19/03/2023
18/03/2023
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru Digantung/Ditangguh
Kronologi :
10:05 am - Timbalan Pengerusi Tetap mengumumkan bahawa jumlah perwakilan yang hadir dan layak mengundi adalah sejumlah 525 perwakilan
10:15 am - Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Johor Bahru (JPU) oleh Tuan Hj Sunawan Mohd Sunawan tentang tatacara pemilihan, peraturan dll
Proses pengundian dan mesyuarat perwakilan berjalan lancar dan teratur
4:00 pm - Proses pengiraan undi bagi jawatan yg dipertandingkan telah dimulakan dibilik khas dan tertutup dilakukan oleh pihak urusetia JPU
6:15 pm - Kiraan tidak rasmi JPU bagi jawatan Naib Ketua Bahagian spt mana berikut :
Calon 01 = 304
Calon 02 = 217
Calon 03 = 51
Rosak = 13
Jumlah keseluruhan = 585
7:45 pm - Kiraan tidak rasmi JPU bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian :
Calon 01 = 294
Calon 02 = 269
Rosak = 11
Jumlah keseluruhan undian = 574
8:45 pm - Kiraan tidak rasmi JPU bagi jawatan Ketua Bahagian :
Calon 01 = 301
Calon 02 = 287
Rosak = 3
Jumlah keseluruhan undian = 591
9:30 pm - Setelah meneliti hasil keseluruhan undi bagi ketiga-tiga jawatan terbabit didapati ketidakseragaman jumlah undi yg begitu ketara dan juga perbezaan angka perwakilan yang hadir secara rasmi yg telah diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap pada sesi awal iaitu seramai 525 perwakilan
10:00 pm - Olehkerana wujudnya pelbagai kemusykilan, keraguan, ketirisan yg begitu ketara terhadap jumlah kertas undi maka pihak JPU telah meyarankan kepada Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru agar menggantung persidangan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak
10:30 pm - Mesyuarat ditangguhkan dan ketetapan untuk menggantung mesyuarat telah diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO Johor Bahru oleh Sdr.Azmi Bin Samin