ILIM Kampus Besut

ILIM Kampus Besut ILIM Kampus Besut adalah cawangan dari ILIM Bangi dan merupakan salah satu pusat latihan di bawah Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™12 Rabiulawal 1448Hβ€œSesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.”- Sura...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H

β€œSesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.”
- Surah al-Qalam :4

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menyuburkan rasa cinta kepada Baginda dengan menghayati sirah, meneladani akhlak serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga cinta kepada Rasulullah ο·Ί
sentiasa hidup dalam hati,
akhlak Baginda menjadi teladan,
dan selawat menjadi penenang jiwa.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
Daripada Pengarah Kampus dan seluruh warga ILIM Kampus Besut




KURSUS PEMIKIRAN ISLAM DAN CABARAN ALIRAN MODENBESUT, 24 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut...
24/08/2026

KURSUS PEMIKIRAN ISLAM DAN CABARAN ALIRAN MODEN

BESUT, 24 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pemikiran Islam dan Cabaran Aliran Moden pada 23 hingga 24 Ogos 2026 bagi memperkukuh kefahaman peserta terhadap asas pemikiran Islam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, di samping meningkatkan keupayaan mengenal pasti, menganalisis dan menangani pengaruh aliran pemikiran moden.

Seramai 31 orang peserta menyertai kursus ini yang terdiri daripada wakil Bahagian Dakwah JAKIM, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), JPJ, Mahkamah Syariah, RISDA, Mahkamah Syariah, IKMAS dan lain-lain jabatan. Penyertaan daripada pelbagai agensi ini turut membuka ruang perkongsian pengalaman dan perspektif dalam mendepani cabaran pemikiran semasa.

Kursus ini menampilkan penceramah undangan YBrs. Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), serta YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Hishamudin bin Wan Jusoh, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pentadbiran), Pusat Pengajian Siswazah merangkap Pensyarah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA.

Antara pengisian kursus merangkumi Asas Pemikiran Islam, Krisis Pemikiran Kontemporari, sekularisme, liberalisme, pluralisme agama, feminisme, humanisme dan ateisme, serta isu semasa seperti pengaruh media, budaya pop**ar dan krisis nilai. Peserta turut mengikuti pendekatan ceramah, kajian kes, simulasi, latihan berkump**an dan sesi soal jawab bagi meningkatkan kemahiran menganalisis isu serta mengaplikasikan pendekatan Islam dalam menangani cabaran pemikiran moden.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut. Dalam majlis tersebut, peserta turut diberi peneguhan agar ilmu dan kefahaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta disebarluaskan dalam lingkungan masyarakat dan agensi masing-masing.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh jati diri Islam, pemikiran kritis dan keupayaan intelektual peserta dalam mendepani perkembangan pemikiran semasa secara berilmu, berhikmah dan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 : PECUTAN TERAKHIR BAGI YANG BERMINAT SEMINAR KEMERDEKAAN (MAULIDUR RASUL)π˜½π™šπ™™π™–π™ 𝘽π™ͺ𝙠π™ͺ 𝙒𝙖𝙧𝙦𝙖𝙝 π™Žπ™ͺ𝙑𝙩𝙖𝙣 π™•π™–π™žπ™£π™–...
23/08/2026

π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 :
PECUTAN TERAKHIR BAGI YANG BERMINAT

SEMINAR KEMERDEKAAN (MAULIDUR RASUL)
π˜½π™šπ™™π™–π™ 𝘽π™ͺ𝙠π™ͺ 𝙒𝙖𝙧𝙦𝙖𝙝 π™Žπ™ͺ𝙑𝙩𝙖𝙣 π™•π™–π™žπ™£π™–π™‘ π˜Όπ™—π™žπ™™π™žπ™£ 𝙄𝙄𝙄
πŸ“… TARIKH : 27 Ogos 2026 | Khamis
πŸ“ TEMPAT : Dewan Ibnu Mas'ud, ILIM KAMPUS BESUT

Bagi yang berminat, masih dibuka untuk anda membuat pemohonan dalam sistem itis dengan klik pautan https://itis.islam.gov.my/

πŸ“ž πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓, π‡π”ππ”ππ†πˆ:
Encik Lukman Bin Ibrahim
Ketua Seksyen Kecemerlangan,
ILIM Kampus Besut
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No. Tel: 09-6955858 samb. 132/126
Emel: [email protected]

𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 :
Seksyen Kecemerlangan (SKEC),
ILIM Kampus Besut
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KURSUS PENGURUSAN MASJID IDEAL PERKASA TADBIR URUS DAN PENGIMARAHAN MASJIDBESUT, 18 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam M...
18/08/2026

KURSUS PENGURUSAN MASJID IDEAL PERKASA TADBIR URUS DAN PENGIMARAHAN MASJID

BESUT, 18 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid Ideal selama dua hari bermula 17 hingga 18 Ogos 2026. Program yang berlangsung di ILIM Kampus Besut ini telah mendapat penyertaan seramai 26 orang peserta.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta berkaitan konsep pengurusan masjid yang ideal serta aspek tadbir urus, kepimpinan, pentadbiran, kewangan dan pengimarahan masjid yang berkesan. Pengisian turut memberi penekanan kepada Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sebagai salah satu instrumen bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan masjid.

Pada hari pertama, peserta mengikuti Ceramah 1 bertajuk β€œKonsep Masjid Ideal Masa Kini: Peranan, Tadbir Urus dan Cabaran Semasa” yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut. Sesi ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai peranan masjid dalam konteks semasa serta keperluan memperkukuh aspek tadbir urus bagi memastikan masjid terus relevan sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Program diteruskan dengan Ceramah 2 bertajuk β€œPengalaman dan Cabaran dalam Menguruskan Masjid Mengikut Standard Penarafan Masjid” yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Roslee bin Hj. Ismail, Pegawai Imarah Masjid, MAIK. Perkongsian ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan gambaran berdasarkan pengalaman sebenar berkaitan pengurusan masjid serta cabaran dalam memenuhi standard penarafan yang ditetapkan.

Sesi petang p**a dimulakan dengan tajuk β€œPengurusan Masjid Berimpak Tinggi: Kepimpinan, Pentadbiran, Kewangan dan Pengimarahan” yang disampaikan oleh Us. Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali, Ketua Penolong Pengarah JHEAT. Sesi ini memberi penekanan terhadap elemen-elemen penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pengurusan masjid dilaksanakan secara terancang, profesional dan berimpak tinggi.

Pada hari kedua, peserta didedahkan p**a kepada β€œStandard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM): Kriteria, Indikator dan Kaedah Penilaian” yang disampaikan oleh Us. Hasli bin Othman, selaku pegawai kanan JAKIM yang menguruskan standard penarafan masjid ini. Sebagai pengukuhan kepada pengisian kursus, peserta turut didedahkan dengan kaedah pengisian borang Penilaian SPMM dan Analisis Skor penilaian secara lebih praktikal serta menganalisis skor berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan pengurusan masjid yang lebih kompeten, berintegriti dan berorientasikan kualiti, seterusnya menjadikan masjid sebagai institusi yang dinamik serta terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat.

LANGKAH MERDEKA: MENDAKI BERSAMA MERIAHKAN PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN IKBBESUT, 16 Ogos 2026 – Kelab Kebajikan, Rekreas...
16/08/2026

LANGKAH MERDEKA: MENDAKI BERSAMA MERIAHKAN PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN IKB

BESUT, 16 Ogos 2026 – Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan ILIM (KERIST) dengan kerjasama Seksyen Khidmat Pengurusan, ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Program Bes i-Fit Siri 6/2026 – Program Semarak Kemerdekaan: Langkah Merdeka, Mendaki Bersama bertempat di Bukit Bubus, Besut.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pembukaan majlis, bacaan doa, taklimat program, senaman ringan serta ucapan perasmian oleh Pengarah ILIM Kampus Besut. Program diteruskan dengan pembahagian kump**an dan taklimat keselamatan sebelum peserta memulakan pendakian.

Program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga ILIM Kampus Besut.

Satu langkah, satu semangat, satu ukhuwah! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Langkah Merdeka, Mendaki Bersama!

π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 : KURSUS PENGURUSAN MASJID IDEAL  πŸ“… Tarikh : 17-18 Ogos 2026  - Isnin-Selasa πŸ“ Tempat : Bilik Seminar Al...
16/08/2026

π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 :
KURSUS PENGURUSAN MASJID IDEAL

πŸ“… Tarikh : 17-18 Ogos 2026 - Isnin-Selasa
πŸ“ Tempat : Bilik Seminar Al-Ghazali, ILIM Kampus Besut
πŸ“ž πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓, π‡π”ππ”ππ†πˆ:

Ustazah Fadhilah bt Zakaria
Ketua Seksyen Pembangunan Insan
Program Pembangunan Insan & Teras
Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut
No. Tel: 09-6955858 samb. 105/111/129
Emel: [email protected]

𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 : Seksyen Pembangunan Insan (SPI),
ILIM Kampus Besut
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Selamat datang Rabiul Awal. πŸŒ™Bulan yang mengingatkan kita untuk semakin mengenal, mencintai, dan meneladani Rasulullah ο·Ί...
13/08/2026

Selamat datang Rabiul Awal. πŸŒ™

Bulan yang mengingatkan kita untuk semakin mengenal, mencintai, dan meneladani Rasulullah ﷺ. 🀍

Semoga shalawat semakin dekat di lisan, sunnah beliau semakin hidup dalam keseharian, dan kita kelak mendapatkan syafaatnya. Aamiin. 🀲✨

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω

Kursus Islamic Parenting Skill Perkukuh Kefahaman Keibubapaan Menurut IslamBESUT, 13 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam ...
13/08/2026

Kursus Islamic Parenting Skill Perkukuh Kefahaman Keibubapaan Menurut Islam

BESUT, 13 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Islamic Parenting Skill selama dua hari, bermula 12 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar Al-Ghazali, ILIM Kampus Besut.

Program anjuran Seksyen Pembangunan Insan (SPI), ILIM Kampus Besut dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan berkaitan kemahiran keibubapaan berteraskan Islam, di samping memperkukuh peranan ibu bapa dalam membentuk institusi keluarga yang harmoni dan sejahtera.

Antara pengisian yang diketengahkan ialah ceramah β€œQawwam & Pasangan Solehah: Perkukuh Peranan Suami Isteri” dan β€œKomunikasi Berkesan: Bahagiakan Pasangan” yang disampaikan oleh En. Mohd Fadhli bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan KSK JAKIM.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan topik β€œMasih Ada Cinta: Rahsia Rumah Tangga Kekal Bahagia”, β€œAmanah, Ibadah dan Tanggungjawab Mendidik Anak Menurut Islam” serta β€œMerancang Legasi Keluarga Hingga ke Syurga” yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah YPKT.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengurus kehidupan berkeluarga berdasarkan panduan Islam, sekali gus melahirkan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

LAWATAN KERJA DAN PENYELARASAN BERSAMA JANM ZON TIMURBESUT, 13 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus...
13/08/2026

LAWATAN KERJA DAN PENYELARASAN BERSAMA JANM ZON TIMUR

BESUT, 13 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menerima kunjungan kerja daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Zon Timur bagi melaksanakan lawatan tapak (site visit) serta sesi perbincangan dan penyelarasan sebagai persediaan bagi pelaksanaan program yang akan diadakan di ILIM Kampus Besut.

Kunjungan tersebut melibatkan tiga orang pegawai JANM dari negeri-negeri di Zon Timur. Lawatan tapak ini bertujuan memberi gambaran secara langsung mengenai lokasi, kemudahan dan keperluan berkaitan bagi menyokong perancangan serta persediaan pelaksanaan program tersebut.

Lawatan kerja ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, mengadakan perbincangan serta menyelaras keperluan logistik, kemudahan dan perkara-perkara berkaitan bagi memastikan pelaksanaan program dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar serta teratur.

Kerjasama yang terjalin antara ILIM Kampus Besut dan JANM Zon Timur diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi, di samping meningkatkan keberkesanan penyelarasan dalam pelaksanaan program dan urusan bersama pada masa akan datang.

ILIM Kampus Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Zon Timur atas kunjungan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.

Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah Tingkat Kefahaman PesertaBESUT, 12 Ogos 2026 – Institut Latihan ...
12/08/2026

Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah Tingkat Kefahaman Peserta

BESUT, 12 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah yang berlangsung selama dua hari, pada 11 hingga 12 Ogos 2026, melibatkan seramai 32 orang peserta.

Kursus ini disertai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam dan Kader JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai prinsip dan peruntukan undang-undang serta meningkatkan pengetahuan berkaitan tatacara pengendalian kes jenayah syariah di Malaysia.

Pada hari pertama, peserta mengikuti sesi Pengenalan Undang-Undang Jenayah Syariah, Prosedur Penyiasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah serta Proses Pendakwaan dan Mahkamah Syariah. Sesi-sesi tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka.

Pada hari kedua, kursus diteruskan dengan sesi Pengendalian Bukti, Saksi dan Dokumentasi serta Isu Semasa dan Kajian Kes. Pengisian ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek praktikal dalam pengendalian kes serta isu-isu semasa berkaitan jenayah syariah.

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi peserta dalam memahami serta mengendalikan perkara berkaitan undang-undang dan tatacara jenayah syariah secara lebih teratur dan berkesan dalam pelaksanaan tugas.

Address

Jalan Pantai Peranginan, Bukit Keluang
Jerteh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILIM Kampus Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share