RELA Negeri Johor - Laman Rasmi

RELA Negeri Johor - Laman Rasmi Malaysian Volunteer Department
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Negeri Johor

Ucapan Penghargaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri JohorJabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor mera...
15/08/2026

Ucapan Penghargaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Chong See Ming, Ahli Majlis Zon Taman Molek dan YBrs. Sr. Dr. Ngoh Wei Ching, Ahli Majlis Zon Kebun Teh, serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) atas keprihatinan dan sumbangan peralatan keselamatan kepada anggota RELA yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Sumbangan peralatan seperti baton, lampu suluh dan wisel ini amat bermakna dalam membantu anggota RELA melaksanakan tugas dengan lebih cekap, selamat dan berkesan dalam memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan pengembara di pintu masuk utama negara.

Semoga jalinan kerjasama erat antara RELA, AKPS dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan terus diperkukuhkan demi memelihara keselamatan sempadan negara serta kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas sokongan dan penghargaan yang diberikan kepada warga RELA. Bersama kita terus berbakti demi negara.







AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) NEGERI JOHOR10 hingga 14 Ogos 2026 (Isnin hingga Jumaat)Ja...
14/08/2026

AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) NEGERI JOHOR

10 hingga 14 Ogos 2026 (Isnin hingga Jumaat)

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor telah menerima kunjungan daripada Unit Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melaksanakan Audit Pengurusan Kewangan RELA Negeri Johor yang berlangsung dari 10 hingga 14 Ogos 2026.

Pasukan audit yang hadir terdiri daripada En. Mohamad Hisham bin Abdul Hamid, Ketua Seksyen; Cik Shabana binti Abu Bakar, Ketua Unit; Puan Rohana binti Amin, Penolong Juruaudit; dan Cik Nur Aqilah Aniqah binti Mazridzuan, Personel MySTEP.

Majlis Persidangan Pembukaan Audit Pengurusan Kewangan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Maharaja Abu Bakar, Pejabat RELA Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Ys. PjR Hj. Khairol Faizal bin Rosli, Pengarah RELA Negeri Johor, bersama pegawai serta kakitangan RELA Negeri Johor.

Sementara itu, Persidangan Penutupan Audit Pengurusan Kewangan RELA Negeri Johor telah dihadiri oleh PPjR Ganesan A/L Selvam, Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor, serta pegawai dan kakitangan RELA Negeri Johor yang berkaitan.

Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan secara teratur, cekap, telus dan berintegriti, di samping memperkukuh pematuhan terhadap peraturan serta tatacara pengurusan kewangan yang telah ditetapkan.

Semoga pelaksanaan audit ini dapat memberikan nilai tambah kepada RELA Negeri Johor dalam mempertingkatkan kecemerlangan prestasi, kecekapan tadbir urus serta pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan, khususnya dalam memastikan pengurusan kewangan jabatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan Unit Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri atas kunjungan, kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan Audit Pengurusan Kewangan RELA Negeri Johor.







Setiap orang ada waktunya untuk bersinar. โœจJangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Teruskan melangkah, bers...
14/08/2026

Setiap orang ada waktunya untuk bersinar. โœจ

Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Teruskan melangkah, bersabar dan percaya pada aturan Allah. Mungkin kita belum terlambat, cuma sedang menunggu waktu yang tepat. ๐ŸŒฟ







Bermuhasabahlah sebelum menyalahkan keadaan. ๐ŸŒฟKadangkala, jawapan yang kita cari bukan pada orang lain atau situasi seke...
09/08/2026

Bermuhasabahlah sebelum menyalahkan keadaan. ๐ŸŒฟ

Kadangkala, jawapan yang kita cari bukan pada orang lain atau situasi sekeliling, tetapi dalam diri sendiri. Setiap ujian hadir membawa hikmah dan peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Berkhidmat dengan ikhlas, bermuhasabah dengan hati.







LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH RELA NEGERI JOHOR7 OGOS 2026 | DAERAH KLUANGPrihatin, cakna dan sentiasa bersama anggota โ€“ it...
08/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH RELA NEGERI JOHOR
7 OGOS 2026 | DAERAH KLUANG

Prihatin, cakna dan sentiasa bersama anggota โ€“ itulah nilai yang terus menjadi teras kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pada 7 Ogos 2026, Pengarah RELA Negeri Johor telah melaksanakan Lawatan Kebajikan ke Daerah Kluang melibatkan dua kunjungan yang penuh makna dan nilai kemanusiaan.

๐Ÿ“ Lawatan Pertama
Kunjungan telah diadakan ke atas isteri kepada PgR Mohamad Nazir Bin Mahlikai yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata ketiga. Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada keluarga. Dalam masa yang sama, nasihat turut diberikan agar keseimbangan antara tugas, kerjaya dan kehidupan peribadi sentiasa diurus dengan baik.

๐Ÿ“ Lawatan Kedua
Lawatan seterusnya adalah ke rumah waris Allahyarham Mohamad Hishamuddin Bin Lajalani yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Ogos 2026 akibat serangan jantung. Dalam suasana penuh hiba, Pengarah RELA Negeri Johor telah menyampaikan ucapan takziah serta memberikan kata-kata semangat kepada waris yang ditinggalkan, di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan.

Selain itu, Pegawai RELA Daerah Kluang turut diarahkan untuk membantu keluarga arwah dalam urusan tuntutan bantuan serta hal-hal berkaitan bagi memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara.

Lawatan ini jelas mencerminkan komitmen RELA dalam menjaga kebajikan pegawai dan anggota tanpa mengira pangkat, serta menjadi simbol kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang utuh dalam organisasi.

Lawatan ini juga melibatkan Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor, Pegawai RELA Daerah Kluang dan Penolong Pegawai RELA Daerah Kluang.

RELA โ€“ Setia Berbakti ๐Ÿค







04/08/2026
PENYERAHAN ASET KENDERAAN JABATAN DARIPADA PEJABAT RELA NEGERI JOHOR KEPADA PEJABAT RELA DAERAH kLUANG 28 Julai 2026 - S...
28/07/2026

PENYERAHAN ASET KENDERAAN JABATAN DARIPADA PEJABAT RELA NEGERI JOHOR KEPADA PEJABAT RELA DAERAH kLUANG

28 Julai 2026 - Sesi penyerahan aset kenderaan telah disempurnakan oleh Puan Rosnah binti Ismail, Penolong Pegawai Tadbir RELA Negeri Johor dan PPgKR Siti Fadilah binti Muslan, Penolong Pegawai RELA Daerah Kluang di Ibu Pejabat RELA Negeri Johor. Aset kenderaan yang diserahkan merupakan sebuah Toyota Fortuner.

Turut hadir bersama ketika penyerahan PPgKR Lesziana anak Telling Du, Pegawai Kenderaan RELA Negeri Johor dan PPgKR Azharuddin bin Tukiman, Penolong Pegawai RELA Daerah Kluang.






๐‘ด๐˜ผ๐‘ฑ๐™‡๐‘ฐ๐™Ž ๐™‹๐‘ฌ๐™๐‘ท๐™„๐‘บ๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ซ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘ผ๐™†๐‘จ๐™๐‘จ๐™‰ ๐™†๐‘จ๐™†๐‘ฐ๐™๐‘จ๐™‰๐‘ฎ๐˜ผ๐‘ต ๐‘น๐™€๐‘ณ๐˜ผ ๐™‰๐‘ฌ๐™‚๐‘ฌ๐™๐‘ฐ ๐‘ฑ๐™Š๐‘ฏ๐™Š๐‘น27 Julai 2026, Isnin - Pejabat RELA Negeri Johor telah meng...
28/07/2026

๐‘ด๐˜ผ๐‘ฑ๐™‡๐‘ฐ๐™Ž ๐™‹๐‘ฌ๐™๐‘ท๐™„๐‘บ๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ซ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘ผ๐™†๐‘จ๐™๐‘จ๐™‰ ๐™†๐‘จ๐™†๐‘ฐ๐™๐‘จ๐™‰๐‘ฎ๐˜ผ๐‘ต ๐‘น๐™€๐‘ณ๐˜ผ ๐™‰๐‘ฌ๐™‚๐‘ฌ๐™๐‘ฐ ๐‘ฑ๐™Š๐‘ฏ๐™Š๐‘น

27 Julai 2026, Isnin - Pejabat RELA Negeri Johor telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan Puan Rafidah Binti Abu Bakar yang telah bertukar ke Pejabat RELA Daerah Johor Bahru pada 13 Julai 2026 yang lalu.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh Puan Rafidah sepanjang berkhidmat di Pejabat RELA Negeri Johor.

Seluruh warga Pejabat RELA Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kerjasama, dedikasi serta kenangan manis yang telah dikongsikan bersama.

Semoga perpindahan ini membuka lembaran baharu yang lebih cemerlang dalam perjalanan kerjaya beliau. Salam maju jaya dan selamat berkhidmat.







Address

Aras 1 Blok 3 Kompleks KDN Setia Tropika Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Negeri Johor - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share