Atra Dun Jabi

Atra Dun Jabi "Mencetus Arus Perubahan"

Jelajah Ceramah "BONGKAR KEBENARAN“ siri III kini kembali.. Pakat mai adik kakok.. Pakat dengar kata fakta, bukan auta, ...
27/03/2018

Jelajah Ceramah "BONGKAR KEBENARAN“ siri III kini kembali.. Pakat mai adik kakok.. Pakat dengar kata fakta, bukan auta, bukan fitnah.... Kiter bongkar apa yang betul...!!!!!!

Jangan lupa terr... 30hb MAC 2018, Jumaat jam 9.00 malam di Perkarangan Balairaya Kg. Apal Hilir....


22/12/2014

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu, 24 Disember 2014.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:

i) Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam, Isnin, 22 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga malam, Isnin, 22 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B : AMARAN UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South, Kuching, Layang-layang, Labuan dan Palawan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:

i) Condore dan Tioman dijangka berterusan sehingga malam, Isnin, 22 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Selat Melaka dijangka berterusan sehingga malam, Isnin, 22 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

20 Nov 2014 (Khamis) - YB YB Mohd Iskandar Jaafar - MIJ bersama Tuan DO Besut, KPPD, Bomba, JPAM, RISDA, ATRA, Skuad Ban...
20/11/2014

20 Nov 2014 (Khamis) - YB YB Mohd Iskandar Jaafar - MIJ bersama Tuan DO Besut, KPPD, Bomba, JPAM, RISDA, ATRA, Skuad Banjir Dun dan JKKK membantu menguruskan mangsa banjir di SK Anak Ikan...mangsa dr sekitar Kg Tok Dor..setakat jam 12.00 tengahari..seramai 129 mangsa banjir dipindahkan yang terdiri dari 40 buah keluarga..

14 Oktober 2014 (Selasa) - Gambar sekitar Program Gotong-Royong Bakti Warga APMT Negeri Terengganu Bersama Jawatankuasa ...
15/10/2014

14 Oktober 2014 (Selasa) - Gambar sekitar Program Gotong-Royong Bakti Warga APMT Negeri Terengganu Bersama Jawatankuasa JKKK Zon 4, Dun Jabi..Terima Kasih kepada semua yang terlibat :)

"SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA"16 SEPTEMBER"Semoga Malaysia Terus Aman dan Makmur"
15/09/2014

"SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA"
16 SEPTEMBER
"Semoga Malaysia Terus Aman dan Makmur"

Address

Jerteh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Atra Dun Jabi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share