RISDA Jerantut

RISDA Jerantut Laman rasmi "Facebook" RISDA Jerantut

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™ˆ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™†๐™€๐˜ฝ๐™๐™‰ ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ (๐™‹๐™†๐™‹๐™†) ๐™๐™„๐™Ž๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™…๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™๐™๐™Alhamdulillah, Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) tela...
11/06/2026

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™ˆ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™†๐™€๐˜ฝ๐™๐™‰ ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ (๐™‹๐™†๐™‹๐™†) ๐™๐™„๐™Ž๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™…๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™๐™๐™

Alhamdulillah, Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Kampung Lubok Payung semalam, dan pada hari ini di Kampung Ulu Cheka.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan secara terus kepada pekebun kecil mengenai pelbagai inisiatif dan peluang yang disediakan oleh RISDA, antaranya:

โœ… Program Tanam Semula RISDA
โœ… Program Jualan Getah Berkelompok
โœ… Program Pembangunan Usahawan
โœ… Program Pengembangan

Diharapkan melalui sesi penerangan ini, para pekebun kecil dapat memahami dengan lebih jelas peluang dan bantuan yang ditawarkan serta memanfaatkan program-program yang disediakan oleh RISDA bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang hadir, bertanya soalan dan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Jangan sekadar menoreh, tetapi rebut peluang untuk maju bersama RISDA.
๐Ÿ’ช Memperkasa Pekebun Kecil
๐Ÿค Membangun Komuniti
๐Ÿ“ˆ Meningkatkan Pendapatan








๐Ÿ“ˆ ๐Ÿš€ ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ง! ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅAlhamdulillah, pencapaian jualan getah bagi tahun 2026 terus menunj...
09/06/2026

๐Ÿ“ˆ ๐Ÿš€ ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ง! ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, pencapaian jualan getah bagi tahun 2026 terus menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan berbanding tahun lalu ๐Ÿ’ช๐Ÿš€

Sehingga 26 Mei 2026, jumlah hasil belian yang berjaya direkodkan oleh Pejabat RISDA Daerah Jerantut adalah sebanyak 132.3056 MT, manakala hasil belian bagi bulan mei sahaja telah mencecah 47.1930 MT ๐Ÿ“Š๐Ÿ”ฅ

Peningkatan ini jelas membuktikan keyakinan pekebun kecil terhadap sistem jualan yang dilaksanakan, ditambah p**a dengan faktor harga getah yang semakin kukuh dan melonjak naik pada tahun ini ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ“ˆ

Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang terus memberi sokongan dan komitmen dalam menjayakan program jualan getah bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd. ๐Ÿค

๐Ÿ”ฅ Bila harga semakin bermaruah, semangat pekebun kecil turut terus mara!
๐Ÿš€ Jom terus jual getah bersama RISDA!







๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐——๐—”! ๐Ÿ“ขKepada semua pekebun kecil dan penduduk di sekitar kawasan yang terlibat, jangan ...
08/06/2026

๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐——๐—”! ๐Ÿ“ข

Kepada semua pekebun kecil dan penduduk di sekitar kawasan yang terlibat, jangan lepaskan peluang untuk menjual getah skrap anda melalui Depo Jualan Getah Skrap Berkelompok dan Jualan Skrap Mobile anjuran RISDA Daerah Jerantut.

๐Ÿ’ฐ Nak harga yang lebih baik? Nak jual secara mudah dan berkelompok? ๐Ÿค Jom sertai jualan bersama RISDA!

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
๐Ÿ“ž Pejabat RISDA Daerah Jerantut : 09-2662237
๐Ÿ“ž En. Amir Saiful : 016-6023069
๐Ÿ“ž En. Fatihi : 010-4172543

๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—š๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐——๐—” ๐——๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ต!








06/06/2026
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ & ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ก Pada pagi tadi telah diadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena pemergian Allahyarha...
05/06/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ & ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ก

Pada pagi tadi telah diadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena pemergian Allahyarham Ahmad Shukri bin Ab Malek, kakitangan RISDA Jerantut.

Majlis ini diadakan sebagai tanda memohon keampunan, rahmat dan doa buat Allahyarham agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah S.W.T yang beriman dan beramal soleh.

Semoga ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป







๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›Seluruh warga RISDA Daerah Jerantut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Ahmad Shukr...
03/06/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›

Seluruh warga RISDA Daerah Jerantut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Ahmad Shukri Bin Ab Malek yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

"Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Kredit gambar : RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

25/05/2026
๐Ÿ“ข ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฃ๐—ข ๐—ฆ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ž (๐——๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—กAlhamdulillah, program Jualan Depo Skrap Berkelompok (DPS) Kg. Sem...
25/05/2026

๐Ÿ“ข ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฃ๐—ข ๐—ฆ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ž (๐——๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก

Alhamdulillah, program Jualan Depo Skrap Berkelompok (DPS) Kg. Sempadan yang berlangsung pada hari ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada pekebun kecil seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… 25 Mei 2026 (Isnin)
โฐ 08.30 pagi sehingga selesai
๐Ÿ“ Kampung Sempadan, Damak
๐Ÿ’ฐ Harga Belian : RM4.40/kg
โš–๏ธ Berat Getah : 4,525kg / 4.5 tan
๐Ÿ‘ฅ Peserta : 25 orang
๐Ÿข Pembeli: RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Pihak RISDA Jerantut bersama para pekebun kecil amat bersyukur dengan kenaikan harga getah semasa. Walaupun kenaikannya hanya sekitar 10 sen dari minggu lepas iaitu daripada RM4.30/kg kepada RM4.40/kg pada minggu ini, namun ia tetap memberi sinar dan semangat kepada para pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan mereka.

Kenaikan harga ini sedikit sebanyak membantu menambah hasil pendapatan harian pekebun kecil serta menjadi pemangkin untuk mereka terus aktif dalam sektor pekebunan getah.
Semoga momentum kenaikan harga getah ini dapat terus memberi manfaat kepada seluruh pekebun kecil khususnya di daerah Jerantut.









๐Ÿšœ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ & ๐—ง๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐ŸŒฑLawatan pemantauan Projek Pembangunan ST...
21/05/2026

๐Ÿšœ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ & ๐—ง๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐ŸŒฑ

Lawatan pemantauan Projek Pembangunan STR Batu Balai dan TSI Kelompok Kampung Sempadan berkeluasan lebih 58 hektar telah dilaksanakan oleh Pegawai RISDA Daerah Jerantut bersama Timbalan Pegawai RISDA Daerah Jerantut serta kakitangan Stesen Damak.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa projek serta memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Semoga projek pembangunan yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil serta membantu memperkukuhkan sektor agromakanan dan pembangunan luar bandar.








Address

Pejabat RISDA Daerah Jerantut, Pejabat-Pejabat Kerajaan, Taman Lknp
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092662237

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Jerantut:

Share