AADK Daerah Kubang Pasu

AADK Daerah Kubang Pasu AADK Daerah Kubang Pasu,
No. 17 & 18, Jalan Changlun,
06000 Jitra, Kedah.

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu
(Kementerian Dalam Negeri)
No. 17 & 18, Jalan Changlun
Depan IPD Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-69, mari kita tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar bebas? 🇲🇾Merdeka bukan se...
31/08/2026

Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-69, mari kita tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar bebas? 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar kibaran jalur gemilang, tapi ia adalah tentang kekuatan minda untuk menolak perkara yang merosakkan masa depan. Dadah bukan sahaja menjajah kesihatan kita, malah ia merampas impian dan harapan orang tersayang.

Sertai kami dalam misi memerdekakan komuniti kita. Putuskan rantai itu hari ini demi generasi akan datang yang lebih gemilang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair...
31/08/2026

Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair kimia yang kita pilih untuk ‘berkawan’.

Tengok gambar ni betul-betul. Fizikal mungkin nampak bebas boleh ke sana sini, tapi kalau minda masih ‘terjajah’ dan menjadi hamba pada bahan terlarang, adakah itu yang kita panggil Merdeka?

Proses nak putuskan ‘gari’ dadah ni bukan perkara mudah. Ia perit, penuh air mata dan perlukan kekuatan luar biasa. Tapi ingat, peluang untuk hidup bersih tu sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan.

Jangan biarkan litar kehidupan korang hangus begitu sahaja. Masa depan korang, impian korang, dan keluarga korang jauh lebih berharga daripada keseronokan sekejap yang membinasakan.

Tahun ni, jom kita pilih Merdeka yang sebenar. Merdeka daripada belenggu dadah.

Merdekakan Diri. Lindungi Potensi.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai n...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati bukan sekadar sebuah tema, tetapi mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada kemerdekaan, perpaduan dan usaha berterusan seluruh rakyat dalam menjaga keamanan serta keharmonian negara.

Justeru, usaha mencegah dan membanteras dadah bukan hanya tanggungjawab agensi penguat kuasa, malah memerlukan dukungan seluruh masyarakat bagi memastikan setiap individu, keluarga dan komuniti dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Sebagai sebuah negara yang bebas, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan ini terus dipelihara, termasuk membina masyarakat yang sihat, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





SALAM MAULIDUR RASUL 1448HAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia Baginda sebagai panduan dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan berjiwa belas kasihan.

Semoga semangat “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” terus menyemarakkan usaha kita dalam membentuk keluarga dan komuniti yang harmoni, sejahtera serta bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

KementerianDalamNegeri
Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah





19/08/2026

Pemerkasaan Program Rawatan dan Pemulihan Secara Sukarela

KUNJUNG HORMAT FOMEMA SDN. BHD. KE ATAS KP AADKKetua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Ruslin Jusoh men...
19/08/2026

KUNJUNG HORMAT FOMEMA SDN. BHD. KE ATAS KP AADK

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato' Ruslin Jusoh menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengawai Eksekutif Fomema Sdn. Bhd. Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif pada Khamis di Ibu Pejabat AADK.

Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan sesi perbincangan serta meneroka ruang kerjasama strategik antara AADK dan Fomema Sdn. Bhd. khususnya dalam memperkasakan aspek kesihatan awam dan pencegahan penyalahgunaan dadah.

Perbincangan merangkumi potensi perkongsian maklumat serta penganjuran kempen kesedaran kesihatan dan antidadah secara bersama. Langkah ini sebagai usaha berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman bahan terlarang.

Pertemuan ini turut memberi ruang bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama yang mampu menyokong usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan inisiatif AADK secara lebih inovatif, profesional dan berimpak selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Hadir sama barisan pegawai dan delegasi Fomema Sdn. Bhd.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)







PENERIMAAN HELIKOPTER AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIAMenteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, h...
19/08/2026

PENERIMAAN HELIKOPTER AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, hari ini menyempurnakan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia, menandakan penerimaan helikopter pertama daripada empat buah helikopter Medium Lift AW189 yang diperoleh Kerajaan.

Penerimaan aset ini memperkukuh keupayaan udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, pengawasan udara, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), MEDEVAC serta operasi khas.

Helikopter AW189 mempunyai jarak operasi sehingga 1,166 kilometer, kelajuan maksimum 313 kilometer sejam dan endurance sehingga lima jam, selain berkeupayaan beroperasi pada waktu siang dan malam dalam pelbagai keadaan cuaca.

Keupayaan ini amat signifikan dalam memastikan setiap minit berharga bagi menyelamatkan nyawa di laut, di samping memperkukuh usaha Kerajaan memodenkan aset udara Maritim Malaysia agar sentiasa relevan dengan keperluan operasi semasa.

Keselamatan rakyat, kedaulatan negara dan kepentingan nasional terus menjadi keutamaan. 🇲🇾

Turut hadir Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Puan Ainah Mohd Soon, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil, pengurusan tertinggi APMM serta dif-dif jemputan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering ki...
19/08/2026

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMISIONER JENERAL PENJARA MALAYSIADetik bersejarah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komi...
19/08/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMISIONER JENERAL PENJARA MALAYSIA

Detik bersejarah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komisioner Jeneral Penjara Malaysia dan Yang Dipertua PERSIAP Malaysia yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, pagi ini.

Mengangkat tema “Penjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan”, majlis ini menandai kesinambungan kepimpinan serta iltizam berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis turut menyaksikan upacara serah terima tugas Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, KJP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Razak, serta Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, Datin Sri Rosnani Mohamed, sebagai simbol kesinambungan kepimpinan dan amanah dalam menerajui organisasi.

Kehadiran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mencerminkan sokongan terhadap kepimpinan dan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia, di samping terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Kerjasama erat antara agensi akan terus diperkasa bagi memastikan agenda keselamatan, pemulihan dan pembangunan insan dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan masyarakat dan negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Puan Ainah Mohd Soon; serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





AADK DAN TM TEROKA POTENSI KECERDASAN BUATAN PERKASA TRANSFORMASI DIGITALAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah meneri...
19/08/2026

AADK DAN TM TEROKA POTENSI KECERDASAN BUATAN PERKASA TRANSFORMASI DIGITAL

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menerima kunjungan daripada TM Technology Services Sdn. Bhd di Ibu Pejabat AADK bagi meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa transformasi digital berteraskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh, dengan fokus terhadap usaha memperkemas pengurusan data dan memperkukuh ekosistem digital AADK.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada penerokaan kaedah baharu yang mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pemanfaatan teknologi AI sebagai pemangkin transformasi pendigitalan data di AADK.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen AADK dalam memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berpandangan jauh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Zainudin Abdullah, bersama para pengarah bahagian AADK.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




Address

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu, No. 17 & 18, Jalan Changlun
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

049189401

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Kubang Pasu:

Shortcuts

Share