JPW JOHOR

JPW JOHOR Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara
(1)

Visi:
Mencapai kesaksamaan gender sebagai asas utama pembangunan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju.

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐„๐—๐‚๐Ž ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„...
27/07/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐„๐—๐‚๐Ž ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWN Johor) telah menerima kunjungan rasmi daripada YB Puan Hajah Hasrunizah Binti Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, bersama YB Puan Chan San San, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor sempena Sesi Lawatan Kerja ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang berlangsung pada 24 Julai 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan fungsi dan peranan PPWN Johor dalam memperkasakan agenda pembangunan wanita di negeri ini, di samping mendapatkan taklimat mengenai program, inisiatif serta pencapaian yang telah dilaksanakan. Sesi tersebut turut menjadi platform untuk membincangkan hala tuju strategik, cabaran semasa dan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada Wanita di negeri Johor.

Dalam sesi berkenaan, Puan Mikdalinah Juingkin, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang mewakili Pengarah telah membentangkan halatuju tahun 2026 yang merangkumi 4 kluster utama iaitu Wanita Ekonomi, Wanita Pemimpin, Wanita Selamat dan Wanita Sejahtera. Pelbagai program yang memberi fokus kepada pemerkasaan wanita, advokasi hak wanita, meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Warga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Puan Hajah Hasrunizah Binti Hassan dan YB Puan Chan San San atas kesudian mengadakan lawatan kerja ini. Lawatan tersebut merupakan satu penghormatan serta bukti komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh agenda pembangunan wanita di negeri ini.

Adalah diharapkan agar lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, seterusnya menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program dan inisiatif yang lebih berimpak, inklusif dan mampan demi meningkatkan kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat di Negeri Johor selaras dengan aspirasi Maju Johor.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐–๐€๐‰๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐” | ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐‹๐Ž๐Š ๐‚ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐‰๐”๐๐†, ๐๐...
27/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐–๐€๐‰๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘
๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐” | ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐‹๐Ž๐Š ๐‚ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐‰๐”๐๐†, ๐๐๐‘ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐’ ๐๐€๐‘๐”, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Johor telah menganjurkan Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad Waja 2026 Negeri Johor di Pusat Komuniti Blok C Seri Tanjung, PPR Kempas Baru pada 25 Julai 2026 (Sabtu). Penganjuran program ini turut dibantu oleh ahli Skuad Waja dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL). Program ini telah dihadiri seramai 100 orang dari kalangan komuniti setempat termasuk barisan pempamer agensi dan usahawan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Puan Mikdalinah Juingkin; Timbalan Pengarah PPWN Johor.

Turut hadir Yang Berbahagia Dato' Haji Abd Rashid bin Kasman; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Kempas. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak PPWN Johor kerana sudi turun padang menyantuni komuniti PPR Kempas. Beliau turut mengharapkan lebih banyak program kemasyarakatan seperti ini agar inisiatif-inisiatif kerajaan sentiasa dalam pengetahuan komuniti dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Intipati program ini adalah mengetengahkan advokasi keganasan rumah tangga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan perkongsian ilmu AI dalam perniagaan kepada suri rumah yang bekerja dari rumah oleh pelatih HRD Corp Johor. Program ini turut menjemputkan agensi kerajaan yang berkaitan untuk membuka kaunter perkhidmatan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor (van MEKAR), Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga dan Negara Johor (saringan kesihatan dan kanser HPV), Jabatan Bantuan Guaman, usahawan KIRANA Johor 2026 dan usahawan PPR Kempas.

Dengan jalinan kerjasama yang baik di antara PPWN Johor, NGO JEWEL dan PPR Kempas telah dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Terima kasih kepada yang hadir dan semoga melalui perkongsian ilmu, bimbingan dan jaringan sokongan dari program ini diharapkan dapat membantu wanita memperkasakan diri, melangkah keluar daripada batasan dan mencipta masa depan yang lebih cerah.









22/07/2026

Podcast Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor Bersama Kaunselor Encik Yasin bin Kamis dan Pemandiri Puan Sabarniah binti Hj Buang

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Semoga roh Almarhu...
20/07/2026

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor ingin mempelawa warga Johor yang berkelayakan bagi kekosonga...
20/07/2026

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor ingin mempelawa warga Johor yang berkelayakan bagi kekosongan jawatan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor bagi jawatan berikut:

Jawatan : Personal Mystep Gred 1
Tempat bertugas : Laman Wanita Muar, Johor

๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐:
Isi borang permohonan (pautan borang permohonan :
https://drive.google.com/file/d/1gE-UYXQizBVQfxf2ZufeMDKCrTy4WMXI/view

dan lampirkan dokumen dokumen yang berkaitan.
Emelkan kepada -
[email protected] atau [email protected]

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ) ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข.

20/07/2026

[Rancakkan MADANI] : Setiap wanita berhak diberi peluang untuk bangkit dan membina kehidupan yang lebih baik. Program KasihnITa bukan sekadar memberi latihan, tetapi membantu ibu tunggal memahami hak mereka, mengurus kewangan dengan baik, berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri. Bagi tahun 2026, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memperuntukkan sebanyak RM 3.5 juta bagi melaksanakan program ini di 13 buah negeri, dengan sasaran penyertaan seramai 5,000 ibu tunggal di seluruh negara.

Jabatan Pembangunan Wanita - JPW





๐Ÿ“ฑ Apa yang kita kongsi hari ini boleh memberi kesan pada masa hadapan. Terlalu banyak berkongsi maklumat peribadi (overs...
17/07/2026

๐Ÿ“ฑ Apa yang kita kongsi hari ini boleh memberi kesan pada masa hadapan. Terlalu banyak berkongsi maklumat peribadi (oversharing) di media sosial boleh mengundang pelbagai risiko seperti penyalahgunaan maklumat, akaun digodam, cyberbullying dan ancaman terhadap keselamatan diri.

๐Ÿ’ก Fikir sebelum kongsi, jaga privasi dan lindungi diri. Jadilah pengguna media sosial yang lebih bijak dan bertanggungjawab.







๐Ÿ”Š ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐‰๐๐– ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š, ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š-๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ค๐ฎ๐š๐ญ ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐ฎ๐ข ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐...
17/07/2026

๐Ÿ”Š ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐‰๐๐– ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

๐Š๐š๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š, ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š-๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ค๐ฎ๐š๐ญ ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐ฎ๐ข ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐๐ข๐ซ๐ข ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ซ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก. ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ฅ๐š๐ก!

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWNJ) akan menganjurkan Program Meningkatkan Daya Tahan Dan Psikologi Wanita (Matahari) โ€œDi Sebalik Topeng Bahagia: Bangkit Semulaโ€ yang akan disiarkan secara langsung di facebook. Perkongsian ini akan mengupas satu realiti yang sering berlaku dalam kehidupan iaitu kebahagiaan yang dipalsukan. Harapan dari program ini adalah dapat membina masyarakat yang lebih prihatin dengan mengenal pasti tanda-tanda bahawa seseorang mungkin sedang bergelut dengan tekanan emosi selain memberi galakan kepada masyarakat bahawa proses penyembuhan adalah sesuatu yang mungkin dicapai melalui kesedaran diri dan sokongan sosial.

๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ:
๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค ๐‰๐๐– ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ

โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan lanjut, Sila hubungi di talian 07 - 233 0375.

๐Ÿ“ฃ Mohon Perhatian : Link pendaftaran kehadiran akan diberi sewaktu siaran berlangsung dan e-sijil akan dijana setelah siaran tamat.









๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Š๐€๐‘ : ๐‰๐€๐๐€ ๐๐ˆ๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ & ๐Š๐‘๐€๐…) - "๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Š๐‘๐€๐… ๐‡๐ˆ๐๐‘๐ˆ๐ƒ - ๐€๐ˆ & ๐’๐„๐๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐‹๐ˆ๐€๐“" | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š...
16/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Š๐€๐‘ : ๐‰๐€๐๐€ ๐๐ˆ๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ & ๐Š๐‘๐€๐…) - "๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Š๐‘๐€๐… ๐‡๐ˆ๐๐‘๐ˆ๐ƒ - ๐€๐ˆ & ๐’๐„๐๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐‹๐ˆ๐€๐“" | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ) | ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š (๐‹๐€๐–๐€) ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Johor telah berjaya melaksanakan program MEKAR : Jana Niaga (Kemahiran Digital & Kraf) - "Bengkel Kraf Hibrid - AI & Seni Tanah Liat". Program inovatif ini menggabungkan elemen teknologi masa hadapan dan seni kraf tangan moden, sebagai kesinambungan strategik daripada program "Masterclass Ice Cream" yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Dalam mendepani era ekonomi digital, penghasilan produk kreatif yang unik memerlukan pendekatan yang lebih segar dan dinamik.Di bawah bimbingan Puan Noorlela binti Arpan daripada CakebyLaila & Wow Ice Cream Enterprise, para peserta didedahkan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu untuk menjana idea reka bentuk, visualisasi produk, serta konsep kreatif secara pantas.

Nilai tambah ini kemudiannya diterjemahkan melalui teknik pembuatan kraf tanah liat (air-dry clay) bagi menghasilkan produk jenama sendiri yang berkualiti tinggi.Melalui program lanjutan ini, peserta berpeluang menjana pendapatan sekunder dan mengurangkan kos operasi perniagaan dengan menghasilkan bahan promosi secara kendiri. Inisiatif ini sekali gus membantu usahawan wanita mencipta identiti perniagaan yang unik, estetik, dan berdaya saing hanya dari rumah. Semoga ilmu yang diperoleh mampu melahirkan komuniti usahawan yang mandiri, berdaya tahan, serta menyumbang secara positif kepada ekonomi keluarga dan negara.

โ€œMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ€









๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Š๐€๐‘ : ๐‰๐€๐๐€ ๐๐ˆ๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐€๐Š๐€๐) - "๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐ˆ๐‚๐„ ๐‚๐‘๐„๐€๐Œ" | ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ) | ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š (๐‹๐€๐–๐€) ๐Œ๐ฎ๐š...
09/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Š๐€๐‘ : ๐‰๐€๐๐€ ๐๐ˆ๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐€๐Š๐€๐) - "๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐ˆ๐‚๐„ ๐‚๐‘๐„๐€๐Œ" | ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ) | ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š (๐‹๐€๐–๐€) ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Johor telah melaksanakan program MEKAR : Jana Niaga (Kemahiran Masakan) - "Masterclass Ice Cream". Program ini merupakan satu inisiatif latihan berkemahiran yang dirangka khas untuk memperkasakan ekonomi komuniti setempat. Dalam mendepani cabaran kos sara hidup semasa, penguasaan kemahiran masakan dalam bidang pembuatan ais krim dilihat mampu menjadi pemacu utama kepada penjanaan pendapatan alternatif.

Melalui program intensif ini, para peserta tidak hanya didedahkan kepada teori semata-mata, malah peserta juga dapat menjalani latihan praktikal di bawah bimbingan Puan Noorlela binti Arpan daripada CakebyLaila & Wow Ice Cream Enterprise . Fokus latihan merangkumi pemilihan bahan, kawalan suhu, teknik asas pembuatan ais krim, serta inovasi perisa dan tekstur yang menepati cita rasa pasaran moden. Pendekatan ini memastikan setiap peserta mampu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan sedia untuk dikomersialkan dengan menggunakan bahan tempatan.

Lebih daripada sekadar kelas memasak, program ini turut mengintegrasikan elemen keusahawanan yang komprehensif. Peserta telah dibimbing secara sistematik mengenai kaedah pengiraan kos modal yang tepat, penentuan harga jualan yang kompetitif, strategi pembungkusan yang menarik, serta teknik pemasaran yang efektif.

Semoga ilmu yang diperoleh ini dapat melahirkan komuniti usahawan yang mandiri, berdaya tahan, dan mampu menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi keluarga serta negara.

โ€œMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ€









Address

Aras 4, Kompleks Penyayang Kempas, Lot 131200 Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072242299

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPW JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share