Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan

Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan Ini adalah Laman Rasmi Facebook Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

17/08/2026

PENCINTA BUKU
๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€

Ada banyak jenis pencinta buku. Daripada pembaca semula sehingga penyedia kandungan digital.

Kalau anda juga pencibta buku, apakah kecendungan atau kategori anda?

๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€

17/08/2026

Mohonlah ilmu bermanfaat โ€” yang merendahkan ego, bukan sekadar modal berdebat.

Kongsikan kemusykilan, pertanyaan, luahan atau ilmu secara rahsia di www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

17/08/2026

๐ˆ๐ฌ๐ญ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



17/08/2026

๐Ÿ”ฅ ๐‚๐Ž๐”๐๐“๐ƒ๐Ž๐–๐ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ! ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ“ข Jom Warga Politeknik Ibrahim Sultan dan seluruh Warga Johor!

Anda dijemput hadir bagi memeriahkan iDEA Fashion International Design Award 2026 yang akan berlangsung pada:

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ๐Ÿ— & ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ, ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Saksikan kreativiti dan bakat luar biasa Finalist Pertandingan
๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ข๐ ๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ (๐ˆ๐ƒ๐ž๐€) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง "๐“๐ก๐ซ๐ž๐š๐๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ: ๐“๐ก๐ซ๐ž๐š๐๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐“๐จ๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐จ๐ฐ".

โœจ Kehadiran anda amat bermakna dalam menyokong industri kreatif, inovasi reka bentuk serta mempromosikan warisan Johor ke persada dunia.

๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐ฌ๐š๐ง๐š!





16/08/2026

๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendokumentasikan 264 spesies burung mengikut habitat, selain menekankan kepentingan pemuliharaan warisan biodiversiti negara.

๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข sesuai dijadikan rujukan pelbagai lapisan pembaca, daripada orang awam dan pelajar hingga penyelidik serta pakar biodiversiti yang terlibat secara langsung dalam bidang avifauna dan biodiversiti.

Dapatkan naskhah ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข di kedai buku Anjung DBP, kedai buku Koperasi DBP, Kompleks DBP Hulu Kelang atau dipesan secara dalam talian melalui portal DBPniaga.my.

14/08/2026

Tahukah Anda?

Congkak bukan sekadar permainan, malah merupakan seni strategi dan pengiraan yang berasal daripada keluarga permainan dunia 'Mancala' dan warisan masyarakat Melayu ini terus mekar dimainkan merentasi generasi hingga kini.


14/08/2026

๐Ÿ“Œ LAWATAN PERSEDIAAN PANEL JPPKK (PROSES PENILAIAN)

Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) menerima Lawatan Persediaan Panel JPPKK bagi Proses Penilaian Akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi Program Diploma Kejuruteraan.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)

๐Ÿ“ Lokasi: Politeknik Ibrahim Sultan

๐Ÿคต๐Ÿปโ€โ™‚๏ธPanel penilai: En Muhammad Syafiq bin Zainun dan Ts Dr Khairul Fahzan bin Salleh

Sesi penilaian ini bertujuan memelihara mutu kualiti dan piawaian akademik program kejuruteraan P*S selaras dengan standard kebangsaan.


*S


14/08/2026

Di Sarawak, langit bertukar kelabu.

Anak-anak terpaksa belajar dari rumah. Ibu bapa menutup tingkap. Pesakit asma mula mencari alat sedut mereka.

Api mungkin bermula di negara lain, tetapi asapnya tidak mengenal sempadan.

Beginilah jerebu terjadi.

Apabila hutan atau tanah dibakar untuk membersihkan kawasan, api boleh merebak tanpa kawalan. Musim kemarau yang panjang, cuaca panas dan kesan El Niรฑo menjadikan tumbuhan serta tanah semakin kering.

Lebih berbahaya apabila api membakar tanah gambut. Api boleh membara jauh di bawah permukaan selama berhari-hari, sukar dipadamkan dan menghasilkan asap yang sangat tebal.

Asap ini mengandungi zarah halus PM2.5. Ia terlalu kecil untuk dilihat, tetapi cukup halus untuk masuk jauh ke dalam paru-paru dan menembusi aliran darah.

Setakat 3.30 petang, 13 Ogos 2026, Serian mencatatkan IPU 204, iaitu pada tahap sangat tidak sihat. Beberapa kawasan lain di Sarawak turut merekodkan udara tidak sihat, manakala enam buah sekolah di Tebedu terpaksa ditutup selepas IPU melebihi 200.

Di Indonesia, lebih 107,000 hektar hutan dan tanah dilaporkan terbakar antara Januari hingga Jun 2026. Pemantauan satelit turut mengesan sebaran asap di Sumatera Selatan serta Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan.

Kami tahu rakyat Indonesia juga menjadi mangsa. Mereka turut menghidu asap yang sama. Anak-anak mereka juga terpaksa berkurung dan belajar dari rumah.

Ini bukan kemarahan terhadap rakyat Indonesia.

Ini desakan supaya pembakaran dihentikan, pelaku dikenakan tindakan dan syarikat yang membuka tanah menggunakan api tidak terus dibiarkan.

Jangan tunggu api membesar sebelum helikopter diterbangkan.

Jangan tunggu asap menyeberangi sempadan sebelum tindakan diambil.

Pesanan buat negara jiran:

Stop pembakaran hutan.

Paru-paru rakyat Malaysia bukan penapis udara percuma.

Kami tak perlukan โ€œhadiahโ€ jerebu setiap tahun.

14/08/2026

Kalau anda kidal, anda mungkin dah lama sedar.

Gunting yang rasa pelik bila digunakan.
Kerusi kuliah dengan papan menulis di sebelah kanan.
Dakwat pen yang comot kerana tangan sendiri lalu atas tulisan.
Pembuka tin, peralatan dapur, tetikus komputer, tombol dan pelbagai benda harian yang nampak biasa kepada orang lain.

Benda kecil.

Tetapi bila anda menghadapinya sejak tadika, sekolah, universiti hingga ke tempat kerja, anda belajar satu perkara:

Kadang-kadang bukan kita yang pelik. Dunia sahaja tidak direka untuk kita.

Lebih kurang 1 daripada 10 manusia menggunakan tangan kiri sebagai tangan dominan.

Ia bukan penyakit.
Bukan kecacatan.
Bukan tabiat buruk yang perlu dibuang.

Dan tidak, anak yang menulis menggunakan tangan kiri tidak perlu โ€œdilatihโ€ menjadi tangan kanan hanya kerana kita rasa itu lebih normal.

Dahulu memang ada generasi kanak-kanak kidal yang ditegur, diketuk tangan, pensel dipindahkan ke tangan kanan malah dimarahi kerana menulis dengan tangan kiri.

Bayangkan menjadi seorang kanak-kanak dan diberitahu berulang kali bahawa cara paling semula jadi untuk tubuh anda bergerak itu adalah โ€œsalahโ€.

Sedangkan dia cuma, kidal.

Pada masa yang sama, kita juga tak perlu romantikkan orang kidal sebagai automatik lebih genius, lebih kreatif atau lebih hebat daripada orang lain.

Mereka manusia biasa.

Cuma menjalani kehidupan dalam sebuah dunia yang kebanyakannya direka untuk tangan yang satu lagi.

Hari Kidal Sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

Jadi kalau hari ini anda nampak seseorang memusing buku senget ketika menulis, memegang gunting dengan cara yang nampak janggal atau tangan kirinya penuh dakwat

Jangan cepat kata,

โ€œKenapa tak guna tangan kanan?โ€

Mungkin sepanjang hidupnya, dia sudah terlalu biasa menyesuaikan diri dengan dunia kita.

Sekali-sekala, biarlah dunia p**a memahami mereka.

Untuk semua yang kidal, anda tak perlu diperbetulkan.
Anda cuma menggunakan dunia dari sebelah yang berbeza.

Public Health Malaysia

Address

Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6072612994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Ilmu Sejagat, Politeknik Ibrahim Sultan:

Shortcuts

Share

Category