Pergigian Daerah Jerantut

Pergigian Daerah Jerantut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Jerantut, Government Organization, KP Jerantut, Jerantut.

🎈🎉 JOM BERUS GIGI 2026 🎈🎉22 Julai 2026- Ikon Gigi Jerantut juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan program ...
24/07/2026

🎈🎉 JOM BERUS GIGI 2026 🎈🎉

22 Julai 2026- Ikon Gigi Jerantut juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan program Jom Berus Gigi yang dilaksanakan di seluruh Jerantut.

Kerjasama yang jitu telah ditonjolkan oleh salah seorang Ikon Gigi Jerantut, En. Efishahzril dalam menjayakan Program Jom Berus Gigi di Pejabat Perhilitan Taman Negara Pahang.

Terima kasih atas penglibatan semua pihak di Pejabat Perhilitan!

Ingat, kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul✨

Sehari

JOM BERUS GIGI 2026Kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul!  22 Julai 2026- Telah berlangsung Program...
24/07/2026

JOM BERUS GIGI 2026

Kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul!

22 Julai 2026- Telah berlangsung Program Jom Berus Gigi di seluruh daerah Jerantut. Program ini telah disambut serentak di seluruh negara bersama sambutan peringkat kebangsaan yang telah dijalankan di negeri Kedah Darul Aman.

Jerantut turut menyambut baik program ini dan memeriahkan sambutannya di sekolah-sekolah daerah Jerantut. Latihan Memberus Gigi secara berkesan (LMG) telah diadakan di beberapa tadika dan sekolah terpilih di daerah Jerantut, antaranya Tabika Perpaduan Bandar Jerantut, SK Damak, SK Pulau Mansok, SMK Padang Piol, dan SMK Jerantut.

PKPD Jerantut mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua pihak terutamanya pihak sekolah atas sokongan yang diberikan.

Sehari

JOM BERUS GIGI 202622 Julai 2026- Ikon Gigi Jerantut juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan program Jom Be...
24/07/2026

JOM BERUS GIGI 2026

22 Julai 2026- Ikon Gigi Jerantut juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan program Jom Berus Gigi yang dilaksanakan di seluruh Jerantut.

Kerjasama yang jitu telah ditonjolkan oleh salah seorang Ikon Gigi Jerantut, En. Efishahzril dalam menjayakan Program Jom Berus Gigi di Pejabat Perhilitan Taman Negara Pahang.

Terima kasih atas penglibatan semua pihak di Pejabat Perhilitan!

Ingat, kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul✨

Sehari

01/07/2026
BENGKEL KESIHATAN PERGIGIAN GURU KESIHATAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH JERANTUT15 JUN 2026- Telah berlangsung satu ...
01/07/2026

BENGKEL KESIHATAN PERGIGIAN GURU KESIHATAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH JERANTUT

15 JUN 2026- Telah berlangsung satu bengkel kesihatan pergigian bagi guru-guru kesihatan sekolah menengah di daerah Jerantut.

Seramai 30 orang guru daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah PKPD Jerantut telah mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti seperti ceramah dan pamerah kesihatan pergigian telah diadakan. Turut dilaksanakan adalah aktiviti berkumpulan di mana peserta telah diberikan tugas untuk menghasilkan poster digital bertemakan kesihatan pergigian.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru atas mutu kerja yang sangat baik yang telah ditonjolkan!




PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI PEJABAT TANAH & DAERAH JERANTUT12 MEI 2026- Bersempena World Gum Health Day, PKPD Jerantu...
01/07/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI PEJABAT TANAH & DAERAH JERANTUT

12 MEI 2026- Bersempena World Gum Health Day, PKPD Jerantut bersama Unit Pakar Periodontik, KP Bandar Jerantut telah mengadakan satu program kesihatan pergigian bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut.

Program ini turut mendapat sentuhan Dr. Fazlieha binti Kamaruddin, Pakar Periodontik KP Bandar Jerantut untuk memberikan perkongsian tentang kesihatan gusi.

Selain itu, turut dilaksanakan adalah pameran kesihatan pergigian serta rawatan dan pemeriksaan pergigian.

Terima kasih atas partisipasi dan kerjasama semua pihak.



SOROTAN AKTIVITI KOLABORASI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN SEPANJANG BULAN MEIAyuh menyorot kembali usaha warga kerja PKPD ...
01/07/2026

SOROTAN AKTIVITI KOLABORASI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN SEPANJANG BULAN MEI

Ayuh menyorot kembali usaha warga kerja PKPD Jerantut dalam menggembleng tenaga bagi merancakkan aktiviti promosi kesihatan pergigian di Jerantut. Terima kasih atas kerjasama semua pihak💪🏼

KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) & HARI BERSAMA AGENSI, PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK (PPTR)07 MEI 2026- Telah b...
01/07/2026

KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) & HARI BERSAMA AGENSI, PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK (PPTR)

07 MEI 2026- Telah berlangsung satu program kolaborasi kesihatan pergigian bersama Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPTR) bersempena Hari bersama Agensi.

Program ini turut disertai pelbagai agensi luar, seperti Pusat Pungutan Zakat Pahang, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa institusi lain.

Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada warga kerja PPTR dan penduduk setempat. Aktiviti yang dilaksanakan termasuk ceramah dan pameran kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian serta kempen 6020. Turut bekerjasama adalah Klinik Pergigian Begerak (Treler) Daerah Maran.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas penglibatan padu yang diberikan.




INFOGRAFIK : RAWATAN PENYAKIT GUSI DI KLINIK PERGIGIAN PRIMER DAN UNIT PERIODONTIK✨Penjagaan Gusi Sihat Bermula di Perin...
23/06/2026

INFOGRAFIK : RAWATAN PENYAKIT GUSI DI KLINIK PERGIGIAN PRIMER DAN UNIT PERIODONTIK

✨Penjagaan Gusi Sihat Bermula di Peringkat Primer✨

Kesihatan gusi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh.

Rawatan pergigian primer merangkumi pemeriksaan awal, pembersihan gigi, pendidikan kesihatan oral dan pengesanan awal penyakit gusi. Bagi kes yang memerlukan penilaian serta rawatan lebih lanjut, pesakit akan dirujuk kepada pakar periodontik.

Dapatkan pemeriksaan berkala dan rawatan yang bersesuaian bagi memastikan gigi dan gusi sentiasa berada dalam keadaan sihat!




Address

KP Jerantut
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092663133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share