Balai Polis Tampoi

Balai Polis Tampoi Balai Polis Tampoi terletak di Jalan Bachang 81200 Tampoi Johor Bahru. Merupakan salah satu balai di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara.

11/04/2026
26/02/2026
𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—”π— π—”π—‘π—œπ—§π—” & π—©π—’π—Ÿπ—¨π—‘π—§π—˜π—˜π—₯ 𝗦𝗠𝗔π—₯π—§π—£π—›π—’π—‘π—˜ 𝗣𝗔𝗧π—₯π—’π—Ÿ (𝗩𝗦𝗣) π—•π—”π—Ÿπ—”π—œ π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—§π—”π— π—£π—’π—œPada  17/02/2026 (Selasa) - Bertempat di Paradigm ...
18/02/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—”π— π—”π—‘π—œπ—§π—” & π—©π—’π—Ÿπ—¨π—‘π—§π—˜π—˜π—₯ 𝗦𝗠𝗔π—₯π—§π—£π—›π—’π—‘π—˜ 𝗣𝗔𝗧π—₯π—’π—Ÿ (𝗩𝗦𝗣) π—•π—”π—Ÿπ—”π—œ π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—§π—”π— π—£π—’π—œ

Pada 17/02/2026 (Selasa) - Bertempat di Paradigm mall, Johor bahru telah diadakan Program Amanita & Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Balai Polis Tampoi.

Program ini telah dilaksanakan dengan memberi penerangan secara langsung kepada pengunjung dan peniaga mengenai peranan dan kepentingan VSP dalam membantu PDRM menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan dan jenayah.

Edaran risalah pencegahan jenayah turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap langkah-langkah keselamatan serta pencegahan jenayah.

Program Amanita & Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran keselamatan serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara PDRM dan masyarakat.

Balai Polis Tampoi, 10 Februari 2026 – Selaras dengan inisiatif keselamatan komuniti, Balai Polis Tampoi telah menjalank...
10/02/2026

Balai Polis Tampoi, 10 Februari 2026 – Selaras dengan inisiatif keselamatan komuniti, Balai Polis Tampoi telah menjalankan pemantauan β€œGo To Safety Point” (GTSP) di sekitar kawasan pentadbiran hari ini.

Lawatan yang diketuai oleh Insp Helmy Bin Halim, Ketua Polis Balai Tampoi bersama tiga (3) anggota ini melibatkan pemeriksaan di enam (6) stesen pam minyak (Petronas, Shell, dan BHP).

Tujuan utama pemantauan ini adalah untuk:
βœ… Memastikan premis berada dalam keadaan selamat dan mematuhi SOP.
βœ… Memberi khidmat nasihat pencegahan jenayah kepada pekerja dan orang awam.
βœ… Memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PDRM dan pihak swasta.
PDRM sentiasa komited dalam memastikan persekitaran yang selamat untuk masyarakat setempat.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π‘πˆπŒ & π…πˆπ“ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π“π€πŒππŽπˆ (π—™π—¨π—§π—¦π—”π—Ÿ )Pada 09/02/2026 (Isnin) Bertempat di Daiman Sri Skudai Sport Center bermu...
10/02/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π‘πˆπŒ & π…πˆπ“ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π“π€πŒππŽπˆ (π—™π—¨π—§π—¦π—”π—Ÿ )

Pada 09/02/2026 (Isnin) Bertempat di Daiman Sri Skudai Sport Center bermula jam 2000 Hrs hingga 2200 Hrs telah diadakan program β€œtrim & fit” iaitu perlawanan Futsal Balai Polis Tampoi yang turut disertai oleh Ketua Polis Balai Tampoi Insp Helmy bin Halim

Aktiviti futsal merupakan salah satu komponen dalam Program Trim & Fit PDRM yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan di samping mengurangkan tekanan kerja. Program berjalan dengan lancar dan baik.

Laporan Program β€œTalk To Us” oleh Balai Polis Tampoi di Paradigm Mall pada hari ini, 9 Februari 2026, telah diterima den...
09/02/2026

Laporan Program β€œTalk To Us” oleh Balai Polis Tampoi di Paradigm Mall pada hari ini, 9 Februari 2026, telah diterima dengan baik.
Secara keseluruhannya, program berjalan lancar mengikut perancangan. Berikut adalah ringkasan eksekutif berdasarkan maklumat yang diberikan:

Ringkasan Aktiviti Program
β€’ Kehadiran: Diketuai oleh Insp Helmy Bin Halim (KPB Tampoi) bersama 9 orang anggota (termasuk wakil Amanita dan pengurusan mall).
β€’ Interaksi Awam: Seramai 28 orang telah disantuni melalui edaran risalah pencegahan jenayah.
β€’ Maklum Balas: Tiada aduan atau cadangan spesifik diterima daripada orang awam buat masa ini.

Pencapaian Objektif
1. Kesedaran Awam: Berjaya menyebarkan maklumat kritikal mengenai VSP, e-reporting, dan pencegahan jenayah komersial (Scammer).
2. Kehadiran Polis (Omnipresence): Meningkatkan tahap keyakinan masyarakat melalui kehadiran fizikal pihak berkuasa di pusat beli-belah utama.
3. Hubungan Komuniti: Memperkukuh jalinan kerjasama antara PDRM dan pengurusan premis serta pengunjung awam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani.Bagi orang awam yang ingin meninggalkan rumah dalam jangka ma...
20/01/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani.
Bagi orang awam yang ingin meninggalkan rumah dalam jangka masa pendek atau panjang, sekiranya ingin pihak polis membuat pemantauan berkala di sekitar rumah anda, sila datang ke Balai Polis yang berhampiran dgn rumah untuk isi borang Kempen Rumah Selamat atau buat pendaftaran secara atas talian di aplikasi VSP.

Ini adalah contoh lampiran borang yang disediakan oleh pihak Balai Polis Tampoi. Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar .

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi :
072373222 Balai Polis Tampoi

17/12/2025

Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 18 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada September 2025 dikehendaki β€˜Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.

Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan Klik di 'Semakan Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-2266 8347 /8348/8350/8351

17/12/2025

Lawatan Tadika PASTI Siswa 2 ke Balai Polis Tampoi Berlangsung Meriah
Balai Polis Tampoi,16/12/2025 – Tadika PASTI Siswa 2 telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Balai Polis Tampoi sebagai sebahagian daripada program pembelajaran luar bilik darjah bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai peranan dan fungsi Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
Ketibaan rombongan yang terdiri daripada para guru dan murid telah disambut baik oleh warga Balai Polis Tampoi. Lawatan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Balai Tampoi, Sub Inspektor Yusuf bin Ramji, yang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin.
Sepanjang lawatan, murid-murid telah mengikuti ceramah berkaitan isu buli yang disampaikan secara ringkas dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Selain itu, turut diadakan persembahan T-Baton sebagai elemen pendidikan dan hiburan bagi menarik minat murid-murid.
Rombongan lawatan turut dibawa melawat pameran kenderaan serta peralatan polis melibatkan unit TSM, MPV, URB dan Trafik. Pameran Balai Bergerak Balai Polis Tampoi turut dipersembahkan bagi memberi gambaran jelas tentang perkhidmatan kepolisan yang disediakan kepada masyarakat setempat.
Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberi manfaat yang besar kepada murid-murid Tadika PASTI Siswa 2 dalam membentuk kefahaman awal serta memupuk rasa hormat terhadap pasukan keselamatan negara. Pihak tadika merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Tampoi atas kerjasama dan layanan yang amat baik sepanjang program ini berlangsung.

Address

Jalan Bachang
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Tampoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share