Taman Tasik Teratai, Jerantut

Taman Tasik Teratai, Jerantut Lokasi pilihan di Jerantut untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

27/03/2026

Rumah panas waktu malam kadang-kadang bukan sebab cuaca sahaja.

Kadang-kadang kita sendiri simpan haba dalam rumah tanpa sedar. Lantai, dinding, langsir, porch, balkoni, semuanya serap panas sepanjang siang. Bila malam, haba itu dilepaskan semula perlahan-lahan. Sebab itu kipas pasang kuat pun rumah tetap rasa berbahang.

Antara trik mudah yang ramai tak buat ialah mop lantai waktu petang atau awal malam. Lantai yang panas akan lepaskan haba ke udara dalam rumah. Bila dimop dengan air biasa, permukaan lantai jadi lebih sejuk dan haba itu cepat turun. Kesan dia mungkin nampak kecil, tapi ruang rumah boleh rasa lebih nyaman.

Selain itu, siram porch atau balkoni sekitar jam 6 petang supaya simen yang menyimpan panas tidak terus membahang sampai malam. Tutup langsir lebih awal pada waktu petang supaya haba matahari tidak terus masuk dan terperangkap dalam rumah. Bila matahari sudah turun, buka tingkap yang bertentangan supaya angin boleh melintas dan tolak keluar udara panas.

Satu lagi punca rumah rasa panas ialah peralatan elektrik yang dibiarkan hidup tanpa perlu. Televisyen, lampu, pengecas, rice cooker mode panas, semua ini tambah haba sedikit demi sedikit. Kadang-kadang rumah bukan panas sebab luar semata-mata. Rumah panas sebab haba terkumpul dari semua benda kecil yang kita tak perasan.

Rumah sejuk bukan bergantung pada aircond sahaja. Kadang-kadang ia bermula dengan langkah mudah seperti mop lantai, siram kawasan luar rumah, tutup langsir tepat waktu, dan beri laluan untuk udara panas keluar.

Semoga tahun 2026 lebih berjaya, tercapai apa yang dihajati dan dipermudahkan segala urusan.
01/01/2026

Semoga tahun 2026 lebih berjaya, tercapai apa yang dihajati dan dipermudahkan segala urusan.

01/01/2026
28/11/2025

Doktor Dari Penang Yang Hentikan Wabak Maut & Jadi Inspirasi Pelitup Muka Dunia

Pernah terfikir, orang yang mula popularkan konsep pelitup muka sampai jadi inspirasi respirator moden hari ini, sebenarnya anak kelahiran Penang?

Namanya Dr Wu Lien Teh. Lahir di Pulau Pinang pada tahun 1879, pelajar Penang Free School, kemudian menang Queen’s Scholarship dan sambung pengajian perubatan di University of Cambridge. Di sana, Wu bukan sebarang pelajar, beliau ialah pelajar perubatan pertama berketurunan Cina di Universiti Cambridge, dan kemudian menjadi orang Malaya pertama dicalonkan untuk Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1935 atas sumbangannya dalam kawalan wabak. 

Tahun 1910, di Manchuria (Harbin), muncul satu wabak misteri. Orang demam kuat, batuk berdarah, kulit keunguan, dan hampir semua yang dijangkiti meninggal dalam beberapa hari. Mayat bertimbun di jalan ketika musim salji, dan dunia bimbang ia akan merebak ke negara lain. Dr Wu dipanggil kerajaan China untuk mencari punca. 

Dalam suasana masyarakat yang tidak biasa dengan bedah siasat, Wu berjaya melakukan autopsi ke atas seorang mangsa. Beliau menemui kuman Yersinia pestis di paru-paru dan membuat kesimpulan berani: ini ialah pneumonic plague yang merebak melalui udara antara manusia, bukan sekadar dari gigitan kutu tikus seperti wabak bubonik biasa. Penemuan ini mengubah strategi kawalan sepenuhnya. 

Berdasarkan sains itu, Wu mencadangkan langkah yang ketika itu dianggap radikal: kuarantin ketat, hadkan perjalanan, nyahkuman bangunan, dan satu idea yang kini sangat biasa pada kita iaitu pemakaian pelitup muka. Beliau mereka pelitup berlapis kapas dan kain kasa yang murah dan mudah dibuat, dikenali sebagai “Wu mask”, yang kemudiannya diiktiraf sebagai pelopor kepada respirator moden seperti N95. Ada doktor asing yang pada awalnya mempersendakan dan enggan memakai pelitup ini, termasuk seorang profesor Perancis yang akhirnya dijangkiti dan meninggal dunia akibat wabak yang sama. 

Masalah lain: tanah beku, ribuan mayat tidak dapat dikebumikan. Wu sekali lagi membuat keputusan berani, mencadangkan pembakaran besar-besaran mayat untuk memutuskan jangkitan. Dengan izin pihak istana, kremasi dilaksanakan, bersama kuarantin dan pemakaian pelitup. Dalam beberapa bulan, wabak yang meragut sekitar 60,000 nyawa itu akhirnya dapat dikawal. 

Hari ini, Dr Wu dikenang sebagai “plague fighter” dan bapa kepada sistem kesihatan awam moden di China. Tetapi akar kisahnya bermula di sini, seorang anak Penang, pelajar perubatan pertama berketurunan Cina di Cambridge, dan orang Malaya pertama yang namanya naik ke pencalonan Hadiah Nobel Perubatan. Untuk semua petugas kesihatan awam yang hari-hari buat kerja “tak glamor” seperti contact tracing, lapor wabak, audit sanitasi dan tegur perkara kecil, kisah Dr Wu adalah bukti: kadang-kadang, dunia berubah kerana kerja senyap orang-orang macam anda.

28/11/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga semua baik2 sahaja, hati2 memandu dalam musim hujan ni.

26/11/2025

Ramai takut kanser, tetapi setiap hari kita ambil bahan yang memang sudah disahkan punca kanser pada manusia, bukan sekadar “orang kata”. Ini antara “top tier” yang paling kuat buktinya.

1. Rokok
Punca utama kanser paru paru, mulut, tekak dan banyak lagi. Tiada jumlah hisap yang selamat.

2. Alkohol
Meningkatkan risiko kanser payudara, hati, usus dan esofagus. Semua jenis arak ada risiko yang sama, walaupun diambil sedikit tetapi kerap.

3. Daging proses seperti sosej, nugget, hotdog
Diproses dengan garam, pengawet dan suhu tinggi. Pengambilan kerap dikaitkan dengan kanser usus besar.

4. Kunyah pinang atau sirih terutama yang bercampur tembakau
Sangat kuat kaitan dengan kanser mulut dan tekak, serta perubahan pra kanser pada mukosa mulut.

5. Makanan yang tercemar aflatoksin
Biasanya daripada kekacang atau bijirin yang disimpan dalam keadaan lembap dan berkulat. Aflatoksin ini kerap dikaitkan dengan kanser hati.

6. Ikan masin dan preserved food tradisional tertentu dengan nitrosamin tinggi
Cara pengawetan tertentu menghasilkan bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kanser nasofaring dan salur penghadaman.

7. Makanan yang terlalu hangus atau terbakar dimakan kerap
Bahagian yang hitam terbakar mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan sel dan dalam jangka panjang meningkatkan risiko kanser.

26/11/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera hendaknya.

GULA = MUSUH SENYAP SISTEM IMUN 😱Bila kita makan makanan bergula (karbo tinggi, fructose, sucrose, lactose, sucralose)…S...
25/11/2025

GULA = MUSUH SENYAP SISTEM IMUN 😱

Bila kita makan makanan bergula (karbo tinggi, fructose, sucrose, lactose, sucralose)…
Sebenarnya kita tengah suap makanan untuk bakteria jahat dalam usus!

Bila bakteria jahat makin banyak → bakteria baik makin kurang → microbiome jadi tak seimbang.
Usus lemah = sistem imun pun jatuh.
Masa ni la datangnya masalah:
⚠️ Berat naik
⚠️ Sindrom metabolik
⚠️ Insulin tak stabil
⚠️ Mudah sakit

Nak pulihkan?
✔️ Cut gula & karbo refine
✔️ Diet rendah carbo untuk stop pembiakan bakteria jahat
✔️ Topup probiotik supaya bakteria baik kembali kuat
✔️ Reset & sihatkan semula usus

Bila usus sihat → imun kuat → badan pun lebih kebal 💪✨

25/11/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga dipermudahkan segala urusan buat kita semua hari ini..

Address

Jerantut
27000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Tasik Teratai, Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share