Surau Al-Muttaqin

Surau Al-Muttaqin Surau Al-Muttaqin, SK Taman Cempaka, Jln Persiaran Dahlia, 81200 Johor Bahru.

02/02/2026
15/04/2025

Panduan Puasa Enam di Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal :

نَوَيْتُ صَوْمَ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَهْرِ شَوَّالٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Taala.”

1- Bersahur

2- Menahan diri dari lapar dahaga serta kehendak hawa nafsu yang buruk

3- Melakukan amal kebajikan sepanjang berpuasa, melaksanakan kewajipan solat 5 waktu dan amalan-amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain

4- Tidak menghadiri jamuan terbuka Aidilfitri kerana hukumnya makruh sewaktu berpuasa 6 Syawal orang berpuasa melihat pelbagai jenis hidangan yang menguji puasa mereka

5- Berbuka puasa dengan membaca doa

6- Lebih afdal puasa 6 Syawal dilaksanakan secara berturut-turut namun jika berasingan hukumnya tetap sah

7- Menurut Fuqaha Mazhab Syafie : Hukumnya harus gabungkan antara puasa wajib seperti puasa ganti (qada) Ramadan, kafarah dan nazar dengan puasa sunat.

8- Hukumnya juga harus jika digabungkan puasa qada Ramadan dengan puasa sunat 6 Syawal Namun, ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi kurang sempurna mengikut mazhab Syafie, ianya lebih afdal dikerjakan pada hari berlainan.

9- Dalil puasa enam Syawal. Hadis diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari RA, sabda Nabi ﷺ
:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”- Riwayat Muslim (1164)

Sumber: M***i Negeri Pahang

Sila share supaya ramai dapat mengamalkan puasa sunat ini.

19/03/2025

Doa Ketika Hujan

Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Bukhari, 1032)

Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.

Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.

18/03/2025

🌙✨ Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1446H ✨🌙

Warga SK Taman Cempaka mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua. Semoga kita terus membaca, memahami, dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

📖 Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus" (Al-Isra’: 9)




06/10/2024

|| BICARA HADIS 40 (HADIS 07) ||

NASIHAT TONGGAK UTAMA

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dari r.a.
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu nasihat (tulus dan setia
menunaikan tanggungjawab).” Kami bertanya, “Kepada siapa?” Baginda
SAW bersabda, “Kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan pemimpin kaum
Muslimin serta kesemua orang Islam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

HURAIAN HADIS
Nasihat merupakan asas dalam agama. Menurut Ibn Daqiq al-Id,
nasihat ialah segala bentuk kebaikan yang disampaikan kepada
seseorang demi kebaikan dirinya.

Nasihat meliputi peringatan untuk beriman kepada Allah SWT,
mengesakan-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya serta menerima apa
yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Nasihat juga merupakan peringatan untuk beriman dengan kitab Allah
SWT dan beramal dengannya

Nasihat kepada ulama adalah dengan menghormati dan mengikut
ajaran mereka. Manakala nasihat kepada pemimpin adalah dengan
menyokong usaha kebaikan yang dilaksanakan selagi tidak
bertentangan dengan agama.

Ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta pemimpin
turut menzahirkan konsep nasihat sebagaimana dinyatakan dalam
surah al-Nisa’ ayat 59:

Terjemahan: “Wahai orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang
yang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-
Quran) dan (al-Sunah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok p**a kesudahannya.”

Nasihat kepada orang Islam p**a boleh dilaksanakan dengan
memberikan tunjuk ajar dan contoh teladan ke arah kebaikan.

PENGAJARAN
Memberi nasihat adalah tuntutan daripada Allah SWT. Mereka yang
melaksanakannya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Menjadikan al-Quran dan al-Sunah sebagai panduan dalam amalan
harian.

Kita perlu menzahirkan kasih sayang sesama insan melalui amalan
saling menasihati.

Masyarakat yang harmoni akan terbentuk apabila setiap individu
berlapang dada menerima peringatan dan membaiki diri.

Salam Maulidurrasul 1446HJom banyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.wاللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وسلم ...
15/09/2024

Salam Maulidurrasul 1446H

Jom banyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وسلم


06/09/2024

|| BICARA HADIS 40 (HADIS 32) ||

MENGHINDARI MUDARAT

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ حَدِيثٌ حَسَنٌ، رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَالدَّارَقُطْنِيُّ وَغَيْرَهُمَا مُسْنَداً، وَرَوَاهُ مَالَكٌ فِي
الْمُوَطَّأ مُرْسَلاً عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صلی الله عليه و سلم ، فَأَسْقَطَ أَبَا سَعِيدٍ، وَلَهُ طُرُقٌ يُقَوِّي بَعْضُهَا بَعْضً

Daripada Saiyidina Abu Said Sa‘ad bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a.
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh memudaratkan diri
sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”

Mudarat bermaksud perbuatan yang menyebabkan kemudaratan
dan kerosakan sama ada terhadap anggota badan, kehormatan diri
dan harta benda tanpa sebab yang dibenarkan Islam adalah
berdosa.

Kaedah لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ secara amnya merupakan antara dasar
penting dalam syariat Islam. Hal ini menunjukkan betapa syariat
Islam mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan
manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang
mereka daripada melakukan kemudaratan terhadap diri dan
masyarakat. Kaedah ini bertujuan mendidik umat Islam tentang
makna keluasan, rahmat dan ihsan sesama manusia, menyeru setiap
orang Islam supaya membenci kezaliman, permusuhan dan
kerosakan.

Matlamat akhir daripada kaedah ini untuk mencari keredaan Allah
SWT. Allah SWT menyukai orang yang berbuat kebaikan dan ihsan
serta membenci orang yang memberi mudarat kepada orang lain
dengan zalim dan melampaui batas

PENGAJARAN

Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.

Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.

16/08/2024

|| BICARA HADIS 40 (HADIS 05 ||

AMALAN YANG TERTOLAK

عَنْ أَمَ الْمُؤْمِنِينَ أَمْ عَبْدِ اللَّهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ ، قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدُّ - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ. وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ
أَمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ.

Terjemahan: Daripada Ummul Mukminin Ummu Abdillah Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mereka- reka dalam urusan (agama) kami ini perkara yang tiada asas (dalilnya) daripada agama maka ia tertolak.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

Dalam satu riwayat yang lain daripada Imam Muslim, “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasaskan ajaran agama kami maka ia tertolak.”

HURAIAN HADIS

Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengada-adakan sesuatu berkaitan urusan agama yang tiada asas dalam syarak adalah tertolak. Ini menunjukkan amalan yang dilakukan oleh orang yang mukallaf adalah terikat dengan hukum syariat.

Setiap amalan yang tidak berasaskan syariat Allah SWT adalah batil dan tertolak. Perkara ini terbahagi kepada dua, iaitu; ibadah dan muamalat.
Ibadah seperti menambah atau mengurangkan bilangan rakaat dalam solat.

Muamalat seperti jual beli barang yang diharamkan contohnya arak dan bangkai.

Perkara yang tertolak dalam agama termasuk juga mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya mengubah hukuman sebatan kepada bayaran bagi perbuatan zina, seperti seorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW; “Anakku menzalimi si fulan dan berzina dengan isterinya maka aku ingin menebus kesalahannya (daripada dihukum sebat) dengan seratus ekor kambing dan seorang hamba.” Maka Rasulullah SAW bersabda; “Seratus ekor kambing dan hamba akan dikembalikan kepadamu dan anakmu dirotan dengan seratus

Selain itu, terdapat juga amalan yang tidak ada dalam nilai ibadah. Dalam satu hadis Rasulullah SAW melarang melakukan nazar seperti berikut:
Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata: Ketika Nabi SAW sedang berkhutbah, baginda dapati ada seorang lelaki berdiri di bawah terik matahari lalu baginda bertanya tentang lelaki itu. Lalu para sahabat berkata: “Dia ialah Abu Israel bernazar untuk berdiri, tidak mahu duduk, tidak mahu berteduh dan tidak mahu bercakap, dan dia sedang berpuasa.” Baginda SAW bersabda: “Suruh dia bercakap, berteduh, duduk dan sempurnakan puasanya.” (Riwayat Abu Daud)

PENGAJARAN

Islam ialah agama yang telah sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Setiap Muslim mestilah menjauhkan diri daripada perbuatan yang bercanggah dengan syariat Allah SWT supaya tidak menjadi fitnah terhadap kesucian Islam.

Setiap Muslim hendaklah memastikan amalan yang dilakukan bersandarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunah.

12/08/2024

|| BICARA HADIS 40 (HADIS 01) ||

KEUTAMAAN NIAT

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِه فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Hadis ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT dalam melakukan kebaikan. Hadis ini menekankan tentang kepentingan ikhlas supaya amalan yang dilakukan diterima Allah SWT.

Niat adalah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah. Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 2:

اِنَّآ اَنْزَلْنَآ اِلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللّٰهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّيْنَۗ

Dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa hanya para sahabat yang berhijrah ke Madinah ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya mendapat pahala hijrah.

Dalam peristiwa hijrah ini terdapat seorang lelaki dalam kalangan sahabat yang berhijrah kerana ingin mengahwini seorang wanita (dikatakan bernama Ummu Qais). Beliau dikenali dengan penghijrah (muhajir) Ummu Qais.

Niat merupakan motivasi dalaman yang menggerakkan kita untuk beramal di samping faktor luaran yang mendorong untuk terus berjaya.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan niat kerana seseorang itu diganjari pahala mengikut kadar niatnya.

Jom tingkatkan amalan di bulan Muharram ini.
15/07/2024

Jom tingkatkan amalan di bulan Muharram ini.

Address

Jalan Persiaran Dahlia, Taman Cempaka
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muttaqin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share