Hospital Jitra

Hospital Jitra Ini merupakan FB Page Rasmi Hospital Jitra, Kedah

JAWATAN KOSONG PERSONAL MYSTEPPEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN DAN PEMBANTU KHIDMAT AMTARIKH TUTUP 20 FEBRUARI 2026
12/02/2026

JAWATAN KOSONG PERSONAL MYSTEP
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN DAN PEMBANTU KHIDMAT AM
TARIKH TUTUP 20 FEBRUARI 2026

Sejak tahun 2023, Jabatan Pesakit Luar Hospital Jitra telah dinaiktaraf sebagai KLINIK PAKAR. - Menggunakan konsep temuj...
12/01/2026

Sejak tahun 2023, Jabatan Pesakit Luar Hospital Jitra telah dinaiktaraf sebagai KLINIK PAKAR.
- Menggunakan konsep temujanji
- Berdasarkan rujukan dari fasiliti kesihatan yang lain seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta.

Sekiranya anda mempunyai gejala ringan seperti:
1. Sakit tekak – tidak mempunyai gejala pernafasan
2. Demam selsema yang tidak berlanjutan di kalangan dewasa
3. Sakit kepala yang ringan
4. Penyakit kulit yang kronik
5. Dressing luka
6. Membuka jahitan dan lain lain

- Anda boleh ke:

1. KLINIK KESIHATAN yang terdekat (dibenarkan secara walk-in):
- Hari ahad hingga Rabu (8 pagi hingga 5 petang)
- Hari Khamis (8 pagi hingga 3.30 petang)

Atau

2. KLINIK RAWATAN PESAKIT (LOCUM)
- Lokasi: Jabatan Kecemasan Hospital Jitra:
- Hari Ahad hingga Khamis (bermula jam 6 petang sehingga 11 malam)
- Hari Minggu atau Kelepasan Am (Jam 9 pagi hingga 11 malam)

Sekiranya anda mempunya gejala yang lebih SERIUS, sila ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra (operasi 24 jam) untuk pemeriksaan selanjutnya.

Terima kasih.

✨ Program Santuni Pesakit oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jitra ✨Pada 29 Disember 2025, Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Ho...
30/12/2025

✨ Program Santuni Pesakit oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jitra ✨

Pada 29 Disember 2025, Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Jitra telah berkesempatan menyantuni para pesakit di wad sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka yang sedang menerima rawatan. Pihak ALP juga berbesar hati untuk menyerahkan sedikit sumbangan hamper kepada pesakit dan waris.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan pihak pengurusan dengan pesakit serta menyemai nilai empati, kasih sayang dan kebersamaan dalam perkhidmatan kesihatan.

Semoga kehadiran dan sentuhan mesra ini sedikit sebanyak menceriakan hari pesakit serta memberi semangat untuk terus kuat dan tabah.

*KURSUS BASIC LIFE SUPPORT KEPADA PELAJAR DAN GURU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH*11 November 2025Pada h...
14/12/2025

*KURSUS BASIC LIFE SUPPORT KEPADA PELAJAR DAN GURU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH*
11 November 2025

Pada hari ini, Hospital Jitra telah mengadakan kursus Basic Life Support untuk para pelajar tingkatan 2 & 3 dan guru dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Kedah Daerah Kubang Pasu. Program ini adalah anjuran Malaysian Medical Association (MMA) Kedah dengan kolaborasi bersama Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra.

Puan Pengarah Hospital Jitra, Dr Siti Norhani Mazrah binti Khalid selaku perasmi program tersebut menekankan kepentingan bantuan asas hayat apabila berlakunya kes-kes kecemasan yang memerlukan intervensi awal demi meningkatkan kadar kelangsungan hidup seseorang mangsa itu.

Majlis turut dihadiri Dr Arman bin Hawari, Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan Hospital Jitra dan juga wakil MMA Kedah, Dr Annuar Husainy bin Hussein.

Diharapkan agar para peserta dapat meraih ilmu dan kemahiran yang baru selepas tamatnya program ini, dan agar dapat memanfaatkannya pada masa hadapan nanti.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra atas komitmen dalam menjayakan program ini.


JADUAL MOBILE BAGI BULAN DISEMBER 2025
01/12/2025

JADUAL MOBILE BAGI BULAN DISEMBER 2025

🚨BANTUAN KECEMASAN PERUBATAN🚨Untuk sementara waktu, selain nombor 999 anda boleh menghubungi nombor-nombor berikut jika ...
19/11/2025

🚨BANTUAN KECEMASAN PERUBATAN🚨

Untuk sementara waktu, selain nombor 999 anda boleh menghubungi nombor-nombor berikut jika memerlukan bantuan kecemasan perubatan di sekitar Negeri Kedah Darul Aman:

☎️ 011-5899 1584
☎️ 04-735 0136

Simpan nombor ini untuk rujukan,kongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan semua.




jemput datang semua !
06/11/2025

jemput datang semua !

*PENILAIAN PEMBAHARUAN PENSIJILAN 3-STAR ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS)*Penilaian 3-STAR EMGS  di bawah ASEAN En...
07/10/2025

*PENILAIAN PEMBAHARUAN PENSIJILAN 3-STAR ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS)*

Penilaian 3-STAR EMGS di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) telah berlangsung di Hospital Jitra, Kedah pada 6-7 Oktober 2025.

Penilaian dikendalikan oleh:
🔹 Ts. Mohd Khairil Rumli – Ketua Penilai
🔹 Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Tunku Muhammad Nizar Tunku Ansur
dari Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan Edgenta serta seluruh warga kerja Hospital Jitra atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang penilaian dijalankan.

Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan Hospital Jitra ke arah pengurusan tenaga yang cekap (Energy Management) dan kelestarian (Sustainability) demi kesejahteraan bersama. 🌱💡



07/10/2025

🇲🇾✨ 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗡𝗨𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 🇵🇸
🌊 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮! 🇵🇸

Ayuh kita sama-sama 🔥 menyemarakkan semangat solidariti serantau demi membebaskan Palestin dan mengangkat suara kemanusiaan dari bumi Malaysia tercinta 🇲🇾🤝

📅 Tarikh: Rabu, 8 Oktober 2025
⏰ Masa: 8.00 malam
📍 Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil

Mari bangkit bersama 💪 dalam Gelombang Malaysia dan laungkan sokongan untuk Palestin Merdeka! 🇵🇸❤️




JOM DERMA DARAH!4/10/2025 DI RUANG LEGAR CMART CHANGLUN
02/10/2025

JOM DERMA DARAH!
4/10/2025 DI RUANG LEGAR CMART CHANGLUN

JOM PAKAT SIHATMINI KARNIVAL KESIHATANTARIKH: 23 OKTOBER 2025TEMPAT: C-MART BDISemua pakat-pakat Mai na.
01/10/2025

JOM PAKAT SIHAT

MINI KARNIVAL KESIHATAN

TARIKH: 23 OKTOBER 2025
TEMPAT: C-MART BDI

Semua pakat-pakat Mai na.







Address

Jalan Changlun
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jitra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Jitra:

Share