Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru

Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru " Islam Sebagai Cara Hidup "

17/08/2026
17/08/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐑𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 πƒπšπ­π¨β€™ π‡πšπ£π’ 𝐌𝐨𝐑𝐝. π‘πšππ³π’ 𝐛𝐒𝐧 𝐌𝐨𝐑𝐝. 𝐀𝐦𝐒𝐧, 𝐊.𝐁.; 𝐏.𝐀.𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚...
17/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐑𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 πƒπšπ­π¨β€™ π‡πšπ£π’ 𝐌𝐨𝐑𝐝. π‘πšππ³π’ 𝐛𝐒𝐧 𝐌𝐨𝐑𝐝. 𝐀𝐦𝐒𝐧, 𝐊.𝐁.; 𝐏.𝐀.
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐑 π‰πšπ›πšπ­πšπ§ π€π πšπ¦πš 𝐈𝐬π₯𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐒 𝐉𝐨𝐑𝐨𝐫

16/08/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri bin Md. Ali atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan sepanjang menerajui Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah JAINJ dari 1 Oktober 2024 hingga 16 Ogos 2026, segala komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang dicurahkan amat bermakna dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta pembangunan institusi agama di Negeri Johor.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi amal jariah serta terus dikenang dan dihargai oleh seluruh warga JAINJ.

Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala khidmat bakti. 🀍

Ikhlas daripada
Warga Kerja Jabatan Agama Islam Negeri Johor

15/08/2026

SUSUNAN TERTIB WALI DALAM PERKAHWINAN

πŸ’Siapa yang sebenarnya berhak menjadi wali pengantin perempuan?

Dalam urusan perkahwinan, wali bukan sekadar menjadi pelengkap akad nikah. Tertib wali perlu dipatuhi mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya:
❓ Adakah bapa mesti menjadi wali?
❓ Jika bapa tiada, siapa yang menggantikannya?
❓ Bolehkah terus menggunakan abang atau pak cik sebagai wali?
❓ Bagaimana p**a jika wali yang lebih dekat tidak layak atau tidak dapat menjadi wali?

πŸ“Œ Jangan buat andaian sendiri. Kenali susunan tertib wali dan pastikan urusan perkahwinan dilaksanakan dengan betul serta mengikut ketetapan hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.

πŸ‘‰ **Simpan dan kongsikan infografik ini kepada bakal pengantin, ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang membuat persiapan perkahwinan.

Perkahwinan yang sah bermula dengan kefahaman yang betul.

12/08/2026

NAK ANJUR PROGRAM AGAMA DI JOHOR? JANGAN TERLEPAS PERKARA INI! 🚨

Bukan sekadar sediakan tempat, jemput penceramah dan edar poster. Penganjuran majlis syarahan atau pengajaran agama Islam di Negeri Johor mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.

πŸ“Œ 3 PERKARA PENTING UNTUK PENGANJUR:

βœ… PERMIT KEBENARAN
Permohonan permit kebenaran penganjuran hendaklah dikemukakan kepada **Pejabat Kadi Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh program.

βœ… PENCERAMAH BERTAULIAH
Pastikan penceramah mempunyaiTauliah Mengajar Agama Islam Negeri Johor yang masih berkuat kuasa.

βœ… KANDUNGAN PROGRAM
Penganjur bertanggungjawab memastikan kandungan program mematuhi hukum syarak, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah serta fatwa yang berkuat kuasa.

⚠️ JANGAN AMBIL MUDAH!

Penganjuran majlis syarahan atau pengajaran agama Islam tanpa kebenaran** merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

πŸ“– Peraturan-Peraturan Tauliah Pengawasan Pengajaran Agama Islam (Negeri Johor) 2024

πŸ‘‰ Rancang program dengan betul. Mohon kebenaran. Pastikan penceramah bertauliah.

**Kongsi posting ini dengan AJK masjid, surau, persatuan dan penganjur program agama supaya lebih ramai tahu.**

11/08/2026

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡

Dengan segala hormatnya menjemput
Tan Sri/Datuk/Dato'/ Tuan ke Program Semarak Maghrib dan Isya bersama Y.A.B Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada :

Hari : Selasa
Tarikh : 11 OGOS 2026
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Masjid Kolam Ayer, Johor Bahru

Semoga kehadiran Tan Sri/ Datuk/Dato'/Tuan dapat mengimarahkan lagi program tersebut serta memdapat keberkatan dari ILAHI.

Sekian, Terima kasih

https://maps.app.goo.gl/KELN3yeWsbNYPWCYA?g_st=aw

*MAJLIS WALIMATULURUS PERDANA DAERAH JOHOR BAHRU 2026*Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru akan m...
11/08/2026

*MAJLIS WALIMATULURUS PERDANA DAERAH JOHOR BAHRU 2026*

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru akan mengadakan Majlis Walimatulurus Perdana Tahun 2026 sebagaimana berikut:-

*Tarikh : 17 Oktober 2026*
*Hari : Sabtu*
*Tempat : Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn*
*Bayaran Penyertaan : RM100.00*
*Penyertaan Terhad: 20 Pasangan Sahaja*

- Pemohon hendaklah mendapatkan Kebenaran Nikah daripada Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.
- Pemohon hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru 07-2076443
- Sila klik Link ini untuk dapatkan borang Penyertaan https://app.trueqrcode.com/qr/QVJDUSCP
- *Tarikh TUTUP PENYERTAAN PADA 7 OKTOBER 2026*

Address

Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:00

Telephone

+6072076443

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman Rasmi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share