14/08/2026
๐ท๐ฌ๐ด๐จ๐ต๐ป๐จ๐ผ๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ป๐ฐ๐ต๐ซ๐จ๐ฒ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ฑ๐จ๐ซ๐ฐ๐จ๐ต ๐ท๐ถ๐ฒ๐ถ๐ฒ ๐ป๐ผ๐ด๐ฉ๐จ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐จ๐ด๐จ ๐บ๐ฒ๐ผ๐จ๐ซ ๐ฉ๐ฌ๐ต๐ช๐จ๐ต๐จ
15 Ogos 2026 (Sabtu)
Anggota Balai Polis Ulu Tiram telah menjalankan pemantauan susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Perindustrian Haji Saat,Batu 13, Sungai Tiram.
Setibanya di lokasi,anggota polis telah berkolaborasi bersama Skuad Bencana Taman Molek dalam melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok yang menghalang laluan.
Tindakan segera tersebut dilaksanakan bagi memastikan kawasan berkenaan kembali selamat dan laluan dapat digunakan oleh orang ramai tanpa sebarang halangan.
Kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan keadaan di lokasi adalah baik serta terkawal. Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan serta mematuhi arahan petugas demi keselamatan bersama.