01/09/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐-๐ฒ๐ต ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐ฆ๐จ๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐, ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ง๐ฅ๐๐ข๐ง๐๐ฆ๐ ๐ (Part 1)
JERANTUT, 31 Ogos 2026 โ Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Jerantut berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik menerusi penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, badan beruniform, institusi pendidikan, pertubuhan serta masyarakat setempat.
Sambutan dimulakan dengan perarakan kontinjen yang tampil mengenakan pakaian seragam dan busana bertemakan patriotik. Persembahan yang penuh warna-warni serta kibaran Jalur Gemilang telah menyemarakkan suasana, sekali gus memperlihatkan semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Sambutan tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk Daerah Jerantut yang hadir bagi bersama-sama meraikan detik penuh bermakna ini.
Selaras dengan tema โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ, seluruh masyarakat diseru agar terus berganding bahu, memelihara perpaduan dan menyumbang kepada pembangunan negara demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin ke arah pembentukan sebuah negara yang aman, maju, makmur serta bersatu padu.