Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - Laman Rasmi

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - Laman Rasmi Misi BPENJ
1. Meningkatkan tahap keupayaan jabatan sebagai sebuah organisasi yang cekap dan berkesan.

Laman Facebook Rasmi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor

Johor Economic Planning Division's page

Sebarang pertanyaan atau cadangan sila hantarkan ke / For any enquiries or suggestions, contact us at - [email protected] Visi BPENJ
Menjadikan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor sebagai agensi peneraju pembangunan ekonomi Johor ke arah negeri yang berprestasi tinggi dan dinamik. Me

rancang dan menyelaras pelan pembangunan negeri Johor yang komprehensif, dinamik dan berdaya tahan bagi memastikan negeri Johor mencapai visi yang ditetapkan.
2.

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐” Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kepada ๐Š๐ž๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐๐š๐ ๐ข๐ง...
14/08/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kepada ๐Š๐ž๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐๐š๐ ๐ข๐ง๐๐š ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ข๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐€๐ ๐จ๐ง๐  ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐’๐จ๐Ÿ๐ข๐š๐ก sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

Sembah Takzim daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan Setiausaha Bahagian serta warga kerja Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Program Membudayakan Al-Quran bagi terus memperkukuh penghayatan serta membudayakan amalan membaca dan memahami ayat suc...
14/08/2026

Program Membudayakan Al-Quran bagi terus memperkukuh penghayatan serta membudayakan amalan membaca dan memahami ayat suci Al-Quran dalam kalangan warga kerja telah diadakan pada 14 Ogos 2026, Jumaat, bertempat di Bilik Nilam, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ).

Program ini merupakan usaha berterusan bagi meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menghayati panduan, pengajaran dan ibrah yang terkandung di dalamnya. Program turut disertai oleh pegawai dan kakitangan BPENJ sebagai salah satu usaha mengimarahkan budaya membaca dan memahami Al-Quran dalam persekitaran tempat kerja.

Bacaan ayat suci Al-Quran dan tazkirah telah dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Saiful Syahir bin Mohamad Sopah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Bacaan melibatkan Surah Al-An'am ayat 143 hingga 151 (m/s 147โ€“148), yang turut diterjemahkan oleh En. Mohd Nasrullah bin Zainuddin bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap maksud dan pengajaran ayat-ayat yang dibacakan.

Semoga program seumpama ini dapat terus menyemarakkan amalan serta budaya membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga kerja, seterusnya melahirkan insan yang berintegriti, berakhlak mulia serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas seharian.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

14/08/2026

๐—ฅ๐Ÿฎ๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ข๐—จ๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—ก ๐—–๐—ข๐—ก๐—ก๐—˜๐—–๐—ง๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ช๐—œ๐—ง๐—› ๐—ง๐—˜๐—–๐—›๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฌ, ๐—œ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก๐—ง, ๐—–๐—ข๐— ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ๐—˜๐—ฆ

The Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) continues its nationwide outreach through the Road to Growth (R2G) 2026 Southern event, aimed at connecting Johor businesses with technology commercialisation, investment and market opportunities.

R2G 2026 Southern, with the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) as the strategic ecosystem partner, provides businesses with direct access to industry insights, investment and commercialisation pathways, advisory support and potential strategic partners within the state and the wider national technology ecosystem.

The event comes at a significant time for Johor, as the stateโ€™s industrial capabilities and strategic position within the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) are expected to create further opportunities in high-value sectors, including advanced manufacturing, aerospace, medical devices, artificial intelligence (AI) and digital services.

Realising these opportunities, however, requires technology companies to be commercially ready, connected to industry needs and equipped to access investment and markets.

MTDC group chief executive officer Mohammad Hazani Hassan said that as Malaysiaโ€™s deep tech enabler, MTDC supports the progression of technology companies from development to adoption and scale through funding and investment facilitation, business advisory, commercialisation support, capability development and strategic partnerships.

He said MTDC connects technology-based enterprises with the resources and ecosystem relationships required to become more competitive and sustainable.

He added that R2G 2026 Southern translates this role into a regional platform through which businesses can engage directly with MTDC and its partners, understand available support and identify practical opportunities for commercialisation, investment and market expansion.

โ€œJohorโ€™s strong industrial base and expanding regional connectivity present significant opportunities for Malaysian technology companies. However, transforming these opportunities into sustainable business growth requires more than promising technology. Companies must also have access to markets, investment, industry partners and the right commercialisation support.

โ€œThrough the Road to Growth events, MTDC is bringing these elements together and connecting businesses with the wider ecosystem needed to progress from technology development towards adoption, commercial success and scale,โ€ he said during his speech at the R2G 2026 Southern Region event at the Impiana Hotel Senai here today.

Also present were IRDA Economics and Investment Division director Rudyanto Azhar, MTDC Investment-Business Division executive vice president Mohd Jerry Tan Mohd Safi, MTDC Technology Ecosystem Development executive vice president Dr Indera Shaiful Baharudin, MOSTI Technology Transfer Division secretary Boniface anak Edwin Manung, UTM Innovation and Commercialisation Centre director Assoc Prof Dr Noor Azurati Ahmad@Salleh, Johor State Economic Planning Division economic affairs officer Nur Farah Izyan Mohamad Fadir.

The R2G Southern edition follows earlier R2G 2026 events held in the Central Region and Sabah in July.

The event featured sharing sessions involving MTDC, IRDA, the Johor State Economic Planning Division (BPEN Johor), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and other ecosystem partners to examine Johorโ€™s economic and innovation landscape, technology commercialisation, investment opportunities, talent development and strategic partnerships supporting innovation-driven enterprises.

Other programme components include a dedicated MySTI workshop featuring representatives from the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), MRANTI and a MySTI-recognised company.

Beyond knowledge-sharing, R2G 2026 Southern enables participants to engage directly with MTDC officers and ecosystem partners on their business requirements and explore potential support in funding and investment facilitation, business advisory, capability development and strategic collaboration.

Through the series, MTDC is extending access to Malaysiaโ€™s technology commercialisation ecosystem while strengthening connections among the government, industry, academia, investors and technology companies across the country.

By bringing these stakeholders together at the regional level, MTDC aims to build a thriving ecosystem in which Malaysian technologies can secure the partnerships, investment and market access needed to deliver sustainable economic value.

12/08/2026
12/08/2026
12/08/2026

KENYATAAN RASMI

BANTUAN KASIH JOHOR 4.0 (RAYUAN) DI BAWAH YPKDT

Dimaklumkan bahawa semakan status permohonan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 4.0 bagi:

๐Ÿ”น Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
๐Ÿ”น Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)

telah dibuka mulai 8 Ogos 2026.

๐Ÿ“Œ Bagi pemohon yang berjaya/lโ€‹ayak, maklumat berkaitan tarikh, masa dan lokasi penyerahan mengikut DUN akan diumumkan secara rasmi oleh YPKDT dari semasa ke semasa.

Pemohon dan penerima dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi YPKDT bagi mendapatkan maklumat terkini.

๐Ÿ“ฒ Ikuti saluran media sosial rasmi YPKDT dan laman web YPKDT untuk mendapatkan hebahan serta pengumuman berkaitan BKJ 4.0 (Rayuan).

Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat amat kami hargai.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taโ€™zim (YPKDT)

12/08/2026
WARGA BPEN JOHOR MERANGKUL KEJAYAAN NAIB JUARA DI ANUGERAH INOVASI PERTAHANAN AWAM (AIPA) 2026Syabas dan tahniah diucapk...
12/08/2026

WARGA BPEN JOHOR MERANGKUL KEJAYAAN NAIB JUARA DI ANUGERAH INOVASI PERTAHANAN AWAM (AIPA) 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tc. Mohd Nazainurin bin Mohd Nawawi, warga Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Johor atas kejayaan merangkul Naib Juara di Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA) 2026 yang berlangsung pada 3-4 Ogos 2026.

Beliau telah menghasilkan inovasi produk berasaskan radio komunikasi yang diberi nama Analog to Digital (A2D Connect).

Produk hasil kerjasama BPEN Johor bersama Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) dan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN), Pagoh ini berfungsi sebagai medium perantara yang menukarkan frekuensi radio komunikasi analog kepada digital. Ini membolehkan komunikasi tersebut didengari secara terus melalui telefon bimbit.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga BPEN Johor dalam meneroka dan membangunkan inovasi bagi memperkasa perkhidmatan awam. Malah, produk ini turut akan mewakili APM ke peringkat Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AI JPM) pada tahun 2027.

Tidak ketinggalan, satu lagi produk beliau iaitu Rescue Operation Network Communicator (RONC) yang pernah mendapat tempat Ketiga di AIPA 2025, juga telah mewakili negara ke peringkat AI JPM 2026 pada bulan Jun lalu. Keputusan pertandingan tersebut akan diumumkan pada Oktober 2026.

Semoga pencapaian cemerlang ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga BPEN Johor untuk terus melahirkan idea, proses dan teknologi baharu demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Johor Bahru

12/08/2026

Address

Aras 1 & 2, Blok B, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar
Johor Bahru
75903

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share