Penerangan Ampang

Penerangan Ampang Laman Rasmi Penerangan UMNO Bahagian Ampang (2023-2026). Wadah penyampaian info sahih & agenda perjuangan

*ZIARAH KASIH & SUMBANGAN BAKUL MAKANAN 🤝❤️*Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat, *Ketua UMNO Bahagi...
14/08/2026

*ZIARAH KASIH & SUMBANGAN BAKUL MAKANAN 🤝❤️*

Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat, *Ketua UMNO Bahagian Ampang,*, telah menyumbangkan bakul makanan untuk disampaikan kepada penduduk yang memerlukan di beberapa lokasi sekitar Ampang.

📍 Taman Ampang Indah
📍 Kampung Lembah Jaya Utara
📍 Kampung Dato’ M***i

Sumbangan ini telah disampaikan melalui wakil Ketua UMNO Bahagian Ampang sebagai usaha untuk terus mendekati masyarakat serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini memberi manfaat dan sedikit keceriaan buat para penerima serta keluarga.

*Terus bersama rakyat, terus prihatin. 🇲🇾*

12/08/2026

RCI TABUNG HAJI : KETELUSAN ATAU MODAL POLITIK?

Laporan RCI sudah siap sejak 2022, tetapi tidak didedahkan sepanjang 2023, 2024 dan 2025.

Tiba-tiba pada 29 Julai 2026, ketika kempen PRN Negeri Sembilan sedang berlangsung hanya tiga hari sebelum hari mengundi laporan itu dibuka kepada umum.

Selepas isu 1MDB dimainkan dalam kempen Johor, kini muncul p**a RCI Tabung Haji di Negeri Sembilan.

Kebetulan? Rakyat berhak menilai.

Kalau benar atas nama ketelusan, kenapa perlu tunggu hampir empat tahun?

Kalau ada salah laku, siasat. Kalau ada bukti, ambil tindakan. Tidak kira siapa.

Ketelusan tidak sepatutnya bermusim.

Jangan pilih zaman. Jangan pilih fakta. Dan jangan pilih musim.




Anas Naem
Ketua Penerangan UMNO Ampang

8 Ogos 2026 | Sabtu | 9.00 MalamAlhamdulillah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang Hajah Naz Azra Sabtu  merangkap Bendaha...
08/08/2026

8 Ogos 2026 | Sabtu | 9.00 Malam

Alhamdulillah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang Hajah Naz Azra Sabtu merangkap Bendahari Wanita UMNO Negeri Selangor dan EXCO Wanita UMNO Malaysia telah hadir bersama Ketua UMNO Bahagian Ampang Haji Mohamad Nadzim ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak 2026.

Kehadiran ini turut disertai oleh barisan AJK Bahagian, SUK Bahagian dan SUW Bahagian Ampang sebagai tanda sokongan dan memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaraskan gerak kerja, bertukar pandangan dan mengukuhkan semangat setia kawan antara bahagian.

Semoga ukhwah dan kerjasama yang terjalin ini berterusan demi memperkasa parti yang kita cintai.

Mengalas Amanah, Merapatkan Saf Perjuangan 🔴⚪Malam ini, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Tuan Haji Nadzim Ibrahim, bersama ba...
08/08/2026

Mengalas Amanah, Merapatkan Saf Perjuangan 🔴⚪

Malam ini, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Tuan Haji Nadzim Ibrahim, bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ampang hadir ke Elissa Garden Hall, Terminal Bersepadu Gombak bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor (BPUNS) ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak.

Kehadiran delegasi Ampang pada sebelah malam ini diteruskan dengan semangat solidariti yang tinggi demi memastikan kelancaran persidangan akar umbi serta memperkukuh kebersamaan kepimpinan di pelbagai peringkat seluruh Selangor.

Selamat bermesyuarat dan bersidang diucapkan kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Gombak. Semoga perbincangan malam ini membuahkan ketetapan serta gagasan yang mantap demi agama, bangsa, dan tanah air.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Alhamdulillah hari ini, 8 Ogos 2026 | Sabtu | 9.00 Pagi,  Ketua Bahagian UMNO Ampang bersama Barisan Kepimpinan dan Romb...
08/08/2026

Alhamdulillah hari ini,
8 Ogos 2026 | Sabtu | 9.00 Pagi,

Ketua Bahagian UMNO Ampang bersama Barisan Kepimpinan dan Rombongan telah hadir mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bangi.

Mesyuarat ini adalah platform penting untuk memperkukuhkan semangat setia kawan, menyelaraskan gerak kerja jentera, dan memastikan hala tuju parti terus jelas di peringkat akar umbi.

Terima kasih kepada kepimpinan dan ahli UMNO Bahagian Bangi atas sambutan dan layanan yang diberikan. Semoga ukhwah ini berkekalan demi perjuangan parti yang kita cintai.


Dengan izin Allah, program Lawatan 5 Cawangan UMNO Ampang bersama Timbalan Ketua Bahagian serta barisan Kepimpinan Wanit...
08/08/2026

Dengan izin Allah, program Lawatan 5 Cawangan UMNO Ampang bersama Timbalan Ketua Bahagian serta barisan Kepimpinan Wanita ke Kuala Selangor, Teluk Intan & Bagan Datok telah berjaya dilaksanakan.

Ini merupakan anjuran julung kali dan dijadikan percubaan sebagai inisiatif untuk merapatkan silaturahim di peringkat akar umbi.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
InsyaAllah, selepas ini akan teruskan dengan LAWATAN 2.0.

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KLANG 2026Alhamdulillah, pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), YBhg. Haji Mohamad Nadzim Bin Ibr...
07/08/2026

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KLANG 2026

Alhamdulillah, pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), YBhg. Haji Mohamad Nadzim Bin Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Ampang bersama rombongan telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang.

Kehadiran ini adalah sebagai tanda solidariti dan semangat setiakawan antara Bahagian dalam memperkukuhkan jentera parti demi UMNO Tercinta.

Maklumat Mesyuarat:
Tarikh : 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Hotel Wyndham Acmar, Klang, Selangor

Semoga ukhuwah dan semangat juang yang membara ini diteruskan untuk kemenangan parti pada masa hadapan.

Address

Jalan Yahya Awal
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share