JPKK Padang Cili

JPKK Padang Cili Padang Cili BEST

20/04/2026

Pencarian Jaguh bagi Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Besut Piala YB Haji Khuz 🏆

Ayuh warga Besut!
Inilah masanya untuk tunjukkan taring dan skil libasan anda. Pihak kami membawakan kejohanan khas buat peminat sepak takraw di Parlimen Besut. Adakah regu anda yang akan menjulang piala kali ini?

BUTIRAN KEJOHANAN:
Tarikh: 24 & 25 April 2026 (Jumaat & Sabtu)
Lokasi: Kompleks Rakan Muda Besut
Yuran: RM50 sahaja setiap regu

HADIAH LUMAYAN:
🥇 Juara: RM1,000 + Piala
🥈 Naib Juara: RM600
🥉 Ketiga & Keempat: RM300

SYARAT PENYERTAAN (TERTUTUP BESUT):
1. Berumur 18 tahun ke atas & Pengundi Parlimen Besut.
2. Peserta bawah 18 tahun: Ibu/Bapa mestilah pengundi Besut.
3. Terhad kepada 36 team sahaja.
4. Pemain yang pernah mewakili Negara/Negeri (STL, PEKJ, Tun Ali Cup, SUKMA & setaraf) tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

DAFTAR SEGERA (Slot Terhad!):
📞 Sheikh Asrul: 018-766 9781
📞 Wan Bukhari: 016-375 9693

TAHNIAH TERENGGANU!Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman serta seluruh Jawatankuasa New...
04/02/2026

TAHNIAH TERENGGANU!
Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman serta seluruh Jawatankuasa New Income Terengganu (NIT) dan Jawatankuasa Ekonomi Digital atas pencapaian cemerlang negeri Terengganu tahun 2025.
Terengganu mencatatkan rekod membanggakan:
Pelaburan tertinggi berjumlah RM6.613 bilion
Hasil bukan cukai tertinggi sebanyak RM451 juta
Pencapaian ini membuktikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.
Semoga terus memacu kemakmuran rakyat Terengganu Darul Iman.

29/01/2026

Negeri Terengganu melakarkan 2 kejayaan besar pada tahun 2025.

Pada tahun lalu, kutipan Hasil Bukan Cukai New Income Terengganu memecahkan rekod tertinggi iaitu sebanyak RM451 juta berbanding kejayaan pada tahun 2023 sebanyak RM 320 juta. Terdapat peningkatan sebanyak RM130 juta berbanding tahun 2023.

Kejayaan seterusnya ialah Negeri Terengganu turut mencatatkan rekod pelaburan tertinggi iaitu mencecah RM6.613 bilion. Angka ini merupakan angka yang tertinggi dalam sejarah negeri Terengganu.

Alhamdulillah dengan pelbagai perubahan antaranya dasar industri yang lebih mesra pelabur, tempoh permohonan tanah yang disingkatkan dan strategi yang memfokuskan kepada hasil yang mudah dicapai telah membuahkan hasil.

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan pada tahun 2025 menjadi penanda aras untuk kita terus mencapai kejayaan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Insyaa Allah.

Mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu 2026.


26/01/2026
15/01/2026
10/01/2026
08/01/2026

Suasana meriah di Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah DUN Kota Putera 2026!

Tahun ini kita meraikan jumlah penerima sumbangan teramai sepanjang empat tahun ini. Tahniah kepada semua penerima!


Address

Batu 3 Jalan Tembila
Jerteh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Padang Cili posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share