JPKK Kampung Dengir

JPKK Kampung Dengir JPKK Kg. Dengir ditubuhkan bagi menjayakan keharmonian,perpaduan dan kesejahteraan kampung.

Alhamdulillah, telah selamat disemadikan Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah di Tanah Perkuburan Dengir.Suasana penuh h...
24/04/2026

Alhamdulillah, telah selamat disemadikan Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah di Tanah Perkuburan Dengir.

Suasana penuh hiba mengiringi saat-saat akhir perpisahan… satu persatu tanah ditimbus, menandakan berakhirnya perjalanan dunia, dan bermulanya kehidupan yang abadi.

Terima kasih kepada semua yang hadir membantu urusan pengebumian serta mendoakan. Semoga segala kebaikan kalian dibalas oleh Allah SWT.

Doa:
اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَثَبِّتْهَا عِنْدَ السُّؤَالِ، وَاجْعَلْ قَبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ، وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, dilapangkan kubur serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Solat jenazah Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah telah disempurnakan di Surau Dengir dengan penuh khusyuk dan rasa hib...
24/04/2026

Solat jenazah Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah telah disempurnakan di Surau Dengir dengan penuh khusyuk dan rasa hiba.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Hj Azbi yang turut hadir bersama-sama menyempurnakan solat jenazah.

Terima kasih juga kepada seluruh ahli kariah dan sahabat handai yang hadir memberikan penghormatan terakhir. Kehadiran kalian amat bermakna dan menjadi penguat buat keluarga yang ditinggalkan.

Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, dan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah 🤲

Salam takziah yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah.Sesungguhnya pemergian ...
24/04/2026

Salam takziah yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Hasanah binti Abdullah.

Sesungguhnya pemergian beliau di pagi Jumaat yang penuh keberkatan amat dirasai oleh kami di JPKK Kampung Dengir. Seorang insan yang banyak berbakti, sentiasa hadir menghulurkan tenaga dan masa tanpa mengira penat lelah. Kini hanya kenangan dan jasa yang tinggal, menjadi saksi kebaikan yang pernah ditaburkan.

Perginya tidak akan kembali, namun doa kami sentiasa mengiringi…

Al-Fatihah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Doa:
اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR LUAR JANGKA DAERAH BESUTTarikh: 19 Februari 2026 (Jumaat)Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petan...
19/02/2026

MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR LUAR JANGKA DAERAH BESUT
Tarikh: 19 Februari 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Punca: Crossing paip MS 6 inci patah di Jalan Sepakat Tok Has
Kawasan terjejas:
• Beris Pak Abu
• Pusu Tinggi
• Gong Lapan
• Tok Has
• Dengir
• Gong Penaga
• Kenjing
• TUDM Gong Kedak
• Pengkalan Setor
• dan kawasan sekitarnya
Jumlah akaun terlibat: 1,100 akaun
Sumber air: Tangki Bukit Puteri Lama
Sila simpan air secukupnya & maaf atas kesulitan.
Maklumat lanjut: Hubungi SATU atau semak laman rasmi satuwater.com.my

Khabar duka di pagi 1 Ramadan…Ketika ramai sedang bersahur, satu kemalangan jalan raya berlaku sekitar jam 3:40 pagi apa...
19/02/2026

Khabar duka di pagi 1 Ramadan…
Ketika ramai sedang bersahur, satu kemalangan jalan raya berlaku sekitar jam 3:40 pagi apabila sebuah kereta Proton Saga FLX dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang sedalam kira-kira 1 meter di tepi jalan Kampung Tok Has.

Kenderaan tersebut membawa lima orang mangsa — seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan tiga remaja lelaki.
Namun takdir Allah mengatasi segalanya… seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat.

Al-Fatihah buat Allahyarham Fakrurozi Bin Yusof.
Perginya di bulan penuh rahmat ini benar-benar meruntun jiwa insan yang mengenali.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunkan dia, rahmati dia, sejahterakan dia, maafkan dia, muliakan tempat tinggalnya dan lapangkan kuburnya.”

🕌 Semua dijemput menunaikan solat jenazah selepas solat Zohor di Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir.

Salam takziah buat seluruh keluarga.
Pagi Ramadan ini mengingatkan kita… ada insan yang keluar rumah seperti biasa, tetapi tidak pernah kembali.

03/12/2025

Alhamdulillah, majlis jamuan makan malam JPKK Kampung Dengir pada 3 Disember 2025 di Restoran Aji Aji Seafood berlangsung dalam suasana penuh meriah, mesra dan ukhuwah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jawatankuasa yang hadir —
orang-orang kuat yang sentiasa komited dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan untuk kampung kita berjalan lancar. 🙌

Semoga kebersamaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan — demi Kampung Dengir yang makmur, berkat, dan sejahtera. 💚

Komuniti kita, kita jaga.
Kampung terjaga, negeri bahagia.

10/11/2025

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢

Tahun ini, kerajaan negeri meningkatkan pelaburan untuk pembangunan ekonomi. Peruntukan sektor ekonomi kini dinaikkan kepada RM92.84 juta bersamaan 20.6 peratus daripada keseluruhan belanjawan pembangunan, lonjakan besar berbanding hanya 4.4 peratus pada tahun sebelumnya.

Langkah ini menunjukkan komitmen untuk terus membantu rakyat dalam aspek menggerakkan pertumbuhan ekonomi negeri. Dengan peningkatan ini, lebih banyak ruang akan terbuka untuk peluang pekerjaan, sokongan kepada usahawan, pembangunan industri dan pengukuhan sektor pertanian serta makanan.

Ringkasnya, kita bukan hanya memastikan rakyat terbela, tetapi turut memperkuat asas ekonomi demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing. Terengganu terus melangkah ke depan, dengan keyakinan dan hala tuju yang jelas untuk manfaat semua.


10/11/2025

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 = 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭

Terengganu terus mencatat pencapaian membanggakan!

Kadar kelahiran tertinggi di Malaysia dua tahun berturut-turut, tanda keyakinan rakyat untuk merancang masa depan keluarga.

Indeks Kebahagiaan meningkat kepada 89.4%, membuktikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Melalui pelbagai program rakyat bersasar, pembangunan infrastruktur sosial dan kemasukan pelaburan strategik, Kerajaan Negeri memastikan ekonomi kekal positif dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Akhir bagi tahun 2025Mesyuarat terakhir bagi tahun ini berjalan dengan lancar. Terima k...
10/11/2025

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Akhir bagi tahun 2025

Mesyuarat terakhir bagi tahun ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa komited bersama JPKK Kampung Dengir.

Inilah wajah-wajah tulang belakang pengurusan JPKK Kampung Dengir — insan-insan hebat yang tidak pernah jemu, sentiasa komited dalam melaksanakan setiap tugasan demi memastikan Kampung Dengir terus maju, berkat dan sejahtera.

🌧️ Kini kita bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh.
👥 Nantikan juga pelbagai aktiviti menarik untuk warga Dengir pada tahun hadapan!

Komuniti kita, kita jaga.
Kampung terjaga, Negeri bahagia. 💚

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐆 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑 🤝Alhamdulillah, petang tadi JPKK Kampung Dengir telah selesai mengadakan ziarah kasih k...
27/10/2025

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐆 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑 🤝

Alhamdulillah, petang tadi JPKK Kampung Dengir telah selesai mengadakan ziarah kasih ke beberapa rumah penduduk kampung yang uzur. Antara yang sempat diziarahi termasuk Che Do, Mok Timoh, Kak Doh, Che Su, Mok Nab dan Che Yah.

Ziarah ringkas ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga membawa semangat kebersamaan dan kasih sayang sesama jiran sekampung. Semoga mereka yang diuji diberikan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT. 🤲

08/07/2025

🎬 [VIDEO] Rangkuman Sukan Rakyat Mukim Bukit Puteri 2025
🌾 “Kita main bukan untuk menang je, tapi untuk eratkan yang renggang, ceria yang muram, hidupkan kampung dengan tawa & ukhwah!”

Atas permintaan ramai kami bawakan video rangkuman aksi, sorakan, gelak tawa & semangat kampung dalam Program Sukan Rakyat 2025

Dari t**i basikal sampai pukul bantal atas air, dari lastik sampai tiang licin — semua bersatu di bawah satu langit:
❤️ Semangat kekeluargaan
🕌 Nilai kerjasama & Islamik
🤝 Perpaduan komuniti mukim

🎉 Terima kasih kepada semua yang terlibat — JPKK, peserta, pengunjung, YB Tuan Haji Azbi, wakil jabatan-jabatan kerajaan dan seluruh warga Kuala Besut serta komuniti setempat.

📢 Jom tengok & tag kawan-kawan, mana tahu muka demo masuk dalam ni! 😄





🌙 Ceramah Maal Hijrah Khas Muslimat📍 Masjid Haji Ishak, Kg. Dengir🗓️ Rabu, 9 Julai 2025 | 10.00 pagiTahun baru hijrah, h...
08/07/2025

🌙 Ceramah Maal Hijrah Khas Muslimat
📍 Masjid Haji Ishak, Kg. Dengir
🗓️ Rabu, 9 Julai 2025 | 10.00 pagi

Tahun baru hijrah, hati pun nak berhijrah. 💫
Ayuh para Muslimat sekalian, kita hidupkan pagi Rabu ini dengan majlis ilmu yang membangkitkan jiwa. 🕌✨

🗣️ Bersama penceramah jemputan yang tak asing lagi:
Ustaz Abdul Hadi bin Muhammad, pendakwah bebas yang sentiasa membumi dengan rakyat.

📢 SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!
Kita raikan hijrah bukan sekadar sambutan, tapi satu permulaan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Anjuran:
i-MiTS DUN Kuala Besut
(Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera)

Address

Dengir
Jertih
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Dengir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share