MRSM Kubang Pasu

MRSM Kubang Pasu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM Kubang Pasu, MRSM Kubang Pasu, Jitra.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIKSEMESTER 2, IGCSE & SPM 2025
16/04/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEMESTER 2, IGCSE & SPM 2025

7 likes. "Live - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK MRSM KUBANG PASU"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada selur...
01/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar MRSM Kubang Pasu atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur sepanjang tempoh pembelajaran. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada para ibu bapa/penjaga serta MUAFAKAT cawangan MRSM Kubang Pasu atas doa, sokongan serta pengorbanan yang tidak ternilai dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada barisan guru, kakitangan serta seluruh warga MRSM Kubang Pasu yang telah mencurahkan ilmu, tenaga dan komitmen tanpa jemu dalam mendidik serta membimbing para pelajar hingga mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh, membina masa depan gemilang serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan Syabas!
MRSM Kubang Pasu Terus Unggul.

16/03/2026
Bengkel Design Thinking sempena Program MyGift telah dilaksanakan pada 23 Januari 2026. Peserta terdiri daripada Pelajar...
24/01/2026

Bengkel Design Thinking sempena Program MyGift telah dilaksanakan pada 23 Januari 2026.
Peserta terdiri daripada Pelajar Ting 4 dan Ting 5.
Penceramah jemputan adalah En Sharuzaman bin Md Hamdani dari MRSM Taiping.
Pelajar didedahkan kaedah berkesan dalam melaksanakan projek inovasi mereka nanti.

Program Motivasi Fly High – Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah✈️Alhamdulillah, Program Motivasi Fly High bersama tokoh motiva...
17/01/2026

Program Motivasi Fly High – Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah✈️

Alhamdulillah, Program Motivasi Fly High bersama tokoh motivasi tersohor negara, Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah berjaya dilaksanakan. Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan besar kepada kami, dan kami percaya setiap kata-kata beliau nanti akan menjadi sumber ilham untuk kami terus melangkah lebih jauh.

Program ini bukan sekadar sebuah ceramah, tetapi satu peluang untuk kami menyemai semangat baharu, memperkukuh keyakinan diri, dan membina budaya cemerlang dalam kalangan pelajar serta guru. Fly High membawa mesej bahawa kita semua mampu terbang tinggi, mencapai potensi maksimum, asalkan kita berani bermimpi, berusaha tanpa jemu, dan sentiasa berdoa serta bertawakal kepada Allah.

Semoga program ini sebagai titik tolak kepada budaya kecemerlangan yang lebih gemilang di MRSM Kubang Pasu. Semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat yang berpanjangan.

Terima kasih kepada PSG Erudite, Victorius, Invictus dan Muafakat MRSM Kubang Pasu atas usaha murni ini demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak di sini.

“Fly High, Reach for the Stars!”🌟

🎉 *Congratulations, INVICTUS!* 🎉Heartiest congratulations to *INVICTUS of MRSM Kubang Pasu* on achieving an outstanding ...
17/01/2026

🎉 *Congratulations, INVICTUS!* 🎉

Heartiest congratulations to *INVICTUS of MRSM Kubang Pasu* on achieving an outstanding *GPM of 2.683* for *IGCSE 2025*.

📊 Outstanding IGCSE Results Highlights:

*6A** – 1 student

*5A** – 6 students

*4A** – 5 students
—————————

*6A* (A* & A) – 4 students

*5A* (A* & A) – 14 students

*4A* (A* & A) – 13 students

🌟 Special Achievement:

*1 student achieved a perfect score (100) in English as a Second Language * 🏆

This remarkable milestone is a true reflection of your *dedication, focus, and hard work*—made possible by the commitment of the students, the guidance of the teachers, and the unwavering support of parents and the MUAFAKAT community.

*May this achievement inspire you to aim even higher in SPM* and continue striving for excellence in the years ahead.
*Well done, INVICTUS—keep shining and moving forward!* 🌟🚀

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASSeluruh warga MRSM Kubang Pasu dengan penuh rasa hormat mengalu-alukan kehadiran serta ...
05/01/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga MRSM Kubang Pasu dengan penuh rasa hormat mengalu-alukan kehadiran serta pelantikan warga pentadbir dan pendidik baharu:

• Pn. Noor Zaida binti Halim
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik

• En. Mohd Nasri bin Mohd Nasfi
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

• En. Mohd Hafiz bin Rahim
Ketua Jabatan Bahasa

• En. Muhammad Ikhwan bin Abd Wahab
Guru Matematik

• Pn. Husniyah binti Othman
Guru Pendidikan Islam

Semoga kehadiran tuan/puan membawa semangat baharu serta kejayaan berterusan.

✨ Bersama memacu kecemerlangan KuPa Terbilang ✨

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga MRSM Kubang Pasu

Sanjungan Budi, Lambaian KasihTerima kasih atas khidmat cemerlang sepanjang menabur bakti di MRSM Kubang Pasu.Setinggi-t...
04/01/2026

Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Terima kasih atas khidmat cemerlang sepanjang menabur bakti di MRSM Kubang Pasu.

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan.

Semoga terus berjaya memacu kecemerlangan di pusat baharu. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan tuan/puan. Memori s**a duka akan sentiasa terpahat sebagai kenangan indah bersama.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga MRSM Kubang Pasu

26/12/2025

Dijemput semua ibubapa/penjaga Pelajar Tingkatan 1 2026 MRSM Kubang Pasu untuk menyertai Group Whatsapp ini. Untuk makluman semua, Muafakat MRSM KuPa merupakan persatuan ibubapa guru MRSM cawangan MRSM Kubang Pasu sama seperti PIBG di sekolah kebangsaan.

26/12/2025

*Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌟*

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang anak-anaknya telah berjaya mendapat tawaran ke *MRSM Kubang Pasu bagi kemas**an Tingkatan 1 sesi 2026*! 🎉📚

Kami di MRSM Kubang Pasu amat berbesar hati dan teruja untuk menerima kehadiran para pelajar baharu yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami. Semoga ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang cemerlang dan penuh makna buat anak-anak semua. 🌱✨

Kami faham bahawa dalam proses pendaftaran, mungkin ada ibu bapa yang menghadapi sedikit cabaran seperti kewangan atau hal-hal lain. Jangan risau dan jangan segan untuk menghubungi saya secara terus. 🤝 Kami akan sedaya upaya membantu agar anak-anak ini tidak terlepas peluang keemasan untuk menimba ilmu di sini. 💪📖

Sekali lagi, tahniah diucapkan! Kami nantikan kehadiran anda semua di MRSM Kubang Pasu dengan penuh keterujaan. 🏫💙

* *
* Peribadi Kecemelangan Prestasi*

Address

MRSM Kubang Pasu
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share