14/08/2026
โจ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ & ๐๐ โจ
๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Bilik Konsultasi 17 dan 18, Jabatan Onkologi dan Radioterapi, Hospital Sultan Ismail. ๐ฅ๐๏ธ
Majlis perasmian ini telah disempurnakan dengan kehadiran Dr. Siti Nor Bani Ahmad (Timbalan Pengarah Perubatan 1), Pn Dashini Supramaniam (Timbalan Pengarah Pengurusan), Dr. Kumutha Chalaya (Ketua Jabatan Onkologi dan Radioterapi), Dr Chen May Feng (Ketua Unit Pusat Penyelidikan Klinikal, CRC) serta wakil daripada Clinical Research Malaysia (CRM), Pn Intan Munirah Mohd Murad (Ketua Operasi Klinikal, CRM).
Pembukaan bilik konsultasi ini merupakan satu lagi usaha dalam memperkukuhkan kemudahan perkhidmatan di Jabatan Onkologi dan Radioterapi Hospital Sultan Ismail, seterusnya menyediakan ruang konsultasi yang lebih selesa dan kondusif untuk pesakit serta petugas kesihatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan dalam menjayakan pembangunan serta perasmian Bilik Konsultasi 17 dan 18.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan penjagaan pesakit di Hospital Sultan Ismail. ๐ค๐