Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor-JPSNJ

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor-JPSNJ Sebuah agensi yang diwujudkan untuk memantapkan institusi Perundangan jenayah syariah

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada:Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Radzi ...
10/05/2026

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada:

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor
Dan

Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri bin Md. Ali
Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor Tahun 2026.

Pada 9 Mei 2026 bersamaan 23 Zulkaedah 1447H

Sisipan Akhbar: Isu Perundangan Syariah Semasa ( MEI 2026 )
07/05/2026

Sisipan Akhbar: Isu Perundangan Syariah Semasa ( MEI 2026 )

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇  𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀...
06/05/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐔𝐊 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

05 MEI 2026 | SELASA

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor (JPSNJ) yang diketuai oleh Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Negeri Johor, Tn Hj Ahmad Wafi bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah para Pegawai Syariah/Pendakwa Syarie Negeri Johor, Puan Norah Binti Ali, Puan Umu Salmah binti Sukayat@Suleiman, Puan Noorul Badariah Binti Abd Majid, Tuan Muhammad Lutfi bin Md Latib, Tuan Azry Ismail bin Hassan dan Puan Puteri Haslin Nuraisyah binti Hasbullah.

Dalam sesi tersebut, Pengarah JPSNJ selaku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Johor telah membentangkan ringkasan eksekutif jabatan yang merangkumi latar belakang penubuhan, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pendakwaan jenayah syariah di Negeri Johor serta melapor dan membincangkan perkembangan terkini isu-isu dan program-program jabatan.

YB Dato' SUK juga telah menitipkan beberapa amanat sebagai panduan seiring dengan aspirasi pentadbiran Negeri Johor kepada delegasi jabatan.

Pihak JPSNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas kesudian menerima kunjungan ini.




𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛-𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠EI 𝟮𝟬𝟮𝟲infoBPP Jadual Sebutan/Perbi...
06/05/2026

𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛-𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠EI 𝟮𝟬𝟮𝟲
infoBPP Jadual Sebutan/Perbicaraan bagi kes-kes Jenayah Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Negeri Johor.Untuk makluman lanjut boleh menghubungi Pejabat Pendakwaan Syariah Daerah terbabit No telefon sebagaimana di dalam pautan ini
https://www.facebook.com/share/NRRqqQkEXhxeY67E/...



Tahniah kepada semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri-negeri, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Pendakwaa...
23/04/2026

Tahniah kepada semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri-negeri, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

03/04/2026

  – Kerajaan Johor tidak akan sesekali berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap isu penyebaran beberapa klip video mengandungi fahaman mengelirukan yang telah dikesan tular di beberapa rangkaian media sosial sejak 27 Mac lalu.   Majlis Agama Islam Negeri Johor (...

Salam TakziahJabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor  merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham...
01/04/2026

Salam Takziah

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham En. S. Malik Bin Mohd Arif, Penghantar Notis H1, Pejabat Pendakwaan Syariah Daerah Kota Tinggi yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 April 2026 (Rabu), bersamaan 12 Syawal 1447 Hijrah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada Jabatan ini . Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang.

Al-Fatihah.

20/03/2026

Takbir raya..
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.”

Dengan penuh kesyukuran, seluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga kemenangan ini disambut dengan penuh keinsafan, memperkukuh ukhuwah dan terus menegakkan keadilan berlandaskan syariah.

20/03/2026

Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin,

Ikhlas daripada :
Tuan Haji Ahmad Wafi Bin Abdullah -
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Negeri Johor,
serta
seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor.
01 Syawal 1447H

Address

Aras 1, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072200628

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor-JPSNJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor-JPSNJ:

Share