan selawat dalam hari-hari yang penuh keberkatan ini.

Penutup bagi siri Ibadah Korban PKMPJ 4.0, hari ini saya bersama-sama dengan PAS Cawangan Kampung Pulau Tawar di Surau M...
28/05/2026

Penutup bagi siri Ibadah Korban PKMPJ 4.0, hari ini saya bersama-sama dengan PAS Cawangan Kampung Pulau Tawar di Surau Mujahiddin Simpang Lama, Kampung Pulau bagi DUN Pulau Tawar.

Alhamdulillah, tahun ini 5 ekor lembu korban berjaya dilaksanakan di sini.

Sejak pagi tadi memang sibuk orang kampung bergotong-royong, ada yang melapah, asing daging, bungkus dan urus pembahagian korban.

Paling mencuri perhatian dekat sini mestilah Abang Sam Rambo, memang specialist bab guna kapak untuk urusan tulang-tulang ni. Sekali hayun memang terus kemas kerja deme 🫡

Terima kasih semua yang terlibat menjayakan program korban tahun ini. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Address

21, LORONG TEMIN UTAMA 1, TAMAN TEMIN UTAMA
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share