02/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT 5 RRD KE APM DAERAH BESUT
02 September 2026, Kunjungan hormat daripada Pegawai 5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) ke APM Daerah Besut menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik serta perkongsian maklumat bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal tiba.
Kunjungan ini turut memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat berkaitan kawasan operasi di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Besut, khususnya bagi persediaan menghadapi kejadian banjir.
Untuk makluman, 5 RRD bakal menggantikan 5 RAD dalam melaksanakan Operasi Murni (Op Murni) bagi bantuan dan pengurusan bencana banjir mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kerjasama dan koordinasi antara agensi amat penting bagi memastikan setiap gerak kerja menghadapi bencana dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan demi keselamatan masyarakat.
Terus bersama APM.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Terengganu
*