SWCorp Johor Bahru

SWCorp Johor Bahru VISI : Menerajui kebersihan Malaysia melalui perlaksanaan Dasar, Penguatkuasaan, Kesedaran Awam dan

14/05/2026
13/05/2026

BANDAR BERSIH JOHOR 2030 :
PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR

13 Mei 2026, SWCorp Cawangan Johor Bahru telah Di jemput ke Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Tampoi Johor Bahru. Untuk memberi ceramah Dan penerangan berkaitan penjagaan Alam sekitar Dan juga Arahan Perintah khidmat Masyarakat serta larangan membuang sampah kecil di kawasan awam kepada guru-guru serta para pelajar.
Pelbagai aktiviti dijalankan bersama guru Dan pelajar seperti pengumpulan Barang kitar semula, upcycling jeans pocket picture frame Dan lain-lain
Pihak SWCorp Cawangan Johor Bahru akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan, ceramah, pameran dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.




13/05/2026

BANDAR BERSIH JOHOR 2030 :
OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

13 Mei 2026, SWCorp Cawangan Johor Bahru telah melaksanakan Ops Sampah kecil di Sekitar Johor Bahru. Sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 3 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.
Pihak SWCorp Cawangan Johor Bahru akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.





13/05/2026

BANDAR BERSIH JOHOR 2030: SWCorp LANCAR OPS MEGA BERSIH (XTRA CLEAN)

11 Mei 2026 – SWCorp Cawangan Johor Bahru Dan pihak konsesi Swm telah pelaksanaan Ops Mega Bersih (Xtra Clean) di lokasi hotspot seterusnya di Pusat Bandar,Johor Bahru yang merupakan salah satu daripada 17 lokasi hotspot yang disasarkan di seluruh Negeri Johor.

Operasi ini merupakan langkah proaktif SWCorp Johor dalam memastikan tahap kebersihan di kawasan tumpuan awam dan pelancongan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pelaksanaan inisiatif ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan menyeluruh atau Deep Cleansing bagi mewujudkan persekitaran yang bersih. Anggota Penguatkuasa juga telah melakukan hebahan Di setiap kedai-kedai mengenai larangan membuang sampah merata rata dibawah Seksyen 77A(1) dimana sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda Rm2000 Dan Di perintah kan menjalani 12 jam Perintah Khidmat Masyarakat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan SWCorp dalam mentransformasi landskap kebersihan negeri agar setaraf dengan piawaian bandar raya global. Usaha ini turut memperkukuh imej Johor sebagai negeri yang menitikberatkan aspek kebersihan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat serta pengunjung dan pelancong selaras aspirasi Bandar Bersih Johor 2030.


13/05/2026
13/05/2026

KENYATAAN TAWARAN PEMBELIAN TERUS | MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA TAMAN LESTARI MADANI DI NEGERI JOHOR [PT/08/26]

📌Dokumen sebut harga boleh didapati laman web eP SWCorp di https://www.tenderwizard.my/SWCORP mulai 11 Mei 2026.

Address

SWCorp Cawangan Johor Bahru, Tingkat 4 Wisma Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Lebuhraya Skudai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075621812

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Johor Bahru:

Share