Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu Tanggungjawab Berdakwah , Mengutip & Mengagih Zakat

PENERIMAAN ZAKAT PERNIAGAAN PPK A2 KODIANG & SIASATAN BAIK PULIH RUMAH SEGERAAlhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang ...
13/08/2026

PENERIMAAN ZAKAT PERNIAGAAN PPK A2 KODIANG & SIASATAN BAIK PULIH RUMAH SEGERA

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada PPK A2 Kodiang dan penerimaan zakat ini merupakan satu bentuk komitmen dan tanggungjawab dalam menunaikan kewajipan zakat, di samping menyumbang kepada usaha membantu golongan yang memerlukan melalui agihan zakat yang dilaksanakan oleh pihak LZNK.

Dalam masa yang sama, PZDKP turut melaksanakan siasatan bagi permohonan Skim Bantuan Baik Pulih Rumah Segera. Siasatan ini dijalankan bagi menilai keadaan kediaman pemohon serta mengenal pasti keperluan sebenar sebelum bantuan dipertimbangkan dan disalurkan kepada mereka yang layak.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen PZDKP dalam memastikan pengurusan kutipan dan agihan zakat dilaksanakan dengan amanah, telus dan berkesan, khususnya dalam membantu meringankan beban kehidupan golongan asnaf di daerah Kubang Pasu.

Semoga zakat yang ditunaikan oleh PPK A2 Kodiang ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen dalam menunaikan zakat.

Pada 12 Ogos 2026, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kubang Pasu dan ...
13/08/2026

Pada 12 Ogos 2026, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kubang Pasu dan bertemu dengan Pegawai Daerah Kubang Pasu, YBhg. Puan Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, AMK., BCK.

Kunjungan ini bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa di daerah Kubang Pasu serta berkongsi maklumat terkini berkaitan LZNK. Pertemuan ini diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak demi manfaat masyarakat setempat.

PROGRAM KAJI SELIDIK ZAKAT DAN PENYERAHAN WAKALAH AGIHAN ZAKATPada pagi Rabu, 12 Ogos 2026, Pegawai Zakat Daerah Kubang ...
13/08/2026

PROGRAM KAJI SELIDIK ZAKAT DAN PENYERAHAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT

Pada pagi Rabu, 12 Ogos 2026, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu telah meluangkan masa menghadiri Majlis Kaji Selidik yang dilaksanakan oleh pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Masjid Kampung Naga.

Kehadiran serta kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan kaji selidik yang dijalankan oleh pihak UUM berkaitan zakat di kariah amatlah dihargai. Penglibatan masyarakat setempat amat penting bagi membantu pihak penyelidik mendapatkan maklumat dan pandangan yang tepat berkaitan pengurusan serta pelaksanaan zakat di peringkat kariah.

Sejurus selesai program tersebut, Pegawai Zakat Daerah turut berkesempatan menyerahkan Wakalah Agihan Zakat kepada dua buah sekolah, iaitu:

1. SK Padang Pekan
2. SK Telok Malek

Pada jam 2.30 petang, turut diadakan Taklimat Zakat di SM Sultan Abdul Halim, Jitra bagi memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai zakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT JAYA DIRI Alhamdulillah, pada 11 Ogos (Selasa) telah berlangsung sesi penyerahan Agihan Zakat Ja...
11/08/2026

PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT JAYA DIRI

Alhamdulillah, pada 11 Ogos (Selasa) telah berlangsung sesi penyerahan Agihan Zakat Jaya Diri oleh Ustaz Muhammad Faidulartraf bin Abdullah, Penolong Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, kepada salah seorang penerima asnaf yang layak.

Agihan ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi membantu golongan asnaf dalam memulakan atau mengembangkan aktiviti ekonomi ke arah kehidupan yang lebih stabil dan berdikari.

Walaupun dilaksanakan secara ringkas, penyerahan ini tetap membawa makna besar kepada penerima dalam membina masa depan yang lebih baik melalui sokongan zakat.

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu sentiasa komited dalam memastikan setiap agihan zakat disalurkan kepada yang benar-benar layak dan memerlukan. Semoga penerima dapat memanfaatkan bantuan ini sebaiknya dan menjadi simbol kejayaan asnaf yang mampu berdikari dengan usaha dan sokongan zakat.

SERAHAN BANTUAN E-DANA & ZIARAH MUSIBAH ALAM KEBAKARANAlhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah mela...
10/08/2026

SERAHAN BANTUAN E-DANA & ZIARAH MUSIBAH ALAM KEBAKARAN

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan serahan bantuan baik pulih rumah segera melalui e-Dana bagi membantu penerima yang memerlukan.

Serahan E-dana Skim Baik Pulih Rumah telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Hamidi bin Mohd Nor. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu asnaf memiliki kediaman yang lebih selesa, selamat dan sesuai untuk didiami.

Dalam masa yang sama, PZDKP turut mengadakan ziarah Musibah Alam dengan menziarahi sebuah keluarga yang terjejas akibat musibah kebakaran yang menimpa mereka. Sumbangan turut disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faidulatraf bin Abdullah selaku Penolong Pegawai PZDKP sebagai tanda keprihatinan dan sokongan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

Semoga segala bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat, meringankan beban serta memberikan keselesaan kepada penerima dan keluarga yang terlibat. Didoakan agar mereka terus diberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

5 Ogos 2026 | Pegawai Zakat Daerah Kubang PasuTuan Haji Hamidi, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, telah menyempurnakan p...
06/08/2026

5 Ogos 2026 | Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu

Tuan Haji Hamidi, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, telah menyempurnakan penyerahan Wakalah Agihan Zakat kepada dua buah sekolah, iaitu SK Seri Muda dan SK Sanglang, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dalam agihan manfaat zakat .

Sejurus selepas itu, beliau mengadakan kunjung hormat ke PPK MADA Kubang Sepat bagi mengeratkan hubungan strategik antara agensi.

Program diteruskan dengan menyantuni mangsa musibah kebakaran di Kg Kuala Sanglang, seterusnya menziarahi seorang adik yang menghidap Penyakit Kawasaki (Kawasaki Disease) sebagai tanda keprihatinan dan memberi semangat kepada keluarga.

Pada sebelah petang, Tuan Haji Hamidi turut mengadakan pertemuan bersama Manager Branch Agrobank bagi membincangkan kerjasama dan mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak demi manfaat masyarakat.

Semoga setiap usaha yang dilaksanakan membawa manfaat kepada ummah serta dipermudahkan segala urusan dalam menyantuni mereka yang memerlukan.

03 Ogos 2026 | IsninDUA PENERIMA TERIMA AGIHAN SKIM BAIK PULIH RUMAH SEGERAPejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) tela...
03/08/2026

03 Ogos 2026 | Isnin

DUA PENERIMA TERIMA AGIHAN SKIM BAIK PULIH RUMAH SEGERA

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menyampaikan bantuan di bawah Skim Baik Pulih Rumah segera kepada dua orang penerima asnaf.

Bantuan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hamidi, Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu. Seorang penerima merupakan individu yang tidak berupaya melihat, manakala seorang lagi mengalami masalah pergerakan kerana keadaan kaki yang tidak kuat.

Terima kasih kepada semua pembayar zakat. Sumbangan zakat anda menjadi asbab bantuan dapat disalurkan kepada asnaf yang memerlukan. Semoga Allah SWT memberkati setiap rezeki yang dikurniakan.


KUNJUNG HORMAT DAN PENYERAHAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT PENDAPATAN TAHUN 202522 Julai 2026 | Daerah Kubang PasuPegawai Zakat ...
22/07/2026

KUNJUNG HORMAT DAN PENYERAHAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT PENDAPATAN TAHUN 2025

22 Julai 2026 | Daerah Kubang Pasu

Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Hamidi Mohd Nor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan mengadakan pertemuan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Ishak bin Zulkifli.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa pengurusan zakat serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dalam memperkasa agenda kebajikan dan pendidikan.

Dalam lawatan yang sama, beliau turut mengadakan kunjungan ke PPK H2 Tenaga Baru Kepala Batas sebelum menyempurnakan penyerahan mock cheque Wakalah Agihan Zakat Pendapatan Tahun 2025 kepada dua buah sekolah, iaitu SK Bukit Tinggi dan SK Kepala Batas.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi memastikan manfaat zakat dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada institusi pendidikan dan golongan yang memerlukan.

16 Julai 2026Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu mengadakan Kunjungan Hormat ke Institusi Pendidikan dan Pertanian di Tunja...
16/07/2026

16 Julai 2026

Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu mengadakan Kunjungan Hormat ke Institusi Pendidikan dan Pertanian di Tunjang.

Kubang Pasu, 16 Julai 2026 – Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Ustaz Hamidi bin Mohd Nor, telah mengadakan siri kunjungan hormat ke beberapa institusi di kawasan Tunjang bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuh jaringan antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan agensi dan institusi setempat.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Sekolah Kebangsaan Tunjang, Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tunjang.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan peranan serta perkhidmatan zakat di samping membincangkan peluang kerjasama dalam aspek kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat, khususnya golongan asnaf di daerah Kubang Pasu.

Diharapkan jalinan hubungan yang terjalin melalui kunjungan hormat ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan manfaat zakat dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada mereka yang memerlukan.

Address

NO. 240 PEKAN JITRA 2
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6049171561

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share