Pasir Gudang Clinic 2022

Pasir Gudang Clinic 2022 Sekiranya ada pertanyaan mengenai Klinik Pasir Gudang (MCH, NCD, PESAKIT LUAR).

πŸ’Š ALAHAN UBAT? JANGAN AMBIL MUDAH!KENALI β€’ INGAT β€’ BAWA KAD ALAHAN🚨 GATAL? RUAM? BENGKAK? SESAK NAFAS?Ini mungkin tanda ...
10/08/2026

πŸ’Š ALAHAN UBAT? JANGAN AMBIL MUDAH!

KENALI β€’ INGAT β€’ BAWA KAD ALAHAN

🚨 GATAL? RUAM? BENGKAK? SESAK NAFAS?
Ini mungkin tanda ALAHAN UBAT.

πŸ’³ ADA KAD ALAHAN UBAT? BAWA KE MANA-MANA!
Tunjukkan kepada doktor, doktor gigi, ahli farmasi, jururawat atau anggota kesihatan sebelum menerima rawatan atau ubat.

❀️ KENAPA KAD ALAHAN UBAT PENTING?
βœ… Membantu anggota kesihatan mengenal pasti alahan anda
βœ… Mengelakkan pengambilan ubat yang menyebabkan alahan berulang

INGAT 3B!

πŸ’³ BAWA kad alahan Ubat
πŸ—£οΈ BERITAHU anggota kesihatan
πŸ’Š BERHATI-HATI sebelum mengambil ubat

KAD ALAHAN UBAT BUKAN SEKADAR KAD.
IA ADALAH PELINDUNG ANDA! ❀️

πŸ’Š JOM KENALI ALAHAN UBAT, JOM LINDUNGI DIRI!


🦠 JANGAN BIARKAN KUDIS BUTA BERPESTA DI KULIT ANDA!Tahukah anda cara penggunaan Losyen Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) ya...
27/07/2026

🦠 JANGAN BIARKAN KUDIS BUTA BERPESTA DI KULIT ANDA!

Tahukah anda cara penggunaan Losyen Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) yang betul?

πŸ‘‰ Mandi dengan sabun & keringkan badan sebelum sapuan.
πŸ‘‰ Sapu seluruh badan dari leher hingga tapak kaki, termasuk celah jari, ketiak & kawasan kemaluan luar.
*Jangan sapu pada muka, mata atau luka terbuka.*
πŸ‘‰ Biarkan selama 24 jam, kemudian mandi dan bilas sebelum sapuan seterusnya mengikut arahan yang diberikan.

⚠️ PENTING!
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Rawat *semua ahli serumah secara serentak*, walaupun tiada gejala.
🧺 Basuh pakaian & cadar dengan air panas >60°C atau simpan dalam beg plastik kedap udara selama 2 minggu.
πŸ”₯ Rasa panas/pedih ringan mungkin berlaku sementara saja. Jika pedih teruk atau berlaku iritasi, dapatkan nasihat doktor.

❀️ Jangan lupa Like & Share!
Sebarkan info ini supaya lebih ramai tahu cara penggunaan EBB yang betul.



🚨 KECANTIKAN ATAU KESIHATAN? SEMAK SEBELUM BELI! 🚨Jangan gadaikan kesihatan kulit demi kesan segera. Produk kosmetik yan...
05/07/2026

🚨 KECANTIKAN ATAU KESIHATAN? SEMAK SEBELUM BELI! 🚨

Jangan gadaikan kesihatan kulit demi kesan segera. Produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri dan Hidrokuinon boleh merosakkan kulit secara kekal!

Pastikan produk kosmetik anda mempunyai kelulusan notifikasi daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

πŸ” Cara Mudah Semak Status Kosmetik:
Laman Sesawang: Layari www.npra.gov.my
Label Produk: Pastikan ada senarai bahan (ingredients) dan tarikh luput yang jelas.

πŸ’‘ Jadilah pengguna yang bijak. Sebarkan pesanan dan poster ini kepada keluarga serta rakan-rakan demi keselamatan bersama! ❀️

🚨 SIAP SIAGA: URUS UBAT KETIKA BANJIR! πŸŒŠπŸ’ŠRumah anda berisiko banjir? Jangan panik, pastikan ubat-ubatan anda terselamat ...
12/06/2026

🚨 SIAP SIAGA: URUS UBAT KETIKA BANJIR! πŸŒŠπŸ’Š

Rumah anda berisiko banjir? Jangan panik, pastikan ubat-ubatan anda terselamat dengan langkah mudah ini! πŸ‘‡

πŸ“¦ 1. SEBELUM BANJIR (Sedia Awal)

Simpan ubat kronik & kit kecemasan di tempat tinggi & mudah dicapai.

Pastikan stok ubat mencukupi.

Simpan dokumen ubat dalam beg kalis air atau tangkap gambar.

πŸŽ’ 2. SEMASA BANJIR (Evakuasi)

Bawa ubat & dokumen dalam beg kalis air.

Simpan insulin (belum dibuka) dalam icebox berisi ais.

Jangan kongsi ubat & makan ikut dos yang betul.

πŸ₯ 3. SELEPAS BANJIR (Pemulihan)

Lupuskan ubat yang terendam/tercemar air banjir.

Bawa rekod ubat ke klinik/hospital terdekat untuk ubat gantian.

⚠️ DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA:
Ubat habis/rosak, atau mengalami cirit-birit, muntah, demam tinggi, mata menguning, atau luka objek tajam.

Sila share demi keselamatan komuniti kita! ❀️

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. ======================Untuk makluman, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Jo...
11/05/2026

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
======================
Untuk makluman, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor bersama Team Kenal Ubat Johor telah membangunkan satu pautan bagi meningkatkan kefahaman orang awam berkenaan penggunaan ubat secara berkualiti.
======================
Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat berkaitan ubat dan penggunaan ubat dengan menekan pautan di bawah ini ‡️
https://mylink.la/qumclick
Terdapat pelbagai info menarik yang boleh diakses melalui pautan ini termasuk:
✳️ Maklumat asas kenali ubat anda πŸ–πŸ»
✳️ Panduan penggunaan ubat-ubatan πŸ’Š
✳️ Infografik berkenaan penggunaan ubat-ubatanπŸ’‰
✳️ Siaran ulangan Program semasa Jelajah Jom Kenal Ubat termasuk wawancara dan infografik semasa jelajah berlangsung πŸ“Ή
✳️ Buku pembudayaan norma baharu dalam Komuniti(cegah COVID)πŸ“˜
✳️ Pautan ke Facebook Duta Kenali Ubat Anda πŸ’Š
✳️ Pautan ke laman sesawang Know Your Medicine πŸ’Š
✳️ Permainan dan Kuiz Kenali Ubat Anda πŸ“±
======================
Tuan/Puan amat digalakkan untuk berkongsi pautan berguna ini bersama ahli keluarga dan sahabat handai agar semua mendapat manfaat daripadanya. πŸ‘¨πŸ»β€πŸ”¬πŸ§‘πŸ»β€πŸ”¬πŸ‘©πŸ»β€πŸ”¬
======================
Penggunaan ubat secara berkualiti dapat menyumbang kepada hasil kesihatan(health outcomes) yang lebih baik❀️



Kredit: FB Program Perkhidmatan Farmasi & Duta Kenali Ubat Anda See less

Address

Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasir Gudang Clinic 2022 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share