MAJU JOHOR

MAJU JOHOR Informasi Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor

08/06/2026

DAP Tidak Pernah dan Tidak Akan Ada Dalam Kerajaan Johor BN. Ini hanya boleh jadi kenyataan jika rakyat Bangsa Johor terus memberi sokongan dan mandat kepada BN Johor yang saya pimpin.

Ini bukan soal sombong. Ini juga bukan soal perkauman. Ini soal prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor.

Sebagai Pengerusi BN Johor, yang menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk setiap kaum di Johor, saya wajib menghormati hasrat rakyat akar umbi di setiap peringkat yang mahu kita bergerak sendiri dalam PRN Johor 2026.

S**a saya mengingatkan bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor ialah dua entiti yang berbeza. Di peringkat pusat, BN bekerjasama dengan PH selepas PRU15 atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, apabila tiada mana-mana gabungan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat.

Keadaan itu tidak sama dengan Johor.

Di Johor, BN telah diberi mandat yang jelas oleh rakyat. Alhamdulillah, Kita telah membentuk kerajaan negeri yang stabil. Kita telah membuktikan prestasi. Dan kita mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerja ini tanpa diganggu oleh percaturan politik yang menggugat kestabilan negeri.

Di Johor, kita ada cara kita.

Ini UMNO Johor. Ini BN Johor. Ini Bangsa Johor.

Kepada Allah Kita Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

08/06/2026
07/06/2026

Address

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Persiaran Dato' Menteri, Kota Iskandar
Johor Bahru
79100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJU JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share