Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Government Organization, KOMPLEKS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR, Jalan PADI BAHAGIA, BANDAR BARU UDA, Johor Bahru.

πŸ”₯ 18 HARI LAGI MENUJU MAHA 2026! πŸ”₯🌾✨ MAHA 2026 bakal kembali!Dan tahun ini, jangan lupa singgah ke PAVILION JOHOR – Jaba...
10/08/2026

πŸ”₯ 18 HARI LAGI MENUJU MAHA 2026! πŸ”₯

🌾✨ MAHA 2026 bakal kembali!
Dan tahun ini, jangan lupa singgah ke PAVILION JOHOR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor! πŸ„πŸπŸ”πŸ‡

Apa yang menarik? πŸ‘€
πŸŽͺ Pameran haiwan
🧩 Permainan & teka silang kata
πŸ’‘ Inovasi & teknologi ternakan terkini
🎁 Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Nak tengok dunia veterinar dengan lebih dekat? 🩺🐾
Nak kenal teknologi dan inovasi penternakan masa kini?
Atau nak bawa anak-anak untuk pengalaman yang menyeronokkan? πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Semuanya ada di Pavilion Johor! πŸ’™πŸ’›

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ“ MAEPS, Serdang, Selangor

✨ Jom meriahkan MAHA 2026!
Jangan datang sekadar tengok… datang, belajar, bermain & bawa pulang kenangan! 😍

πŸ„ Kesihatan Haiwan | Produk Berkualiti | Masa Depan Lebih Baik | Veterinar Untuk Semua

08/08/2026

πŸ”₯ PAVILION JOHOR πŸ”₯

πŸ“† 28hb Ogos 2026 - 6hb September 2026
πŸ“ MAEPS, Serdang

Pavilion Johor dah ready untuk menerima sambutan luar biasa dari kalian semua πŸ’₯
Jangan lupa singgah & jumpa kami JPVNJ di PAVILION JOHOR β€οΈπŸ’™

πŸ”₯ Jom gegarkan MAHA 2026!

07/08/2026

🚨 MAHA 2026 ! MEH LERR KE PAVILION JOHOR πŸ”₯

MAHA 2026 dah nak dekat!
Lagi 21 HARI jee lagi πŸŒΎπŸ„πŸ“
Kalau korang datang MAHA 2026, jangan lupa singgah PAVILION JOHOR! πŸ’š Veterinar Johor pun ada tau!
Meh lerr explore MAHA & jumpa kami! 🀝✨

πŸ“ PAVILION JOHOR
πŸ”₯ MAHA 2026 β€” KITA JUMPA KAT SINI!

Jangan lepaskan peluang kepada penternak baharu mahupun penternak lama. Sila imbas QR code atau sila tekan link https://...
29/07/2026

Jangan lepaskan peluang kepada penternak baharu mahupun penternak lama. Sila imbas QR code atau sila tekan link https://jets.johor.gov.my/ dan daftar segera sebelum terlepas peluang anda sebagai penternak

πŸ“’ PENYERTAAN DIBUKA! KURSUS PENGURUSAN MAKANAN TERNAKAN 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“£ Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi mempelawa penternak di sekitar Daerah Kota Tinggi yang berminat untuk menyertai Kursus Pengurusan Makanan Ternakan.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan makanan ternakan yang lebih sistematik, berkesan dan menjimatkan kos bagi meningkatkan produktiviti ternakan.

πŸ—“ Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Ladang Alaf YPJ, Kota Tinggi, Johor

βœ… Penyertaan adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan berkongsi pengalaman bersama pegawai serta peserta lain.

πŸ“² Imbas Kod QR pada poster untuk membuat permohonan.

⏳ Tarikh tutup permohonan: 30 Julai 2026 (12.00 tengah hari)
πŸ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi di 07-8835510 atau e-mel [email protected].

Permohonan yang berjaya akan dihubungi.

πŸ“’ JOM TINGKATKAN ILMU & KEMAHIRAN DALAM BIDANG TERNAKAN! πŸ„πŸJabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mempelawa pentern...
28/07/2026

πŸ“’ JOM TINGKATKAN ILMU & KEMAHIRAN DALAM BIDANG TERNAKAN! πŸ„πŸ

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mempelawa penternak, usahawan agro, pengusaha produk berasaskan ternakan serta orang awam yang berminat untuk menyertai siri Kursus Pengembangan Veterinar 2026.

✨ Antara kursus yang ditawarkan:
πŸ’‰ Kursus Asas Kesihatan Haiwan Ternakan
πŸ“‹Kursus Pengenalan Asas GMP dan Pensijilan GVHP serta Pensijilan Halal

πŸ’‘ Sertai kursus ini untuk menambah ilmu, meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan pengurusan ternakan yang lebih cekap, selamat dan berdaya saing.

πŸ“Œ Penyertaan adalah PERCUMA
πŸ“Œ Tempat adalah TERHAD
πŸ“Œ Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau melalui laman web JETS Johor, iaitu https://jets.johor.gov.my

πŸ“² Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang ini!

*KURSUS IN-SITU PENGENALAN KERJAYA DAN FUNGSI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR* πŸ“… Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)πŸ“ Tempat: SM...
22/07/2026

*KURSUS IN-SITU PENGENALAN KERJAYA DAN FUNGSI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR*

πŸ“… Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: SMK Felda Tenggaroh 2, Mersing, Johor

Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Mersing. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Pertanian telah menyertai Kursus ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peluang kerjaya dalam bidang veterinar, serta kepentingan sektor penternakan dan kesihatan haiwan dalam menjamin keselamatan makanan negara.

Taklimat yang telah disampaikan sepanjang program ini seperti berikut:

Ceramah 1: Pengenalan dan Fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar
● Dr. Mayahsastria binti Jusman

Ceramah 2: Laluan Kerjaya Veterinar (Peluang Pengajian di Institut Veterinar Malaysia-IVM)
● Dr. Norazian binti Abd Hamid

Ceramah 3: Kerjaya Rare Tapi Power (Industri Veterinar & Ternakan)
● Puan Zulaiha binti Ab Khalid

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Sheikh Fauzi bin Ali, Pengetua SMK Felda Tenggaroh dan guru-guru yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat menyemai minat serta membuka peluang kepada para pelajar untuk meneroka kerjaya dalam bidang veterinar dan industri agromakanan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Zahari Sarip atas segala jasa, komitmen dan sokon...
19/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Zahari Sarip atas segala jasa, komitmen dan sokongan sepanjang menerajui portfolio yang berkaitan, khususnya dalam memperkasa sektor penternakan dan veterinar di Negeri Johor.

Semoga segala bakti yang dicurahkan menjadi inspirasi serta terus diberkati. Terima kasih atas khidmat dan jasa.

Setinggi-tinggi TahniahSeluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepa...
18/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah

Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tuan Md Israk Bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

Semoga dengan pelantikan ini, sektor penternakan, pertanian, industri asas tani dan kemajuan luar bandar Negeri Johor terus diperkasa ke arah pembangunan yang mampan serta memberi manfaat kepada rakyat.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR KE JEMALUANG DAIRY VALLEY, JOHORYBhg. Datuk Dr. Mohd Noor Hisham bin...
17/07/2026

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR KE JEMALUANG DAIRY VALLEY, JOHOR

YBhg. Datuk Dr. Mohd Noor Hisham bin Mohd Haron, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (KPPV), hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Jemaluang Dairy Valley, Mersing, Johor bagi meninjau perkembangan projek penternakan tenusu berskala besar yang merupakan antara inisiatif penting dalam memperkukuh industri tenusu negara.

Ketibaan KPPV telah disambut oleh Encik Qasem Walid Alhassan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jemaluang Dairy Valley Sdn. Bhd.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Saifullizam bin Abd. Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan); YBrs. Dr. Zulkifli bin Ishak, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan; YBrs. Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak, Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar; YBrs. Dr. Aidi bin Mohamad, mewakili Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, serta barisan pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan pihak industri dalam memperkasakan pembangunan industri tenusu negara, seterusnya menyokong agenda sekuriti makanan serta meningkatkan daya saing sektor penternakan negara.

✨ IKLAN KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA ✨Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mempelawa syarikat yang berkelayakan u...
13/07/2026

✨ IKLAN KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA ✨

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai tawaran sebutharga seperti berikut:

πŸ“Œ SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN BINAAN KEPADA PENTERNAK DAN PENGUSAHA INDUSTRI ASAS TERNAKAN DI NEGERI JOHOR TAHUN 2026

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup: 3 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•› Masa: Sebelum 12.00 tengah hari

πŸ“Œ SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SET PAGAR SIKLON DAN PAM AIR KEPADA PENTERNAK DI DAERAH DALAM NEGERI JOHOR DI BAWAH PROGRAM PEMERKASAAN AGRIMAKANAN NEGARA 2026

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•› Masa: Sebelum 12.00 tengah hari

πŸ“„ Sila rujuk lampiran iklan sebutharga untuk syarat-syarat, maklumat lanjut serta tatacara penyertaan.

Address

KOMPLEKS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR, Jalan PADI BAHAGIA, BANDAR BARU UDA
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072412771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share