11/06/2026
10 JUN 2026 | RABU | Port of Tanjung Pelepas (PTP)
MESYUARAT PERBINCANGAN STREAMLINING DECLARATION
Satu Mesyuarat Perbincangan Streamlining Declaration telah diadakan bagi membincangkan usaha memperkukuh dan memperkemaskan proses pengisytiharan serta kelancaran urusan perdagangan dan logistik di pintu masuk negara.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh Amazon ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Port of Tanjung Pelepas (PTP).
Perbincangan memberi tumpuan kepada penambahbaikan prosedur pengisytiharan, perkongsian pandangan teknikal serta pengukuhan kerjasama antara agensi dan pihak industri dalam memastikan proses pelepasan dagangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berkesan.
MAQIS komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan, di samping memastikan aspek biosekuriti, keselamatan makanan dan pematuhan peraturan kuarantin negara sentiasa terpelihara.