12/12/2021
RESOLUSI IJTIMAK ULAMAK DAN TUAN-TUAN GURU PONDOK SE-MALAYSIA
1. Pondok menjadi benteng utama dalam mempastikan umat Islam memiliki aqidah yang sahih, memahami pelaksanaan syariah dan memiliki akhlak muslim yang terbaik.
2. Tuan-tuan guru pondok merupakan pencetus kepada perjuangan Islam bagi menggerakkan agenda dakwah dan siasah di bumi Malaysia dalam memastikan pelaksanaan syariah Islam dengan sepenuhnya.
3. Tuan-tuan guru serta institusi pondok hendaklah terus bersama dalam perjuangan yang dibawa oleh PAS dan mempertahankan PAS kerana matlamatnya yang jelas demi kepentingan Islam.
4. Institusi pondok mesti terus berkembang dengan manhaj yang terus membimbing umat serta menjadi benteng mempertahankan aqidah umat Islam daripada sebarang serangan pemikiran serta ideologi Barat.
5. Para ulamak mesti bersepakat dalam isu dasar demi memastikan kuasa politik negara dan umat terus dipegang dan tidak jatuh ke tangan musuh Islam. Adapun, perkara cabang ia mesti diuruskan secara cermat berhemah tanpa menjadi asbab kepada perbalahan sesama umat.
6. Tugas para ulamak ialah memastikan pendidikan Islam berterusan di semua peringkat kepada semua lapisan masyarakat di semua lapangan. Pendidikan Islam mesti terus diangkat ke persada dunia dengan dimensi yang terus berkembang dalam arus perdana seperti sektor ekonomi, sukan, pelancongan dan sebagainya.
7. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah yang diuruskan oleh ahli PAS sebaiknya diselaraskan di bawah satu sistem penaziran yang tersusun dan rapi bagi memastikan objektif perkaderan dan pembentukan fikrah sejak di bangku sekolah termasuk di pondok dapat dilaksanakan dengan baik.
8. Silibus dalam sistem pendidikan pondok mesti dibawa maju ke hadapan khasnya kepada ahli PAS bagi mempastikan ahli dan jentera PAS memiliki asas keilmuan yang tepat berasaskan manhaj yang benar yang menjadi asbab kemenangan diberikan oleh Allah SWT kepada PAS.
9. Keilmuan adalah asas utama perjuangan Islam. Dengan demikian, para tuan guru dan asatizah menempatkan diri dalam PAS sama ada secara langsung sebagai kepimpinan, naqib usrah, tenaga pengajar dan juga ahli yang komited bagi menjadikan agenda dakwah, tarbiah, amar maaruf dan nahi mungkar dalam siasah.