14/05/2026
Salam awok kiter,
Sihat ke belake? Arini min ikut Cik Bob lagi, Pegawai Pendakwa Majlis, ke Mahkamah Besut.
5 kes disebut depan Majistret:
- 3 selesai luar mahkamah,
- 1 Waran Tangkap dikeluarkan kerana OKS gagal hadir,
- dan 1 OKS mengaku salah dan Mahkamah putuskan perlu bayar saman serta selesaikan tunggakan.
Cuma arini min nak kongsi satu ilmu baru min belajar tadi, sekiranya da masuk mahkamah, keputusan da dikeluarkan, namun gagal bayar, ia boleh jadi 'Contempt of Court'. Maksudnya suatu penghinaan kepada keputusan Mahkamah sekiranya gagal atau abaikan arahan itu.
Sekiranya OKS tak bayar tunggakan tadi, ada ruang untuk dipenjarakan.
Macam OKS tadi, perlu bayar saman dan tunggakan sekali, sebab da terlalu banyak tunggakan yang diabaikan.
Jadi tolong sek kiter, jangan abaikan kompaun sekiranya ada.
Tapi jangan risau sobat. Mari ke pejabat kami, bincang dengan pegawai kami, kita selesaikan dengan cara rundingan. Jangan memilih untuk bertangguh.
Mari ye, Min tunggu awok kita.