Balai Polis Taman Perling

Balai Polis Taman Perling POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

16/07/2026

Hormat tidak boleh dipaksa. Ia perlu dibina.

Ramai orang mengejar pangkat, jawatan dan pengaruh untuk dihormati. Hakikatnya, penghormatan yang paling bernilai lahir daripada akhlak, integriti dan konsistensi.

🧠 Dari sudut psikologi, manusia lebih mudah menghormati individu yang menjaga kata-kata, menepati janji dan menghormati orang lain.

🤲 Dari sudut spiritual, semakin tinggi rasa taqwa kepada Allah, semakin rendah hati seseorang terhadap manusia.

Ingat, orang mungkin lupa apa yang kita miliki, tetapi mereka sukar melupakan bagaimana kita melayan mereka.

Hormat bukan dituntut. Hormat diusahakan.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS BALAI TAMAN PERLINGTaman Perling, 14 Julai 2026 (Selasa) – Ketua Polis Balai Taman Perling...
14/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS BALAI TAMAN PERLING

Taman Perling, 14 Julai 2026 (Selasa) – Ketua Polis Balai Taman Perling, SM Nuhairi Bin Abd Hasir (KPB) bersama SJN Helmi Hisham Ab Samat (T/KPB) serta anggota Balai Polis Taman Perling telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Konstabel Erries yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari undi awal.

Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan anggota serta memberi sokongan moral kepada beliau dan ahli keluarganya. Dalam lawatan tersebut, rombongan telah bertanya khabar perkembangan kesihatan semasa di samping mengenal pasti sebarang keperluan yang boleh dibantu bagi meringankan beban.

Hasil lawatan mendapati Konstabel Erries mengalami kecederaan patah tulang bahu kanan serta tangan kanan yang masih belum dapat digerakkan. Pihak Balai Polis Taman Perling mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H  - 17 Jun 2026 (Rabu)Sjn Ariffudin (Wakil KPB Taman Perling) bersama anggota Balai Pol...
17/06/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H

- 17 Jun 2026 (Rabu)
Sjn Ariffudin (Wakil KPB Taman Perling) bersama anggota Balai Polis Taman Perling telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H yang berlangsung di Surau Taman D’ Utama, Jalan Utama, Johor Bahru.

Program diisi dengan bacaan doa awal dan akhir tahun, solat berjemaah serta ceramah khas Maal Hijrah yang bertujuan untuk menghayati pengertian hijrah dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

SELAMAT MAJU JAYAWarga Balai Polis Taman Perling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Maju Jaya kep...
15/06/2026

SELAMAT MAJU JAYA

Warga Balai Polis Taman Perling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Maju Jaya kepada KPL Arfawani dan L/KPL Divakaran atas segala jasa, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab di Balai Polis Taman Perling.

Terima kasih atas sumbangan, kerjasama dan semangat berpasukan yang telah banyak membantu dalam melaksanakan tugas demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan mencapai kejayaan di tempat baharu.

Jasa dikenang, budi disanjung. Selamat maju jaya dan semoga sukses selalu.

Ikhlas daripada Warga Balai Polis Taman Perling.

12/06/2026

Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.

🧠UJI IQ SCAM ANDA! 🧠

Adakah anda cukup bijak untuk mengenal pasti modus operandi (MO) scam yang semakin licik?

Cuba jawab soalan-soalan dalam poster ini dan lihat tahap kesedaran anda terhadap jenayah komersil.

✅ 10 – 12 Betul : Tahap “Scam Hunter”
✅ 7 – 9 Betul : Tahap “Scam Aware”
⚠️ 4 – 6 Betul : Berisiko Menjadi Mangsa
🚨 0 – 3 Betul : Sasaran Mudah Scammer

Ingat, scammer sentiasa mencari mangsa yang leka dan kurang peka terhadap taktik penipuan terkini.

🔎 SEMAK sebelum bertindak
✔️ SAHKAN sebelum mempercayai
🧠 BERFIKIR sebelum klik
⚠️ BERWASPADA setiap masa

Kongsikan skor anda di ruangan komen dan cabar ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menguji tahap IQ Scam mereka‼️‼️‼️‼️

Marilah sama- sama Test IQ kita👍
Anda boleh memberikan jawapan di ruangan komen‼️

Jawapan yang tepat akan diberikan pada Jam 2359 hrs‼️

📢 MAK, AYAH… TOLONG BACA NI!! Kalau ada orang hantar link dalam SMS atau WhatsApp…👉 JANGAN TEKAN. WALAU APA PUN JADI🚨 Se...
07/06/2026

📢 MAK, AYAH… TOLONG BACA NI!! Kalau ada orang hantar link dalam SMS atau WhatsApp…

👉 JANGAN TEKAN. WALAU APA PUN JADI
🚨 Sekarang scammer guna macam-macam alasan:
📦 “Parcel tak sampai”, 🎁 “Menang hadiah”, 💸 “Layak dapat bantuan duit”
👉 Semua tu TIPU.

Kalau nampak link pelik atau orang suruh klik cepat-cepat…
🛑 STOP dulu. Jangan panik.
🚫 Jangan tekan link tu walau dipaksa sebelum buat semakan atau pengesahan.
📞 Call anak dulu. Tanya dulu.

⚠️ Ingat pesan penting ni:
❌ Bank TAK PERNAH minta OTP dari orang awam;
❌ Polis atau Penguat Kuasa TAK AKAN minta bayar kes melalui WhatsApp atau media sosial;
❌ Hadiah TAK DATANG tanpa kita minta atau secara tiba-tiba.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sources: IPK Kelantan

27/05/2026

MO Scam Menyamar Sebagai Rakan ‼️‼️

⚠️ Tanda-Tanda Scam
✅ Menghubungi menggunakan nombor baharu
✅ Minta wang dengan alasan kecemasan
✅ Mendesak supaya pindahan dibuat segera
✅ Memberi akaun bank pihak ketiga
✅ Mengelak panggilan telefon atau video call

🛡️ Nasihat

✅ Sahkan identiti melalui panggilan telefon atau video call.
✅ Hubungi nombor lama rakan tersebut.
✅ Semak nombor akaun dan telefon di Semak Mule CCID
✅ Jangan transfer wang jika terdapat keraguan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga masya...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga masyarakat.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

Berhati-hati di jalan raya, utamakan keselamatan keluarga dan sentiasa menjaga keharmonian komuniti.

✨ “Niatkan Ibadah, Eratkan Ukhuwah, Lebih Bermakna, Lebih Berkat.”

22/05/2026

JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU DI SEKOLAH!

Apa yang dianggap sekadar gurauan oleh kita, boleh menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi orang lain. Perbuatan seperti menarik kerusi, mengejek, merampas makanan atau mengganggu barang rakan bukan satu hiburan, malah boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, tekanan emosi dan menjejaskan keyakinan diri mangsa. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk belajar dan memupuk rasa hormat sesama rakan.

Jadilah pelajar berakhlak mulia dan berfikir sebelum bertindak. Ingat, setiap kata dan perbuatan memberi kesan kepada orang lain. 🤝💙

“Bergurau berpada-pada, hormat sesama kita.”

#21052026

Address

No 23 Jalan Persisiran Perling, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Taman Perling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share