Pejabat Penerangan Daerah Jerantut

Pejabat Penerangan Daerah Jerantut Hub Maklumat dan Informasi PERCUMA untuk anda. Segala PERKHIDMATAN kami adalah PERCUMA. JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
"Eksklusif Seiring Naratif"

17/08/2026







17/08/2026







πƒπ”πˆπ“ πŠπˆπ‰π€ππ† πŠπ„π‹π€ππ“π€π

Berinspirasikan legenda Che Siti Wan Kembang, Duit Kijang Kelantan melambangkan warisan, nilai sejarah dan keharmonian. Imej kijang yang menjadi simbol kekuatan serta keanggunan ini terus kekal sebagai khazanah bernilai merentasi zaman.

πŸ“² Maklumat lanjut layari
https://www.merdeka360.my/web/







πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

17/08/2026







KENALI TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu indikator yang membantu kita mengetahui tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Setiap tahap IPU menunjukkan keadaan pencemaran yang berbeza dan memerlukan perhatian serta tindakan yang bersesuaian.

Daripada tahap Baik, Sederhana, Tidak Sihat, Sangat Tidak Sihat hingga Berbahaya, semakin tinggi bacaan IPU, semakin tinggi risiko pencemaran udara terhadap kesihatan. Oleh itu, penting untuk kita memahami maksud setiap tahap agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga pada masa yang sesuai.

Masyarakat disaran sentiasa menyemak bacaan IPU melalui sumber rasmi, peka terhadap perubahan kualiti udara dan mengurangkan pendedahan apabila keadaan udara tidak baik, khususnya bagi golongan yang lebih berisiko.





17/08/2026







Wang hibah diagihkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun defisit terutamanya dalam tempoh 2014 hingga 2020 adalah sah milik pendeposit, menurut Jabatan M***i Wilayah Persekutuan (JMWP).

Jabatan terbabit memaklumkan wang diterima pendeposit itu tidak dikategorikan sebagai harta haram atau syubhah yang wajib dipulangkan kerana penerimaannya berasaskan akad hibah yang telah sempurna syarat penyerahan.

Berita penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595236


17/08/2026







Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata pindaan itu merupakan antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetulkan dengan tegas.

β€œTatakelola mesti terus diperkukuh, institusi dibersihkan dan setiap kelemahan diperbetulkan dengan tegas. Akta Tabung Haji akan dipinda demi memelihara amanah umat Islam.

Berita penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595225


17/08/2026







Pelbagai agenda reformasi dan pembangunan terus digerakkan menerusi MADANI Bekerja, merangkumi perumahan, kebajikan rakyat, keselamatan, pendidikan serta kesiapsiagaan menghadapi teknologi baharu. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Antara fokus 10–16 Ogos 2026 termasuk perlindungan pendeposit TH, pemerkasaan sosioekonomi, keselamatan awam serta pembaharuan dasar dan perundangan. πŸ“Œ




17/08/2026







πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.

Walau berbeza latar belakang, setiap huluran tangan dan keprihatinan mampu mengeratkan hubungan dan terus menyemai rasa kebersamaan dalam masyarakat.

Amalan saling membantu bukan sahaja meringankan beban, malah turut memupuk semangat perpaduan demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera.




17/08/2026







Beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar sedang diteliti dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata langkah penambahbaikan itu, merangkumi penyederhanaan proses permohonan, kelonggaran kriteria kelayakan bagi isu kenderaan sambung bayar dan pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat.

Beritw penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595170



Address

Jalan Hospital
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6092666307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Jerantut:

Shortcuts

Share