Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru Laman Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru

01/08/2026
30/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇

Seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor mengucapkan Selamat Datang dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman atas pelantikan sebagai Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan iltizam yang dibawa, JPS Negeri Johor akan terus melakar kecemerlangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memperkasakan pengurusan sumber air serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Seluruh warga JPS Negeri Johor merakamkan ucapan selamat datang dan mendoakan agar YBrs. Tuan Pengarah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta dipermudahkan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Selamat datang ke JPS Negeri Johor. Bersama kita meneruskan kecemerlangan demi perkhidmatan yang terbaik.

30/07/2026

π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€, 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ir. Muhammad Zaki bin Mashud, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, atas segala jasa, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menerajui JPS Negeri Johor.

Seluruh warga kerja JPS Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Kanan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga amanah yang lebih besar ini terus dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memacu kecemerlangan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Terima kasih atas segala bimbingan, inspirasi dan khidmat bakti yang telah ditinggalkan sebagai legasi buat seluruh warga JPS Negeri Johor.

Selamat melangkah ke destinasi baharu. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.Sem...
02/03/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dalam setiap keputusan, serta kekuatan dalam memimpin Negeri Johor ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Semoga kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi terus cemerlang dan diberkati dalam merealisasikan aspirasi Maju Johor.

14/12/2025
03/12/2025

Address

Jalan Dato' Jaafar
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share