from KODIANG to the world...

from KODIANG to the world... kodiang best wooooo..ada pasembor from KODIANG to the WORLD.. KODIANG -
Kodiang merupakan sebuah pekan kecil di
dalam daerah Kubang Pasu di negeri
Kedah.

Ia bersempadan dengan negeri
Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di
Kodiang dan Kampung Sena di Arau,
Perlis. Sebahagian besar penduduknya
merupakan petani. Bandar terdekat ialah
bandar diraja Arau , Perlis jaraknya kira-kira
5 km. LOKASI :
Latitud: 6.4000
Longtitud:
100.300
DMS Lat: 6° 24' 0N Long: 100° 17' 60E
Ketinggian dari laut: 291 kaki
atau 88 meter. SEJARAH ASAL USUL:
Sebutan mengikut di

alek tempatan: [kok
diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal
dari loghat bahasa Siam yang bermaksud
'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di
Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari
Simpang Empat Pekan Kodiang melalui
jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah
sebuah kampung yang berdekatan dengan
Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah
yang dimaksudkan dengan bukit merah, di
mana ketika musim kemarau, dapat dilihat
bukit ini akan bertukar warna menjadi
ke'merah'an kerana daun pokok yang
terdapat di bukit bertukar menjadi merah
dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari
Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit
Sireh (Kok Plu). Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur
yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di
bukit ini terdapat beberapa buah gua yang
mempunyai cerita menarik dan sejarahnya
tersendiri. Antara gua-gua tersebut
terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba
yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua
Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap,
Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar. PENDUDUK :
Masyarakat di sini kebanyakannya
tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan
aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi
mereka. Kebanyakan daripada mereka
adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang
Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik
Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk
asal dan lama yang menetap disini dari
bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa
India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik
Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan
menetap di Padang Sera kerana di sana
terdapat Watt Siam yang besar selain dari
di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan
Changloon dan Padang Sera. Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-
an terkenal dengan pasembor . Terdapat 3
penjual pasembor utama iaitu Kedai
Mamak Hussain (berpindah ke
perkarangan masjid jamek kodiang dan
sekarang diwarasi oleh menantu arwah
Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke
Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah
RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara
Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang
beruang). Manakala kedai buku utama di Pekan
Kodiang ini ialah Toko Buku Othman,
dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja
roda tiga menjual apom balik, air minuman
sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh
Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca
yang terkenal dengan bihun yang bewarna
kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali
di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu
atau lebih dikenali dengan panggilan Che
Chan. KODIANG MASA KINI :
Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan
sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4
lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar
melalui Anak Bukit, Kepala Batas
{Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra ,
Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau ,
Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir
ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis
sudah hampir siap sepenuhnya hanya
sedikit pengubahsuaian akan dilakukan
pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan
warung di pekan Kodiang telah
dirobohkan untuk memberi ruang pada
kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah
deretan kedai Toko buku Othman
(berpindah di sebelah kedai baiki basikal
jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai
makan Mydin(sekarang berniaga di
perkarangan masjid jamek kodiang dengan
menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk
juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai
berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan
ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung
Haji sekarang ini berhampiran dengan
bahu jalanraya, ruang letak kereta telah
digunakan untuk kerja-kerja pelebaran
jalan ini. Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan
Kodiang dan sekitarnya telah siap
sepenuhnya. Perhentian Bas Kodiang telah
ditingkatkan pasarananya dengan
pembinaan kedai dua tingkat di kawasan
perhentian bas amat bersesuaian dengan
perubahan pekan-pekan atau bandar
sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon
dan Arau. Dahulunya bandar Changloon
hanya setaraf seperti Kodiang tetapi
bandar Changloon telah pesat
membangun pasarananya menyamai
Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik
pasarana berbanding dengan pekan
Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di
Daerah Kubang Pasu ini. Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan
Pertanian) akan dibina di dataran Bukit
Keplu dan Gua Kerbau dan masih
diperingkat cadangan. PRASARANA :
Stesen bas/teksi tempatan
Pejabat Tabung Haji
Bank Pertanian(Agrobank)
Maybank
Pasar raya RMT
Pasar
Pekan Sehari (Sabtu) dan Pasar Malam
(Selasa). Balai Polis Pekan Kodiang
Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang
Kedai dobi RBS UTARA ENT.di pekan
padang sera
stokis jenama RORINE,OLI
COLLECTION,SYARIKAT MENANG DLL
Kedai Runcit Hj. Darus - Santan Segar
Kodiang(Depan Masjid Jamek Pekan
Kodiang)

Pengangkutan :
1. Bas HBR ke Bandar Kangar Perlis dan
Jitra/Alor Setar
2. Bas Transnasional(MARA) ke
Sanglang/Alor Setar
3. Kereta Sewa ke mana sahaja terutama
Changloon dan Bukit Kayu Hitam.
4. Bas Ekpress ke Kuala Lumpur dan
laluannya dari Kangar.
5. Stesen Keretapi di Arau. Keretapi
Tanah Melayu untuk laluan ke arah
Kuala Lumpur dan ThaiRailway untuk
laluan ke Padang Besar/Hatyai/
Bangkok.
6. Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim
Kepala Batas. Penerbangan ke KLIA
dengan pesawat Boeing 737-400 MAS
atau pesawat Airbus A320 AirAsia serta
untuk ke Subang dengan pesawat
FireFly ATR72-500(turboprop).
7. Keretapi kelajuan tinggi PADANG
BESAR-KL sedang dalam proses
pembinaan dijangka siap pada 2017
usahasama mmc-gamuda. Masjid :
1. Masjid Jamek Pekan Kodiang Jln
Changloon
2. Masjid Kg Kodiang Lama,
3. Masjid Kg paya Stesen
4. Masjid Kg Kandis
5. Masjid Bt. 4, Jln Changloon
6. Masjid Kg Paya stesen, Jln sanglang. Talian telefon :
1. Talian tetap TM 04-925 # #
2. Maxis 012/017 (strong coverage)
3. Celcom 019/013 (strong coverage)
4. Digi 016 (strong coverage)
5. U-Mobile 018. Pejabat pos :
Pos Malaysia Bhd, Jalan Kodiang. Bank :
AGRO Bank,.81E, Jalan Kodiang
Maybank,4A, Jalan Kodiang
Tabung Haji. Bekalan elektrik :
Tenaga Nasional Bhd, Jalan Station,
Kampung Changkat Logan, Kodiang
Tenaga Nasional Bhd,Pencawang Guar
Sanji, Jalan Arau Kodiang, Arau. Kesihatan :
Klinik Kementerian Kesihatan Klinik
rawatan pesakit luar /Ibu
Mengandung/Klinik gigi Jalan Guar,
Pekan Kodiang
Poliklinik Perubatan Azani, Jalan
Kodiang, Pekan Bharu, Changlun. Klinik Dr. Hj. Othman,
klinik Dr. Azhar & Rakan-rakan
Farmasi ZNZ
Farmasi KODIANG (Berpindah ke
Kubang Beruang jalan arau). Pendidikan :
SMK Tunku Bendahara
Sekolah Kebangsaan Kodiang, Pekan
Kodiang
Sekolah Kebangaan Tok Kepak,
Kodiang
Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara,
Jalan Changloon
Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK),
Jalan Changloon
Sekolah Menengah Agama Nadhatul
Hasanah,Melele
Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Nahar. Ulama atau rujukan agama
Sheikh Dato'Badaruddin Hj Ahmad,
Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK)
(sekarang beliau M***I negeri kedah)
Ustaz Farid Wajdi b Dato Tajuddin Al-
jarumi, Sekolah Menengah Agama
Nadhatul Hasanah
Imam Haji Hassan, Imam Besar Masjid
Jamek Kodiang. Kilang padi :
Kilang Beras Pering (K) Sdn Bhd. Kilang Beras Soon Seng. Syarikat Padiberas Nasional Bhd
Syarikat Padiberas Nasional Bhd. Stesen minyak :
Stesen Minyak Fuadurrahman, Jalan
Kodiang
Warisan Kodiang Enterprise, Stesen
Minyak Petronas, Pekan Kodiang
Stesen Minyak Caltex Jln Arau, Pekan
Kodiang. Persatuan :
Pertubuhan Peladang Kawasan A2,
Jalan Sanglang , 06100 Kodiang
Syarikat Kerjasama Serbaguna Tunjang
Bhd, Pejabat Pasar Minggu, Jalan
Kodiang, Pekan Tunjang, 06000 Jitra

10/05/2010

bukit kodiang

10/05/2010

Address

Kodiang
Jitra
06100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when from KODIANG to the world... posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share