Polis Daerah Kubang Pasu

Polis Daerah Kubang Pasu Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. Sebarang maklumat boleh menghubungi : 04-917 2222 (IPD Kubang Pasu)

03/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, YDH Supt. Mohd Radzi bin Abdul Rah...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, YDH Supt. Mohd Radzi bin Abdul Rahim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk kita terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara.

Marilah kita berganding bahu, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, demi membina sebuah Malaysia yang aman, sejahtera, berintegriti dan disegani.

Ayuh kita teruskan perjuangan membangunkan negara tercinta.

๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™”๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™†๐™€๐™ˆ๐™€๐™๐˜ฟ๐™€๐™†๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos 2026, seluruh warga Poli...
30/08/2026

๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™”๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™†๐™€๐™ˆ๐™€๐™๐˜ฟ๐™€๐™†๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos 2026, seluruh warga Polis Kubang Pasu ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mengangkat tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang telah dikecapi selama ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—”๐—™๐—”๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—ฃ๐——) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJITRA, 26 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Permuafakatan...
26/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—”๐—™๐—”๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—ฃ๐——) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

JITRA, 26 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Permuafakatan PDRM Kubang Pasu bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bil. 2/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi tadi diadakan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM Kubang Pasu dengan institusi pendidikan daerah kubang pasu khususnya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid di daerah ini.

Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YDH Supt. Mohd Radzi bin Abdul Rahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, YBhg. Tuan Haji Ishak bin Zulkifli, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, YBhg. Haji Yusof bin Ariffin, Pengerusi MCPF Daerah Kubang Pasu, Ketua - Ketua Bahagian IPD Kubang Pasu serta wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

26/08/2026
๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰...
24/08/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawwal 1448H

23/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2026 IPD KUBANG PASU

PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2026 IPD KUBANG PASUJitra, 23 Ogos 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pagi ini t...
23/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2026 IPD KUBANG PASU

Jitra, 23 Ogos 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pagi ini telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsung di perkarangan IPD Kubang Pasu.

Turut hadir ialah ASP Joharomi bin Hj. Mahmud, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta warga kerja IPD Kubang Pasu.

Perhimpunan yang bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Polis Sedia Berkhidmat.

Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah mengingatkan seluruh warga kerja agar tingkatkan disiplin serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan integriti dan imej pasukan terus terpelihara.

Beliau turut menekankan kepentingan penyeliaan secara berterusan terhadap anggota bawahan bagi memastikan warga PDRM Kubang Pasu khususnya tidak terjerumus dalam kancah jenayah, salah laku serta penyalahgunaan dadah.

Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian surat penghargaan dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 kepada pegawai kanan, anggota serta pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Jurufoto ๐Ÿ“ธ : Kpl Nik Mohd Zamri ( D6 BSJ IPD K/Pasu )


Address

Jalan Batu 13
Jitra
06000

Telephone

+6049172222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share